NEW
Font size
WorksheetsIDUS 2063 Tutorial
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah nama lain bagi falsafah?
Haqiqah
Tabi'ah
Hikmah
Fikrah
Apakah bidang kajian metafizik?
Susun atur benda wujud
Sumber ilmu
Prinsip moral manusia
Hakikat kewujudan dan kejadian
Apakah maksud alam al-syahadah?
Alam metafizik
Alam fizik
Alam manusia
Alam langit
Apakah maksud ekologi?
Kajian tentang habitat dan interaksi benda hidup dengan alam
Kajian tentang kewujudan dan perubahan alam semesta
Kajian tentang peranan manusia di atas dunia
Kajian tentang pegangan dan kepercayaan manusia
Kepercayaan terhadap teori evolusi Darwin sebagai asas penciptaan manusia merupakan bahagian dalam falsafah_____________
Kosmologi
Ontologi
Metafizik
Epistemologi
Mengapakah metafizik menjadi tumpuan ahli falsafah?
Berkait dengan perkembangan sains tekonologi
Berkait dengan penetapan baik buruk dalam moral
Berkait dengan aspek ketuhanan dan kerohanian
Berkait dengan sistem alam
Apakah idea yang ada dalam okasionalisme?
Segala fenomena alam berlaku melalui prinsip sebab-musabab yang pasti
Prinsip sebab musabab dalam setiap fenomena hanya berlaku dengan izin Tuhan
Semua perkara berlaku secara kebetulan dan tidak perlu kepada sebab
Semua fenomena alam ditentukan oleh manusia dan benda hidup selainnya.
Apakah isme yang mewakili kepercayaan kepada banyak Tuhan?
Monoteisme
Agnotisisme
Pluralisme
Politeisme
Apakah aliran yang mengakui kebenaran semua agama?
Pluralisme
Politeisme
Ateisme
Monoetisme
Antara berikut, yang manakah TIDAK termasuk dalam takrif ilmu?
Dipercayai
Benar
Ada justifikasi
Andaian
Apakah maksud kebenaran yang koheren?
Selari dengan pernyataan yang lain
Bertepatan dengan kenyataan
Bermanfaat dan boleh dipraktikkan
Realistik
Bagaimanakah yang dikatakan etika sebagai salah satu cabang falsafah?
Penentuan nilai moral berdasarkan rasional akal
Penentuan nilai moral berdasarkan budaya masyarakat
Penentuan nilai moral berasaskan asimilasi budaya
Penentuan nilai moral berasaskan kesannya kepada individu
Apakah ciri khusus yang terdapat dalam perbahasan akhlak Islam berbanding etika barat?
Mempunyai kayu ukur baik dan buruk
Bersumberkan wahyu
Berasaskan maslahat ummah
Menitikberatkan hubungan sesama manusia
Apakah bidang falsafah yang membincangkan falsafah politik?
Metafizik
Ontologi
Etika
Epistemologi
Apakah yang membezakan estetika dengan etika?
Estetika fokus kepada kesan moral kepada individu
Estetika fokus kepada kecantikan dan keindahan dalam seni
Estetika menghuraikan tatacara manusia dalam bermasyarakat
Estetika mempunyai nilai baik dan buruk
Apakah maksud ontologi?
Kajian tentang makna ilmu
Kajian tentang prinsip moral
Kajian tentang hakikat kewujudan secara menyeluruh
Kajian tentang tabiat manusia
Apakah bidang falsafah yang paling hampir dengan ontologi?
Epistemologi
Etika
Metafizik
Ekologi
Perselisihan untuk menerima akal atau pancaindera sebagai sumber ilmu termasuk di dalam perbincangan_______
Ontologi
Metafizik
Epistemologi
Etika
Mengapakah epistemologi penting kepada manusia?
Mengetahui kebenaran melalui metod dan sumber ilmu yang benar
Mengetahui susunan planet dan hubungannya dengan bumi
Mewujudkan keharmonian dalam masyarakat melalui penetapan hukum
Mengetahui kaitan antara Tuhan dengan alam semesta
Mempercayai bahawa alam terdiri daripada juzuk terpisah dan terikat kepada ruang, masa dan perubahan merupakan idea utama _______
Ateisme
Atomisme
Nominalisme
Okasionalisme
