NEW
Font size
WorksheetsTahun 5 Kata Ganti Nama Diri
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Semua rakan sekelas sepakat memilih _________ sebagai ketua," kata Dania kepada Haikal.
Awak
kita
kami
anda
Sebagai satu pasukan, ____________ perlu bekerjasama supaya tugasan ini berjalan dengan lancar," kata ketua kumpulan itu.
mereka
saya
kita
dia
"Cikgu Zulin, saya dan adik tidak boleh menyertai lawatan ke Putrajaya hari ini kerana ___________ terpaksa pulang ke kampung," kata Noriah.
kamu
kami
kita
saya
Encik Saad memberitahu kerani bahawa _________ hendak bertemu dengan Dato Johan tetapi _____________ tidak ada di pejabat.
saya...beliau
awak...dia
kita...kami
dia...beliau
Sultan Amir memerintahkan rakyat supaya hadir ke majlis sambutan ulang tahun _____________.
mereka
baginda
beliau
tuanku
"Farid, sila tunggu sebentar selepas perhimpunan ini kerana CIkgu Yazid hendak berjumpa dengan ______________," kata Yusmira.
beta
kami
kamu
beliau
"Mohon tuanku ampunkan ______________ atas keterlanjuran kata yang tidak disengajakan itu," sembah Wak Leman kepada sultan.
beta
patik
tuanku
saya
"Ada hal apakah maka bendahara mahu berjumpa dengan ____________?" tanya laksamana kepada Hang Tuah.
hamba
patik
beta
saya
"Sila tunggu sebentar sehingga nombor giliran ___________ dipanggil," kata kerani melalui hebahan radio itu.
anda
kamu
awak
saya
Sekumpulan kanak-kanak mengajak Aduni bermain teng teng dengan ___________.
dia
beliau
baginda
mereka
Saya dan Zaidai leka berbual. Akhrinya, _________ ketinggalan bas dan terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah.
kami
kamu
kita
Fu Meng menolak pelawaan Damnial untuk menambah nasi kerana __________ sudah kenyang.
saya
dia
kamu
Saya dan Azizah tidak menyangka bahawa poster yang sama-sama _____lukis itu memenangi tempat pertama.
saya
kami
kamu
Julia tidak menghadiri kelas tambahan kerana _______ mengikut ibunya ke klinik.
dia
beliau
baginda
saya
Puan Suhana memberikan kek itu kepada jiran _________.
nya
kamu
mereka
kami
"__________ akan menghantarkan anakanda ke luar negara," titah Sultan Azizzudin.
Tuanku
Beta
Baginda
Patik
Para peserta kem itu meletakkan beg_________ di dalam khemah masing-masing.
nya
kalian
mereka
"Sila hantar buku karangan ___________ sekarang," kata Cikgu Hashim kepada murid-muridnya.
kamu
saya
kita
kami
"Rizal, tolong __________ bawa peralatan sukan ke padang," kata Ganesh dan Badrul.
kami
kita
kamu
saya
Dermawan itu dihormati orang ramai kerana sikap __________ yang murah hati.
beliau
baginda
beta
saya
