Font size
WorksheetsFONOLOGI
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Bidang fonologi adalah kajian bahasa berkaitan perkara di berikut, kecuali
fonetik
alat pertuturan
fonemik
kelantangan suara
Konsonan sengauan pada suku kata akhir
pukul
malas
nganga
payung
Apakah organ pertuturan yang paling aktif
(a)
Yang manakah terdiri daripada artikulasi sertaan?
pelelangitkerasan
nasalisasi
realisasi
labialisasi
(1) Ngilu
(2) Tuas
Yang manakah artikulasi sertaan yang terdapat pada perkataan (1) dan (2)
(1) Labialisasi (2) Glotalisasi
(1) Palatalisasi (2) Nasalisasi
(1) Nasalisasi (2) Labialisasi
(1) Glotalisasi (2) Palatalisasi
Yang manakah kumpulan konsonan yang kesemuanya pita suara bergetar semasa menghasilkannya?
[p], [t], [g]
[b], [k], [m]
[d], [k], [l]
[g], [l], [n]
i - Depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak setinggi seperti menghasilkan vokal /i/
ii Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan.
Vokal yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam kedua-dua perkataan dalam pasangan
endah - pendek
kerat - herot
teler - pekat
sendat - cendol
Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya, semasa penyebutannya berlaku pelelangitkerasan?
kuat - liang
lauk - tuak
paut - muat
piat - ketiak
Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya ketika penyebutannya berlaku pengglotisan sebagai artikulasi tambahan?
faedah - godaan
persenjataan - Anuar
keibu-ibuan - rakyat
kualiti - suara
Pasangan perkataan yang manakah yang kedua-duanya mengandungi vokal belakang?
i. karet - toreh
ii. terus - jagoh
iii. boleh - sapu
iv. tukul - sempit
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Sesuatu jenis vokal itu dikategorikan sebagai vokal luas atau sempit berdasarkan
i keadaan dua bibir
ii. bahagian lidah yang terlibat
iii.buka antara rahang bawah dan atas
iv. tinggi atau rendahnya lidah dinaikkan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang manakah perkataan yang kesemua vokalnya mengalami nasalisasi?
memanfaatkan
menyaingimu
mengerumuni
menemankannya
vokal depan luas + letupan gusi tak bersuara + vokal depan luas + letupan dua bibir tak bersuara
Percantuman bunyi-bunyi di atas menghasilkan perkataan
adat
epal
atap
esak
Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman bahasa Arab?
i. khasiat
ii. muafakat
iii. maksiat
iv. insaniah
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Bunyi yang terdapat pada awal suku kata ketiga dan suku kata keempat pada perkataan perubatan ialah konsonan
letupan dua bibir bersuara, letupan gusi tak bersuara
letupan dua bibir tak bersuara, letupan gusi bersuara
vokal belakang sempit, letupan dua bibir bersuara
getaran gusi, letupan gusi tak bersuara
Pada perkataan manakah dalam sebutannya terdapat bunyi hentian atau letupan glotis?
i. manfaat
ii. politik
iii. gerabak
iv. kerabat
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Yang manakah kumpulan perkataan yang semuanya mengandungi vokal e taling?
sebar,serah,lewah
serong,serik,petah
Tembak,pelat,tempoh
mentor,denak,gendong
Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi vokal belakang sempit dalam suku kata terbuka?
bantu - salut
pantul - gusar
pukat - lampu
gincu - angkuh
Perkataan yang berakhir dengan konsonan letupan dua bibir tak bersuara
lambat
mantap
panas
kentut
Yang manakah alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi [m], [b], [p] dan [w]?
Bibir
Lidah
Gigi-gusi
Lelangit keras
