WorksheetsSoalan Qurban
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Apakah maksud Qurban dari segi istilah?
Menyembelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri dengan Allah
Menyembelih lembu pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik
Mengelar leher binatang ternakan untuk memberi makan kepada fakir miskin
Membunuh lembu dan kambing untuk memperingati peristiwa Nabi Ibrahim
Apakah hukum melaksanakan Qurban?
(a)
Yang manakah Dalil yang betul mengenai Qurban?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
وَحَنَانًا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةً ۖ وَكَانَ تَقِيًّا
Haiwan manakah yang dikategorikan sebagai binatang sembelihan?
Sah atau tidak sah sekiranya berqurban tanpa adanya niat? Tulis jawapan anda diruang yang disediakan.
(a)
Bilakah masa yang sah dan betul untuk pelaksanaan Qurban?
Selepas solat hari raya Aidilfitri sehingga terbenamnya matahari
Selepas solat hari raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenamnya matahari pada hari tasyriq , iaitu 13 Zulhijjah
Tidak ada ketetapan masa pelaksanaan Qurban
Selepas selesai solat jumaat pada 10 Zulhijjah hingga terbenamnya matahari pada hari tersebut
Syarat sah Qurban : Sifat binatang ternakan yang manakah yang memenuhi syarat sah Qurban?
Binatang ternakan ada cacat pada kesemua kakinya, tetapi masih hidup
Bintang ternakan bebas daripada penyakit dan kecacatan
Lembu yang masih hidup tetapi mempunyai kecacatan yang teruk pada matanya
Binatang ternakan terlalu kurus
Adakah Wajib atau Sunat untuk melafazkan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ , الله أكبر dan Berselawat ketika menyembelih? Tulis jawapan anda di ruangan yang disediakan.
(a)
Sah atau tidak Sah sekiranya Qurban dilaksanakan selepas terbenam matahari 13 Zulhijjah? Tulis jawapan anda diruang yang disediakan.
(a)
Yang manakah Bukan hikmah melaksanakan Ibadah Qurban?
Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda Taqwa kepada Allah SWT
Menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S
Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberi
Supaya boleh makan daging lembu dengan kadar yang banyak
