wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji IDUS 2063 M14

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah beza modenisme dengan pasca modenisme?

a)

Modenisme mengimpikan kemodenan, Pasca modenisme mengingingkan kesederhanaan

b)

Modenisme berpegang kepada kebenaran mutlak, Pasca modenisme berpegang kepada kebenaran relatif

c)

Modenisme menolak agama, Pasca modenisme menggabungkan falsafah dengan agama

d)

Modenisme mengagungkan akal dan pancaindera, Pasca modenisme mengagungkan sains dan teknologi

2.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri pascamodenisme?

a)

Kemampanan agama tidak dipertikaikan

b)

Semua bentuk kepelbagaian boleh ditoleransikan

c)

Media massa penentu nilai perilaku manusia

d)

Kebahagian terletak pada pembelian barangan

3.

Apakah kesan konsumerisme yang wujud dalam masyarakat era pascamodenisme?

a)

Pembudayaan sifat individualistik

b)

Pengukuran prestij berdasarkan jenama dan imej

c)

Perjuangan hak bagi golongan LGBT

d)

Penyebaran idea liberalisme akidah

4.

Bagaimanakah LGBT diberi ruang dalam pascamodenisme?

a)

Melalui ciri pluralisme

b)

Melalui ciri dekonstruktif

c)

Melalui ciri relativisme

d)

Melalui ciri kesaksamaan

5.

Apakah kesan dekosntruktif yang menjadi ciri pascamodenisme?

a)

Mempertikaikan autoriti para ulama

b)

Menimbulkan penerimaan mutlak kepada semua agama

c)

Menjadikan media sosial sebagai neraca akhlak

d)

Menganggu gugat institusi kekeluargaan

6.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan liberalisme akidah?

a)

Mendorong masyarakat untuk tidak beragama

b)

Budaya hidup berasaskan hiburan

c)

Berleluasanya gejala murtad

d)

Budaya perkahwinan silang agama

7.

Apakah solusi bagi umat Islam masa kini dalam menghadapi pascamodenisme?

a)

Berasimilasi dengan idea pascamodenisme

b)

Bertoleransi dengan pascamodenisme ke arah keharmonian

c)

Memperkasa identiti umat Islam melalui ilmu turath

d)

Menerima idea pascamodenisme supaya tidak jumud

8.

Apakah karya yang dihasilkan oleh al-Farabi?

a)

al-Muqaddimah

b)

al-Madinah al-Fadilah

c)

al-Qanun fi al-Tibb

d)

al-Siyasah

9.

Bagaimanakah konsep alam yang digagaskan oleh al-Farabi?

a)

Alam merupakan pancaran daripada Zat Tuhan

b)

Alam merupakan ciptaan Tuhan

c)

Alam ditadbir sepenuhnya oleh Tuhan

d)

Alam diciptakan untuk Raja yang Adil

10.

Menurut al-Farabi, apakah ciri utama perlu ada pada seorang Raja?

a)

Mempamerkan ketaatan kepada Allah SWT

b)

Mempunyai ilmu pengetahuan yang unggul

c)

Memiliki keperibadian yang mulia

d)

Mempunyai pengiktirafan daripada rakyat

11.

Apakah yang TIDAK dianggap sebagai teras negara oleh al-Farabi?

a)

Kebebasan

b)

Kekuasaan

c)

Keimanan

d)

Kebahagiaan

12.

Apakah tujuan Ibn Sina memperkenalkan moden insan terapung?

a)

Menjelaskan tentang hakikat Tuhan

b)

Menjelaskan tentang hakikat roh

c)

Menjelaskan tentang peranan pancaindera

d)

Menjelaskan tentang peranan pemerintah

13.

Apakah persamaan idea antara Ibn Sina dengan al-Farabi dalam meletakkan syarat pemimpin?

a)

Pemimpin mesti berakhlak mulia

b)

Pemimpin mesti bijak mentadbir

c)

Pemimpin mesti mempunyai kerohanian yang tinggi

d)

Pemimpin mesti menguasai pelbagai bidang ilmu

14.

Apakah pendekatan falsafah Ikhwan al-Safa?

a)

Neo-Platonisme

b)

Sinkretisme pelbagai agama dan aliran falsafah

c)

Aristotelianisme

d)

Sinkretisme antara Syiah dan Plato

15.

Siapakah pengasas Ikhwan al-Safa?

a)

Ibnu Sina

b)

Al-Biruni

c)

Tidak diketahui

d)

Al-Farabi

16.

Siapakah ahli falsafah Islam yang berasal dari Cordova?

a)

Ibn Sina

b)

Al-Farabi

c)

Ibn Rusyd

d)

Al-Ghazali

17.

Apakah DUA idea yang diketengahkan oleh Ibn Rusyd?

a)

Pemimpin mestilah dari kalangan ahli falsafah

b)

Hati boleh disucikan melalui amal ibadat

c)

Negara dan institusi agama bertanggungjawab dalam pembentukan jati diri rakyat

d)

Negara yang dipimpin oleh para nabi akan mencapai kebahagian hakiki

18.

Di manakah al-Ghazali pernah berkhidmat sebagai pensyarah?

a)

Madrasah Salahuddin

b)

Madrasah Fatimiyyah

c)

Madrasah Ayyubiyyah

d)

Madrasah Nizamiyyah

19.

Apakah karya al-Ghazali dalam bidang Falsafah?

a)

Al-Munqidh min al-Dalal

b)

Al-Mustasfa fi al-Usul

c)

Al-Ma'arif al-Aqliyyah

d)

Ayyuhal Walad

20.

Apakah pandangan Ahli Falsafah yang ditentang keras oleh al-Ghazali?

a)

Alam ini Qadim (sedia ada)

b)

Alam ini Hadith (baharu)

c)

Hukum sebab-akibat atas alam bukan perkara yang mesti

d)

Tuhan mengetahui semua perkara

21.

Apakah karya al-Ghazali yang membincangkan tentang penyucian jiwa?

a)

Tahafut al-Falasifah

b)

Ihya' Ulum al-Din

c)

Kimiya' al-Saadah

d)

Ayyuhal Walad

22.

Mengapakah al-Ghazali mengkritik pendekatan ahli falsafah sebelumnya?

a)

Kerana tidak mengembangkan sains dan teknologi

b)

Kerana tidak menyumbang kepada umat Islam

c)

Kerana bercanggah dengan akidah Islam

d)

Kerana menerima pandangan Yunani sepenuhnya

23.

Siapakah ahli falsafah yang juga berkhidmat sebagai Qadi?

a)

Al-Ghazali

b)

Al-Farabi

c)

Ibn Sina

d)

Ibn Rusyd

24.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh Ibn Rusyd pada zamannya?

a)

Penyelewengan ahli falsafah

b)

Kesesatan falsafah Yunani

c)

Gerakan kristianisasi

d)

Penularan wabak penyakit

25.

Apakah karya Ibn Rusyd dalam bidang ilmu kalam?

a)

Bidayat al-Mujtahid

b)

Tahafut al-Tahafut

c)

Fasl al-Maqal

d)

Manahij al-Adillah fi Aqa'id Ahl al-Millah