Font size
WorksheetsTakaful Set 3 (Part B)
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Penyata yang diedarkan kepada setiap peserta mengenai status sijil berkaitan pelaburan mestilah mengandungi maklumat – maklumat berikut:
Satu ringkasan penyata kewangan yang telah diaudit mengenai dana
Analisa trend perniagaan tidak kurang daripada lima (5) tahun, jika ada, mengenai pulangan pelaburan bersih dana
Komposisi dan senarai pelaburan yang dipegang oleh dana sehingga pada tarikh penyata laporan
Sebarang caj yang dikenakan terhadap dana berkenaan pada tahun penyata laporan
Yang manakah di antara skim takaful berikut menyediakan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada peserta
Takaful Am
Takaful Keluarga
Takaful Semula
Takaful Bersama
Yang manakah diantara berikut merupakan contoh perbelanjaan pembaharuan
Kos pengiklanan
Kos pemeriksaan kesihatan
Komisen pembaharuan
Perbelanjaan guaman
Bilangan unit di bawah kaedah penetapan harga tunggal untuk sijil takaful berkaitan pelaburan sumbangan tunggal adalah 3,800 dengan jumlah perlindungan sebanyak RM5,000. Harga tawaran ketika pemilik sijil membayar sumbangan ialah RM1.00. Harga unit semasa berlaku kematian terhadap pemilik sijil ialah RM1.22. Di bawah manfaat nilai unit dicampur dengan jumlah perlindungan manfaat kematian, ini akan menjadikan manfaat kematian sebanyak
RM9,636
RM8,800
RM5,000
RM4,636
Encik Ahmad bukanlah seorang yang gemar mengambil risiko. Dia mahu mempunyai pendapatan tetap dan berterusan untuk tempoh 10 tahun akan datang. Di manakah sepatutnya Encik Ahmad perlu melaburkan wangnya
Dalam unit amanah dan produk berkaitan pelaburan yang lebih bertumpu kepada sukuk
Dalam dana yang banyak melabur dalam saham mewah
Dalam dana yang sebahagian besarnya dilaburkan dalam sekuriti kerajaan
Dalam dana yang sebahagian besarnya dilaburkan dalam saham pertumbuhan tinggi
Yang manakah diantara berikut merupakan ciri – ciri asas objektif pelaburan?
Pendapatan
Perlindungan
Spekulasi
Perjudian
Maklumat penting yang diperlukan untuk melakukan penilaian risiko biasanya diperolehi daripada pelbagai sumber. Bukti – bukti berikut adalah antara sumber yang diperlukan, KECUALI:
Borang cadangan
Laporan perubatan X – Ray, ECG dan sebagainya
Slip gaji
Borang Carian Fakta
Yang manakah di antara pelan berikut merupakan kontrak asas takaful keluarga?
Pelan Endowmen
Takaful Motor
Takaful Pembedahan dan Penghospitalan
Takaful Rider
Antara faktor – faktor lain, sumbangan yang dikenakan di bawah sijil takaful keluarga biasanya berbeza mengikut:
Umur, jantina dan bilangan anak – anak dibawah tanggungan pencadang
Keadaan kesihatan dan kedudukan kewangan pencadang
Umur dan jantina pencadang, jenis sijil takaful yang dikehendaki dan jumlah perlindungan
Tempoh perlindungan, cara bayaran sumbangan dan persekitaran sosial pencadang
Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai penyerahan hak sijil takaful?
Terdapat dua bentuk penyerahan hak iaitu penyerahan hak mutlak dan penyerahan bersyarat
Penyerahan hak hendaklah dibuat secara bertulis
Penyerahan hak perlu disahkan oleh ejen takaful
Penyerahan hak ialah perpindahan hak dan liabiliti sijil dari pemilik sijil kepada orang lain
Penyerahan sijil takaful kepada pelanggan menyediakan peluang kepada ejen untuk melakukan perkara – perkara berikut?
Menyediakan asas untuk berhubung semula dengan pelanggan
Memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan
Memberikan penekanan terhadap komitmen yang berterusan oleh ejen takaful
Mendapatkan senarai nama rujukan pelanggan
Apabila surat bebanan (loading) dikeluarkan oleh pengendali takaful, ia dianggap sebagai
Suatu tawaran untuk peserta
Penolakan kepada peserta
Tawaran balas kepada peserta
Suatu perisytiharan bonus
Yang manakah di antara manfaat – manfaat tambahan berikut boleh disertakan dalam sesuatu dana berkaitan pelaburan?
Rider Penyakit Kritikal
Rider Pembatalan Pembiayaan
Rider Holiday Planner
Rider Manfaat Perubatan
Peserta boleh meningkatkan skop perlindungan takaful di bawah sijil takaful keluarga sedia ada secara lebih berkesan dengan ________________
Menamakan pemegang amanah/wasi tambahan
Mengambil sijil tambahan
Menambah rider
Benefisiari tambahan
Perlindungan yang disediakan oleh Jabatan Takaful Berkumpulan pengendali Takaful Keluarga TIDAK meliputi pelan berikut
Takaful Keluarga Bertempoh Berkumpulan
Takaful Kemalangan Diri Berkumpulan
Takaful Isi Rumah Berkumpulan
Takaful Kredit Berkumpulan
Kesemua yang dinyatakan di bawah merupakan pengkelasan risiko pengunderaitan, KECUALI
Standard
Buruk
Diutamakan
Sub Standard
Anti pemilihan merujuk kepada situasi:
Lebih risiko standard diterima takaful menyebabkan hasil pengunderaitan tidak seperti dikehendaki
Lebih risiko sub - standard diterima takaful menyebabkan hasil pengunderaitan tidak seperti dikehendaki
Lebih risiko standard diterima takaful menyebabkan hasil pengunderaitan seperti dikehendaki
Lebih risiko sub - standard diterima takaful menyebabkan hasil pengunderaitan seperti dikehendaki
Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam perkara – perkara berikut, KECUALI
Memastikan bahawa pengendali takaful menjalankan operasi mereka dengan cara yang baik bagi memanfaatkan peserta
Memastikan operasi pengendali takaful adalah mematuhi Syariah
Menyemai keyakinan orang awam terhadap takaful dan sistem kewangan Islam secara keseluruhan
Mencorakkan strategi serta perancangan perniagaan pengendali takaful
Jika sumbangan itu masih belum dijelaskan iaitu tidak dibayar dua hingga tiga minggu selepas tarikh matang pengendali takaful akan menghantar _____________ kepada pemilik asal
Notis Peringatan Sumbangan
Penyata Tertunggak
Notis Penamatan
Surat Tuntutan
Pengunderaitan adalah proses
Menyatakan kadar sumbangan dan terma dan mengeluarkan sijil
Menilai dan memilih risiko dan menentukan sumbangan, terma dan syarat
Menentukan kadar sumbangan sahaja
Penilaian kebarangkalian berlaku semula sesuatu penyakit
Apakah manfaat kematian minimum bagi sumbangan tunggal pelan takaful berkaitan pelaburan
RM5,000 atau 125% dari sumbangan, yang mana lebih tinggi
RM3,000 atau 125% dari sumbangan, yang mana lebih tinggi
RM5,000 atau 125% dari sumbangan, yang mana lebih rendah
RM7,500 atau 125% dari sumbangan, yang mana lebih tinggi
Dana harta ialah __________
Struktur pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan iaitu peningkatan modal
Struktur pelaburan yang mampu menjana pendapatan yang maksimum
Struktur pelaburan yang menggabungkan pulangan peningkatan modal dan juga pendapatan
Pelaburan dalam portfolio hartanah dan instrumen kewangan berkaitan hartanah bagi tujuan mendapatkan pulangan pelaburan
Yang manakah di antara situasi – situasi berikut BUKAN contoh risiko peribadi?
Risiko kesihatan yang semakin buruk
Risiko kehilangan pekerjaan
Risiko inflasi dalam negara
Risiko simpanan tidak mencukupi ketika persaraan
Diantara kenyataan berikut mengenai syarikat insurans, yang manakah TIDAK betul?
Dengan pemindahan risiko, syarikat insurans mengelakkan ketakutan dan kebimbangan kerugian pada perniagaan yang seterusnya membantu untuk mewujudkan keyakinan dan membolehkan mereka merancang kehadapan dalam aktiviti perniagaan mereka
Penanggung Insurans berkongsi kerugian syarikat seterusnya membantu mereka memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan utama mereka
Syarikat insurans mengumpul dana yang besar daripada premium yang dikutip dan dana ini biasanya dilaburkan dalam sektor awam dan swasta, dengan itu ia menyumbang kepada pembangunan ekonomi secara keseluruhan
Syarikat – syarikat insurans telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia
Apakah konsep asas Ta’awun?
Saling bermaafan
Saling memberi maklumat
Saling membantu
Saling mencintai
Berikut yang manakah BUKAN objektif yang ditetapkan syarak dalam ilmu maqasid Shariah?
Melindungi agama
Melindungi akal fikiran
Melindungi harta benda
Melindungi pengetahuan
Yang manakah di antara berikut BUKAN manfaat takaful?
Ia membolehkan seseorang individu meraih keuntungan dari tuntutan takaful
Ia memenuhi tanggungjawab sosial terhadap keluarga
Ia memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat
Menjauhi elemen – elemen yang dilarang dalam Syariah
Yang manakah di antara berikut BENAR tentang Standard Minimum mengenai Pendedahan Maklumat dan Ketelusan dalam jualan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan?
Standard minimum adalah terpakai kepada semua jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan individu termasuk rider Takaful Perubatan dan Kesihatan yang disertakan kepada Pelan Takaful Keluarga
Bagi pelan takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan, pengendali takaful harus memastikan bahawa pendedahan dibuat kepada pemilik sijil induk
Standard minimum hendaklah terpakai kepada semua saluran di mana pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan di edarkan
Bagi tujuan standard minimum ini bahan – bahan pemasaran merujuk kepada semua bahan – bahan promosi dan apa – apa bahan lain disediakan semasa pemasaran pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Kegagalan untuk mendedahkan fakta – fakta yang diketahui dikenali sebagai _____________
Penyamaran
Bahaya moral
Penipuan
Penyembunyian
Apabila sesuatu sijil itu telah dikeluarkan, endorsemen boleh dibuat atas sebab – sebab berikut iaitu:
Meminda perkataan atau ayat dalam polisi, memasukkan manfaat tertentu atau mengenakan pembatasan atau sekatan
Meminda amaun perlindungan atau kaedah bayaran
Menguatkuasakan atau cara bayaran
Menukar perkara pokok insurans
Yang manakah di antara faktor berikut akan meninggikan risiko Takaful Perubatan dan Kesihatan?
Umur
Pekerjaan
Faktor persekitaran
Majikan
Kadar mortaliti dan morbiditi secara amnya bertambah apabila __________
Umur populasi bertambah
Pendapatan populasi bertambah
Tempoh panjang diambil untuk sembuh dari kemalangan
Kejatuhan ekonomi
Nota lindung dikeluarkan oleh syarikat insurans atau ejen yang diberi kuasa kerana sebab – sebab berikut, KECUALI
Untuk diberikan kepada pihak yang diinsuranskan sebagai bukti bertulis bahawa perlindungan insurans telah berkuat kuasa
Untuk menyimpan rekod semua risiko yang ditanggung oleh penanggung insurans
Polisi sebenar akan mengambil masa untuk disediakan dan oleh itu nota lindung ini boleh digunakan sebagai bukti perlindungan
Polisi sebenar mungkin mengambil masa untuk disiapkan kerana maklumat yang tidak lengkap
Bayaran atau fi kepada Wakalah diambil daripada ___________
Akaun simpanan teknikal yang disediakan pengendali takaful
Dana pemegang saham
Keuntungan dari dana pelaburan
Sumbangan takaful oleh peserta – peserta
Apabila peserta telah menerima bayaran manfaat takaful sepenuhnya, kontrak takaful yang disertainya akan _____________
Diperbaharui
Diganti
Ditamatkan
Dilanjutkan
Apabila pengantara menghubungi dan berjumpa dengan bakal pelanggan, ejen hendaklah:
Memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebagai pengantara berdaftar
Memberitahu pengendali takaful mengenainya
Meminta pengendali takaful mengeluarkan sijil
Meminta pengendali takaful mengeluarkan sijil
Yang manakah di antara persatuan – persatuan TIDAK berkaitan dengan perniagaan insurans hayat dan/atau takaful keluarga?
NAMLIFA
LIAM
MTA
PIAM
Untuk menjadi ejen Takaful, calon mesti memenuhi syarat – syarat berikut:
Mempunyai diploma dan bekerja secara sepenuh masa dengan mana – mana pengendali takaful
Lulus Peperiksaan Asas Takaful dan berdaftar dengan Persatuan Takaful Malaysia
Lulus Peperiksaan Asas Takaful dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia
Berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, pengendali takaful dan Persatuan Takaful Malaysia
Takrifan TERBAIK definasi Kepentingan Boleh Lindung adalah ____________
Sebarang bentuk perhubungan berkenaan pencadang dengan perkara yang dimaksudkan
Sebarang kemungkinan hubungan masa depan yang boleh terjadi diantara pencadang dan perkara yang dimaksudkan
Sebarang minat yang diwujudkan oleh prospek yang menjurus kepada perkara yang dimaksudkan
Apa – apa kepentingan kewangan yang sah dari segi undang – undang yang pencadang miliki berkenaan perkara yang dimaksudkan
Dalam masyarakat Melayu, tradisi ini telah lama diamalkan yang serupa dengan konsep takaful
Dana Mangsa Kebakaran
Dana Manfaat Kematian (Khairat Kematian)
Dana Bencana Alam
Dana Kebuluran
Maklumat peribadi seperti nama, umur, pekerjaan, alamat peserta, tarikh matang sijil dan jumlah perlindungan dinyatakan di bahagian ____________
Pendahuluan
Jadual
Pengenalan
Penyaksian
Apakah yang dimaksudkan dengan rider?
Manfaat takaful ketika sijil matang
Manfaat penghospitalan yang boleh dinikmati oleh peserta
Suatu tambahan yang disertakan kepada sijil yang mengubahsuai syarat – syarat bagi meluaskan manfaat
Syarat – syarat sijil yang menghendaki peserta menjalani pemeriksaan perubatan
Dalam pengunderaitan borang cadangan, seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) hendaklah dinilai dengan lebih teliti kerana beliau adalah antara
individu yang paling berkemungkinan untuk mengalami penyakit – penyakit berikut KECUALI:
Penyakit Jantung
Penyakit Darah Tinggi
Penyakit Kencing Manis
Demam
Yang manakah di antara mekanisma pelaburan berikut adalah bertujuan untuk memperolehi peningkatan modal?
Bon Korporat
Saham Utama
Opsyen
Dana Pertumbuhan
Suatu sijil takaful di mana nilai serahan digunakan sebagai bayaran sumbangan tunggal bagi menyediakan perlindungan dengan mengekalkan terma asal sijil tetapi bagi jumlah perlindungan yang dikurangkan dikenali sebagai ___________
Sijil yang dilanjutkan
Sijil berbayar
Sijil bertempoh
Sijil yuran
Bagaimana risiko matawang dapat dikurangkan?
Dengan menghadkan pelaburan ke beberapa negara terpilih sahaja, dengan itu risiko matawang negara tertentu dapat diminimumkan
Melaksanakan program lindung nilai matawang
Melantik pengurus dana yang berpengalaman
Semakan semula secara berkala ke atas status aset mematuhi Syariah dibawah portfolio
Ia adalah pelan perubatan dan kesihatan yang menyediakan perlindungan untuk kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan. Ia adalah serupa dengan pelan asas penghospitalan dan pembedahan dengan mengenakan amaun deduktibel yang tinggi. Berdasarkan dari kenyataan yang diberikan di atas apakah nama pelan berkenaan?
Takaful Perubatan Utama Lebihan
Takaful Manfaat Tunai Penghospitalan
Takaful Perubatan Utama Tambahan
Takaful Perubatan Utama Komprehensif
Yang manakah di antara berikut BUKAN kontrak asas takaful keluarga?
Pelan endowmen
Takaful bertempoh
Takaful anuiti
Takaful liabiliti
Endorsemen boleh dibuat atas mana – mana sijil takaful atas sebab – sebab berikut, KECUALI
Menambah atau mengurang amaun ansuran atau sumbangan takaful
Perubahan tempoh takaful
Menyertakan manfaat tambahan
Setelah sesuatu tuntutan dikemukakan
Kepelbagaian dalam pelaburan didefinasikan sebagai proses membuat pelaburan yang mengambil kira perkara – perkara berikut:
Kelas aset
Industri
Negara
Pengurus dana
Pengendali takaful
