Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu - TATABAHASA

Total questions: 6

Worksheet time: 2hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

SOALAN 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. [3 markah]

Dadah merupakan satu istilah yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Dadah membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah dan mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang. Pendidikan mengenai dadah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan mesej. Masyarakat harus diajar mengenai tanggungjawab, nilai-nilai dan etika supaya mereka yakin diri dan menghindari dadah seterusnya menjadi warganegara yang cemerlang.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Dadah Musuh No. 1 Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan.

4 lines
2.

SOALAN 1: MORFOLOGI

2. Senaraikan semula tiga kata majmuk yang telah anda kenal pasti dalam petikan di atas. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. [6 markah]

Kata Majmuk 1:

Ayat:

Kata Majmuk 2:

Ayat:

Kata Majmuk 3:

Ayat:

4 lines
3.

SOALAN 2: SINTAKSIS

Baca petikan pendek di bawah dengan teliti . Tuliskan bahagian subjek & predikat ayatnya. Tukarkan ayat yang bergaris kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. [4 markah]

Malaysia mempunyai kepelbagaian biologi flora dan fauna. Namun demikian, akhir-akhir ini kebanyakan haiwan tersebut diancam kepupusan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Ayat Susunan Biasa:

Subjek:

Predikat:

Ayat Susunan Songsang:

Predikat:

Sujek:

4 lines
4.

SOALAN 2: SINTAKSIS

Baca petikan pendek di bawah dengan teliti . Tuliskan bahagian subjek & predikat ayatnya. Tukarkan ayat yang bergaris kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. [4 markah]

Harimau dan badak merupakan spesies haiwan liar yang semakin terancam. Aktiviti menebang pokok yang dilindungi seperti meranti dan cengal turut memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekeliling dan menyebabkan haiwan liar lari atau mati.

Ayat Susunan Biasa:

Subjek:

Predikat:

Ayat Susunan Songsang:

Predikat:

Sujek:

4 lines
5.

SOALAN 2: SINTAKSIS

Baca petikan pendek di bawah dengan teliti . Tuliskan bahagian subjek & predikat ayatnya. Tukarkan ayat yang bergaris kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. [4 markah]

Pembakaran hutan secara terbuka menyumbang kepada peningkatan suhu sekali gus mengancam haiwan liar.

Ayat Susunan Biasa:

Subjek:

Predikat:

Ayat Susunan Songsang:

Predikat:

Sujek:

4 lines
6.

SOALAN 2: SINTAKSIS

Baca petikan pendek di bawah dengan teliti . Tuliskan bahagian subjek & predikat ayatnya. Tukarkan ayat yang bergaris kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. [4 markah]

Pelbagai usaha dilakukan untuk membendung kepupusan hidupan liar, termasuklah penyelidikan dan pembangunan, penguatkuasaan dan pemantauan. Sektor penyelidikan dan pembangunan bertindak menubuhkan bank genetik bagi menyimpan DNA haiwan terancam.

Ayat Susunan Biasa:

Subjek:

Predikat:

Ayat Susunan Songsang:

Predikat:

Sujek:

4 lines