wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENILAIAN AKHIR GEOGRAFI TINGKATAN 3

Total questions: 40

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.
Apakah jenis skala ini?
"1 : 100 000"
a)
skala lurus
b)
skala penyata
c)
pecahan wakilan
d)
skala lurus penuh
2.
Jika 1 : 100 000 ialah 1cm mewakili 1 km, berapakah pula jika 1 : 200 000?
a)
1 cm mewakili 2 m
b)
1 cm mewakili 200 km
c)
1 cm mewakili 2 km
d)
1 cm mewakili 200 m
3.

Apakah garisan grid yang dilukis secara menegak pada sebuah peta topografi ?

a)

Garisan selatan

b)

Garisan utaraan

c)

Garisan timuran

d)

Garisan tengah

4.

Apakah rujukan grid 6 angka bagi masjid ?

a)

RG 452224

b)

RG 456225

c)

RG 224455

d)

RG 464247

5.

Bumi berputar dari

a)

Barat ke Timur

b)

Timur ke Barat

6.

Satu putaran lengkap bumi mengambil masa selama

a)

24 jam

b)

365 1/4 hari

7.

Kejadian 4 musim merupakan kesan daripada putaran bumi

a)

Benar

b)

Palsu

8.

Pada ekuinoks musim luruh, matahari tengahari berada tegak di _________________.

a)

Garisan Khatulistiwa

b)

Garisan Jadi

9.

Kejadian pasang surut berlaku disebabkan oleh _____________ antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari.

a)

tarikan graviti

b)

tarikan bulan

10.

Malaysia mengalami iklim

a)

Tundra

b)

Khatulistiwa

c)

Meditteranean

d)

Monsun Tropika

11.

Min suhu tahunan di Malaysia

a)

12 C

b)

18 C

c)

27 C

d)

32 C

12.

Jumlah hujan tahunan di Malaysia

a)

1500mm

b)

2000mm

c)

2600mm

d)

3000mm

13.

Kegiatan pembandaran dan pengangkutan di bandar merupakan punca utama berlakunya......

a)

jerebu

b)

kemarau

c)

pulau haba

d)

hujan asid

14.

Langkah yang manakah sesuai bagi mengawal peningkatan gas rumah hijau di bandar? (Pilih 2 jawapan)

a)

Menggunakan minyak berplumbum

b)

Menggunakan penyaman udara

c)

Menggunakan pengangkutan hijau

d)

Menanam lebih banyak pokok

15.

Lebuhraya utara selatan di bahagian utara bermula di

a)

Arau

b)

Butterworth

c)

Bukit kayu hitam

d)

Grik

16.

landasan keretapi yang pertama dibina di

a)

Johor Bahru

b)

Taiping

c)

Segamat

d)

Rompin

17.

Mengapa jaringan pengangkutan lebih tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia?

a)

Kawasan bergunung ganang

b)

Kawasan tanah pamah yang rata

c)

Kawasan pinggir laut yang dalam

d)

Kawasan saliran yang cetek

18.

Agensi manakah yang bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam darat?

a)

JPJ

b)

PUSPAKOM

c)

SPAD

d)

PDRM

19.

Pak abu tinggal di Teluk Intan, sekiranya beliau ingin ke negeri kelantan di stesen kereta api manakah beliau perlu berhenti untuk ke pantai timur?

a)

Kuala Lumpur

b)

Gemas

c)

Johor bharu

d)

Padang Besaq

20.

Apakah stesen kereta api di Sarawak

a)

Kereta api negeri Sarawak

b)

Kereta api tanah melayu

c)

Tiada

21.

Antara yang berikut , alat telekomunikasi yang manakah digunakan oleh pihak British di Tanah Melayu?


i) internet

ii) satelit

iii) telefon

iv) telegraf

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

22.

Alat telekomunikasi yang manakah dapat dikaitkan dengan maklumat di bawah?


kamera digital

bluetooth

whatsapp

a)

mesin faks

b)

mesin teleks

c)

telefon pintar

d)

teleprinter

23.

Namakan agensi yang bertanggungjawab dalam perkembangan industri telekomunikasi di Malaysia.

a)

Tenaga Nasional

b)

Telekom Malaysia

c)

Pusat Sains Negara

d)

Radio Televisyen Malaysia

24.

Bandar yang manakah berkembang seiring dengan perkembangan Koridor Raya Multimedia?

a)

Cyberjaya

b)

Nusajaya

c)

Damansara

d)

Petaling Jaya

25.

Apakah kepentingan telekomunikasi dalam pembangunan sosial di Malaysia.

a)

Meningkatkan integrasi dan perpaduan rakyat.

b)

Meningkatkan kos hidup harian penduduk.

c)

Mempermudahkan urusan perbankan.

d)

Memberi data ramalan cuaca.

26.

Apakah kelebihan telefon pintar?


i) Mempunyai kamera beresolusi tinggi.

ii) Mengeratkan silaturahim.

iii) Boleh memuat turun pelbagai aplikasi.

iv) Terdapat perkhidmatan GPS.

v) Ramalan cuaca yang tepat.

a)

i, iii dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

i, ii, iii dan v

d)

semua di atas

27.

Berikut merupakan zon iklim di Asia kecuali

a)

Zon Panas

b)

Zon Sejuk

c)

Zon Sederhana Panas

d)

Zon Panas Sederhana

28.

Antara yang berikut, negara manakah yang mempunyai landasan kereta api paling banyak di dunia?

a)

Jepun

b)

India

c)

China

d)

Siberia

29.

Antara berikut sistem pengangkutan yang manakah akan menjadi pengangkutan masa depan di Asia Tenggara

a)

Bas Awam

b)

Kereta

c)

Kapal terbang

d)

Kereta api laju

30.

Manakah antara berikut merupakan KESAN POSITIF kemajuan pengangkutan terhadap alam sekitar?

(boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Kereta api berkelajuan tinggi mengurangkan pencemaran udara

b)

Perubahan landskap yang menarik dan mesra alam di kawasan sekitar

c)

Bunyi kuat dari kawasan lapangan terbang mengganggu ketenteraman penduduk di sekitarnya

31.

Empat pulau utama di Jepun yang boleh dihubungkan melalui rangkaian jalan kereta api berteknologi tinggi ialah

a)

Hokkaido, Honsu, Shikoku dan Kyushu

b)

Hokkaido, Nagoya, Osaka, Kyushu

c)

Nagoya, Hokkaido, Shikoku, Kyushu

32.

Apakah faktor utama yang menyebabkan pemanasan global?

a)

Penghutanan semula

b)

Perindustrian yang pesat

c)

Penggunaan tenaga solar

d)

Pembinaan transit aliran ringan

33.

Apakah kesan fenomena dalam Foto 1?

a)

Menyebabkan strok haba

b)

Membentuk udara kering

c)

Mengakibatkan banjir besar

d)

Menyebabkan tanah menjadi tandus

34.

Penggunaan tenaga alternatif dapat mengurangkan pemanasan global. Antara yang berikut, yang manakah tenaga alternatif mesra alam?

a)

Tenaga suria

b)

Tenaga terma

c)

Tenaga petroleum

d)

Tenaga arang batu

35.

Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan pemanasan global?

a)

Program Kitar Semula (5R)

b)

Aktiviti pertanian menggunakan racun serangga

c)

Penyahutanan secara besar-besaran

d)

Pembakaran bahan api fosil

36.

Apakah definisi bagi teknologi hijau?

a)

Pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

b)

Pembangunan produk dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

c)

Pembangunan peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

d)

Pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

37.

Definisi 5R membawa maksud ...

a)

Rethink, Repair, Reuse, Reduce & Recycle

b)

Rethink, Repair, Reorder, Reduce & Recycle

c)

Rethink, Replace, Reuse, Reduce & Recycle

d)

Refill, Repair, Reuse, Reduce & Recycle

38.

Apakah faedah menggunakan kenderaan hibrid atau kenderaan NGV?

a)

Memandu kenderaan dengan cekap

b)

Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil.

c)

Menunjukkan kemewahan kepada jiran.

d)

Meningkatkan gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan karbon monoksida.

39.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan produk teknologi hijau?

a)

Kapal terbang

b)

Baja kompos

c)

Botol plastik

d)

Tin aluminium

40.

Antara yang berikut, manakah bukan usaha dalam pelaksanaan kecekapan tenaga?

a)

Kempen kesedaran alam semula jadi

b)

Kempen teknologi cekap tenaga

c)

Label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik

d)

Indeks Bangunan Hijau