wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Topik 5 : Tadbir Urus Korporat (Latihan 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah di antara berikut BUKAN warga korporat

a)

Pemegang Saham

b)

Penjawat Awam

c)

Pengurus Syarikat

d)

Lembaga Pengarah

2.

Lembaga Pengarah merupakan pelabur yang menyumbangkan modal untuk membiayai aktiviti-aktiviti perniagaan atau dikenali juga sebagai pemilik perniagaan.

a)

Betul

b)

Salah

3.

Lembaga pengarah dan pengurus korporat mempunyai kecenderungan untuk mengejar kepentingan diri terlebih dahulu berbanding kepentingan para pemegang saham. Keadaan ini dikenali sebagai ?

a)

Konflik Diri

b)

Kepentingan Diri

c)

Konflik Kepentingan

d)

Konflik Peribadi

4.

Pemegang saham jenis ini memiliki peratusan kecil saham dalam perbadanan awam iaitu memiliki kurang lima peratus daripada jumlah pegangan saham.

a)

Pemegang Saham Individu

b)

Pemegang Saham Kumpulan

c)

Pemegang Saham Majoriti

d)

Pemegang Saham Minoriti

5.

Pemilikan Kerajaan juga bermula daripada dasar penswastaan sayarikat-syarikat utama di Malaysia yang dikenali sebagai ?

a)

Syarikat Berkaitan Kerajaan

b)

Syarikat Berkaitan Pemegang Saham

c)

Syarikat Berkaitan Lembaga Pengarah

d)

Syarikat Berkaitan Keluarga

6.

Menumpukan pemilikan merujuk kepada keadaan pemilikan saham biasa dalam perbadanan awam yang mana sebahagian besarnya dipegang oleh individu, kumpulan keluarga atau institusi kerajaan.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Pemilik keluarga cenderung menguasai perbadanan kerana mereka mempunyai pelaburan yang lebih pendek dan biasanya merancang untuk meneruskan perniagaan itu kepada kerajaan.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Yang manakah antara berikut BUKAN peringkat pihak pengurusan syarikat dalam warga korporat ?

a)

Pengurusan Atasan

b)

Pengurusan Bawahan

c)

Pengurusan Pertengahan

d)

Pengurusan Rendahan

9.

Kebanyakan syarikat bermula dengan entiti kecil di mana sekumpulan orang atau ahli keluarga berkongsi dana mereka untuk membentuk entiti perniagaan. Bentuk pemilikan ini dipanggil sebagai ?

a)

'firma pengurus-pemilik'

b)

'firma pemilik-pengurus'

c)

'firma pekerja-pengurus'

d)

'firma pengurus-pekerja'

10.

Di syarikat swasta, pemilik terlibat secara langsung dalam pengurusan operasi sehari-hari manakala, di syarikat bersaiz awam, para pemilik mewakilkan pengurusan operasi sehari-hari kepada sekumpulan ?

a)

Pemegang Saham

b)

Lembaga Pengarah

c)

Pengurus Profesional

d)

Pekerja Bawahan