Font size
WorksheetsTakaful Set 2 (Part A)
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Dibawah pelan takaful keluarga berkumpulan, pihak – pihak yang terlibat dalam kontrak ialah ____________
Majikan dan pekerja
Pekerja, majikan dan pengendali takaful
Majikan dan pengendali takaful
Benefisiari, pekerja, majikan dan pengendali takaful
Yang manakah diantara berikut merupakan ciri – ciri asas objektif pelaburan?
Perlindungan
Pendapatan
Spekulasi
Perjudian
Apakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu apabila ejen membuat hubungan urus niaga dengan bakal pemegang sijil?
Memohon pengendali takaful supaya mengeluarkan sijil
Memberitahu nama syarikat/pengendali takaful yang diwakili
Memperkenalkan dan mempamerkan kad kuasa ejen berdaftar sebagai pengenalan diri
Mengutip bayaran sumbangan takaful
Yang manakah di antara berikut merupakan faktor – faktor yang dipertimbangkan untuk membuat pelaburan?
Aspek – aspek percukaian
Prestasi pelaburan
Kepelbagaian
Dana sedia ada
Apakah sebab UTAMA seseorang itu melabur dalam dana unit amanah?
Dana ini membantu pelabur dalam mengurangkan tahap pendedahan risiko keseluruhan
Dana ini dapat mengurangkan kos membentuk portfolio yang mempunyai kepelbagaian dalam bidang pelaburan
Dana ini dapat mengurangkan keperluan untuk memilih dan mengurus sendiri pelaburan
___________adalah satu perjanjian yang sah di sisi undang – undang antara pihak – pihak yang berkenaan
Kontrak
Surat probet
Penyelesaian tuntutan
Bukti umur
Maklumat penting bagi penilaian risiko yang lebih menyeluruh boleh didapati dari sumber – sumber berikut, KECUALI:
Laporan ejen
Borang cadangan
Laporan polis
Laporan perubatan
Sesuatu pelan takaful keluarga itu dikatakan telah mencapai tahap ___________ apabila ia melengkapkan tempoh penyertaan
Matang
Tuntutan
Serahan
Pembaharuan
Sijil Takaful Keluarga mengandungi maklumat – maklumat berikut, KECUALI:
Amaun tuntutan yang telah dibayar
Keterangan mengenai perlindungan
Syarat – syarat sijil
Pengecualian
Ejen Takaful diberikan kuasa untuk
Menguatkuasakan kontrak bagi pihak pengendali takaful
Memberi jaminan kepada mana – mana peserta bagi pihak pengendali takaful
Mewakili pengendali takaful am, tanpa sebarang had bilangan pengendali yang boleh di wakili
Mentadbir dana takaful
Berapakah had umur minimum sebagai pemilik sijil takaful
21 tahun
18 tahun
14 hari
15 tahun
Pelaburan yang dibuat oleh pengendali takaful daripada sumbangan yang diterima, selepas ditolak peruntukan bayaran tuntutan dan lain – lain perbelanjaan, dikenali sebagai:
Nilai buku
Surplus/lebihan
Aset
Liabiliti
Bagi pasangan yang berkahwin dan memilih taksiran bersama dalam tahun asas, berapakah amaun pelepasan cukai yang dibenarkan atas sumbangan takaful keluarga dan caruman KWSP?
RM5,000
RM6,000
RM8,000
RM12,000
Ciri – ciri pelan takaful pendidikan adalah seperti berikut, KECUALI:
Pewaris mestilah ibu bapa
Pelan ini membolehkan ibu bapa membuat simpanan melalui pembayaran sumbangan tetap sepanjang tempoh penyertaan sehingga kanak – kanak itu mencapai umur 18 tahun
Apabila mencapai usia 18 tahun, kanak – kanak akan menerima manfaat tunai tahunan bagi membiayai kos pendidikan tinggi
Sebagai pemegang amanah, ibu bapa layak menerima manfaat kematian dan manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh
Aziz adalah seorang yang sanggup menghadapi risiko. Dia ingin memiliki sejumlah wang dalam masa 10 tahun. Dimanakah wangnya perlu dilaburkan?
Unit amanah dan produk berkaitan pelaburan yang banyak melabur dalam pelaburan ekuiti
Dana yang objektif utamanya ialah untuk mencatatkan pertumbuhan yang tinggi
Dana yang banyak melabur dalam sekuriti kerajaan
Deposit bank dan dana tunai
Kod Etika dan Perlakuan perniagaan takaful tidak melibatkan
Mereka yang memasarkan produk takaful keluarga
Kakitangan pengendali Takaful Keluarga
Ejen insurans hayat
Ejen takaful keluarga
Yang manakah di antara berikut BUKAN jenis perlindungan Takaful Keluarga?
Pelan Perlindungan Individu
Pelan Perlindungan Gadai Janji
Pelan Anuiti
Pelan Perlindungan Harta
Yang manakah di antara berikut BUKAN teknik mencegah dan mengurangkan kerugian dalam takaful kebakaran?
Memberi latihan kepada pekerja mengenai langkah – langkah mencegah kebakaran
Pelupusan bahan buangan dengan cara yang wajar dan menjaga kebersihan sepanjang masa
Penggunaan bahan yang tidak mudah terbakar dalam sektor pembinaan
Pemasangan sistem penggera kecurian
Jumlah risiko yang boleh tanggung oleh dana takaful dinamakan _____________
Had asas
Had pembendungan
Had spekulatif
Had terkawal
Yang manakah diantara perkara berikut adalah contoh bahaya moral
Pendawaian perkakas elektrik yang rosak
Sengaja membakar barangan tidak terjual di kilang
Tekanan di tempat kerja
Berjalan di atas permukaan yang licin
Kenyataan berikut yang manakah menerangkan pengendali takaful berhak menolak tuntutan
Kerugian yang dilaporkan tidak wujud
Kerugian atau kerosakan disebabkan peril yang tidak dilindungi didalam sijil takaful
Kerugian atau kerosakan adalah disebabkan peril yang dikecualikan
Sijil takaful dalam keadaan batal disebabkan perlanggaran syarat
Penetapan amaun indemniti bergantung kepada jenis dan ciri – ciri kontrak takaful. Yang manakah diantara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai indemniti sekiranya berlaku tuntutan
Indemniti dalam kontrak takaful harta adalah berdasarkan sama ada kos penggantian ditolak susutnilai atau nilai pasaran
Di dalam kontrak takaful liabiliti ia diukur oleh amaun yang diputuskan (award) oleh pihak mahkamah atau sebarang kaedah penyelesaian melalui rundingan yang diputuskan diluar mahkamah, termasuk daripada kos dan perbelanjaan yang diluluskan
Indemniti dalam kontrak takaful perkuniari/kewangan diukur oleh jumlah kerugian kewangan yang ditanggung oleh peserta
Dalam takaful jaminan kesetiaan, indemniti diukur oleh jumlah kerugian kewangan yang diinsuranskan di bawah polisi berkenaan.
Teknik yang membolehkan risiko dikurangkan dan dipindahkan bagi tujuan mengurangkan had bendungan
Memilih teknik pengendalian risiko
Penilaian teknik kerugian yang ditakrifkan
Berkongsi risiko spekulatif dan tulen
Kaedah takaful semula
Kelebihan takaful adalah seperti berikut KECUAL
Bantuan kewangan kepada yang kurang bernasib baik
Tanggungjawab sosial
Konsep Tabarru
Manfaat hanya kepada orang Islam
Dalam model Wakalah, pengendali takaful akan menerima bahagian atas pulangan yang dipersetujui sebagai ___________________
Bayaran wakalah
Yuran prestasi
Yuran tuntutan
Yuran keluarga
Di dalam sesuatu kontrak tawaran yang dibuat oleh pihak pertama dikenali sebagai _________
Ijab
Qabul
Sighah
Maaqud alaih
Yang manakah di antara berikut BUKAN bahaya?
Memandu kenderaan yang diubahsuai
Menyediakan pemadam api di dalam bangunan
Merokok di stesen minyak
Pendawaian yang sempurna di dalam bangunan
Pelan takaful perubatan dan kesihatan biasanya melindungi perkara – perkara berikut, KECUALI:
Pembedahan kosmetik
Penginapan di hospital dan perbelanjaan kejururawatan
Perbelanjaan rawatan doktor
Pemeriksaan pesakit yang dirawat di hospital
Peraturan bagi industri Takaful diwujudkan untuk melindungi:
Persatuan Takaful
Pemegang Sijil
Pengendali Retakaful
Pengendali Takaful
Sijil Takaful Perbelanjaan Perubatan Utama biasanya membayar
Perbelanjaan dan Ringgit yang pertama
Manfaat tunai harian
Berkongsi kos
Deduktibel yang telah dipersetujui
Dua (2) jenis riba yang utama adalah _______
Riba Buyu dan Riba Sahih
Riba Wahyu dan Riba Soleh
Riba Duyun dan Riba Buyu
Riba Sufi dan Riba Dai
Siapa pemilik Kumpulan Wang Takaful?
Pengasas dan pemegang saham takaful
Pengawal selia insurans dan takaful
Peserta
Pengendali takaful
Apabila seseorang (muwakkil) itu mewakilkan kepada individu (wakil) lain menjalankan tugas – tugas perniagaan bagi pihaknya akad ini dipanggil
Hibah
Aqad
Wakalah
Tabarru
Apakah jenis tuntutan tidak boleh dirujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan?
Tuntutan Motor di bawah RM200,000
Tuntutan Kebakaran di bawah RM200,000
Tuntutan Pihak Ketiga melebihi RM5,000
Tuntutan Takaful Keluarga di bawah RM100,000
Pada asasnya terdapat DUA (2) kelas takaful semula iaitu fakultatif dan triti. Yang manakah antara berikut adalah takaful semula triti?
Triti surplus/lebihan
Kongsi Kuota
Lebihan Kerugian
Kerugian Tersukat
Yang manakah di antara berikut SALAH berkenaan Bayaran/Waranti Sumbangan?
Peserta dikehendaki membayar sumbangan yang dikenakan bagi takaful dalam tempoh 60 hari dari tarikh efektif perlindungan takaful
Jika sumbangan tidak dibayar oleh peserta pada hari ke 60, perlindungan takaful akan dibatalkan dari hari ke 61
Pengendali takaful berhak kepada wang sumbangan tempoh singkat bagi tempoh mereka menanggung risiko
Sebarang pembayaran yang diterima oleh ejen yang dilantik adalah disifatkan sebagai diterima oleh pengendali takaful
Kenapakah notifikasi tuntutan amat penting?
Pengendali takaful perlu memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia
Ejen takaful akan mendapat komisyen dengan mendaftar tuntutan
Pengendali takaful perlu membuat peruntukan bagi menampung kos tuntutan
Ejen takaful akan dilantik untuk membuat siasatan berkenaan tuntutan
Berikut adalah sumber utama – sumber utama Syariah
Al Quran
Kes – Kes Perundingan
Adat Arab Jahiliah
Sunnah
Di bawah pelan perlindungan takaful keluarga, bayaran sumbangan boleh dibuat dalam bentuk:
Bayaran tunai atau cek yang dibayar langsung kepada pengendali takaful
Debit langsung dari akaun bank milik peserta sijil
Potongan gaji
Surat jaminan
Yang manakah di antara situasi – situasi berikut BUKAN contoh risiko peribadi?
Risiko kesihatan yang semakin buruk
Risiko kehilangan pekerjaan
Risiko inflasi dalam Negara
Risiko simpanan tidak mencukupi ketika persaraan
Biro Perantaraan Kewangan (FMB) tidak akan mempertimbangkan aduan, pertikaian atau tuntutan berkaitan perkara – perkara:
Penetapan harga
Pertikaian mengenai liabiliti
Keputusan mengenai kredit/pinjaman (kelulusan, ditolak dan penjadualan semula pinjaman)
Kes – kes penipuan (selain dari kes di mana had amaun tidak melebihi RM25,000)
Apakah yang dimaksudkan dengan had sepanjang hayat?
Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta bagi setiap hilang upaya, iaitu untuk setiap kemasukan ke hospital
Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta mengikut bilangan hari ia dimasukkan ke hospital
Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta sepanjang hayatnya
Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta dalam mana – mana tahun sijil
Konsep disebalik insurans adalah dimana sumbangan dibuat oleh sekumpulan individu yang berkongsi risiko yang syarikat insurans dalam bentuk_____________
Pampasan
Premium
Denda
Faedah
Akaun Khas/Risiko Peserta merujuk kepada _________________
Akaun untuk kredit sebahagian caruman daripada peserta bagi tujuan pelaburan/simpanan
Akaun untuk mengkreditkan sebahagian caruman peserta bagi tujuan tabarru’
Akaun yang sebahagiannya untuk diagihkan kepada dana pemegang saham
Akaun untuk tujuan laporan Bank Negara Malaysia
Apakah kesan yang diperolehi dari pengunderaitan perubatan?
Pengunderaitan akan lebih yakin untuk meluluskan permohonan pencadang
Yuran atau bayaran wakalah dapat dimaksimumkan
Kadar sumbangan takaful perubatan individu dapat diminimumkan ke tahap yang serendah mungkin
Dana risiko mempunyai baki yang mencukupi untuk membayar tuntutan
Keterangan yang paling TEPAT mengenai risiko tulen ialah
Tidak kerugian, untung atau rugi
Tiada kerugian atau mengalami kerugian
Untung atau rugi
Rugi
Elemen – elemen penting Takaful Semula adalah:
Takaful Semula adalah sejenis takaful tetapi adalah kontrak yang berbeza dan berasingan daripada Takaful asal
Kontrak Takaful Semula dibuat selaras dengan prinsip Syariah
Kontrak Takaful Semula mesti melindungi risiko yang sama seperti Takaful asal
Kedua – dua sijil Takaful dan Takaful Semula mesti wujud pada masa yang sama
Kadar mortaliti dan morbiditi secara amnya bertambah apabila ____________
Umur populasi bertambah
Pendapatan populasi bertambah
Tempoh penjang diambil untuk sembuh dari kemalangan
Kejatuhan ekonomi
Saluran manakah yang digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan?
Berunding dan berkompromi
Litigasi
Penyelaras
Perantara
Dua (2) jenis perniagaan takaful semula adalah ______________
Kawalan dan perlindungan
Peril dan fakultatif
Am dan Triniti
Triti dan Fakultatif
