wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Mengenal Pasti Masalah Bukan Inventif Dan Inventif

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

MASALAH INVENTIF IALAH

a)

MASALAH YANG DAPAT DISELESAIKAN TANPA WUJUD KESAN SAMPINGAN

b)

MASALAH YANG DAPAT DISELESAIKAN TETAPI WUJUD KESAN SAMPINGAN

c)

MASALAH YANG SENTIASA MUNCUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

2.

MASALAH BUKAN INVENTIF IALAH

a)

MASALAH YANG DAPAT DISELESAIKAN TANPA WUJUD KESAN SAMPINGAN

b)

MASALAH YANG DAPAT DISELESAIKAN TETAPI WUJUD KESAN SAMPINGAN

c)

MASALAH YANG SENTIASA MUNCUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

3.

Contoh masalah inventif ialah

a)

Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat.

b)

Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah ini dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan

4.

Tandakan contoh situasi yang betul bagi masalah bukan inventif.

a)

Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat.

b)

Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah ini dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan

5.

Meja tidak dapat menampung berat beban. Kaki meja digantikan dengan kaki yang diperbuat daripada besi sebagai penambahbaikan. Sebelum penambahbaikan, dua orang dah boleh angkat meja tersebut. Tetapi selepas penambahbaikan 4 orang perlu alihkan meja tersebut kerana menjadi lebih berat.


Berdasarkan situasi di atas, tentukan sama ada masalah bukan inventif atau masalah inventif.

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

6.

Antara berikut yang manakah merujuk kepada masalah bukan inventif?

a)

Periuk memasak tanpa pemegang

b)

Meja belajar berkaki kayu

c)

Pisau pemotong ayam yang tumpul.

7.

Aminah, Nadia, Jamila berkongsi payung yang kecil pada hari hujan dan menyebabkan baju mereka basah. Oleh itu Nadia menukarkan payung yang lebih besar, namun masalah baru timbul iaitu payung tersebut lebih berat dan menyebabkan tangan menjadi lenguh apabila memegangnya.


Berdasarkan situasi di atas, tentukan sama ada masalah bukan inventif atau masalah inventif.

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

8.

Siti telah menjahit manik di lengan bajunya tetapi menyebabkan bajunya sukar digosok.


Berdasarkan situasi di atas, tentukan sama ada masalah bukan inventif atau masalah inventif.

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

9.

Pernyataan yang manakah merupakan masalah bukan inventif?

a)

Setelah Aimie menambah perisa makanan, mi goreng tersebut menjadi masin

b)

Fadlee mudah membawa barang-barang yang dibeli di pasar setelah memasang bakul di motorsikalnya

c)

Hadhari telah menukar tapak kasut bola dengan tapak kasut biasa dan menyebabkan kasutnya menjadi berat

d)

Encik Roland telah menukarkan enjin keretanya kepada enjin turbo untuk meningkatkan kuasa enjin tetapi mengakibatkan keretanya mudah hilang kawalan serta membazirkan bahan api

10.

Pendingin hawa dipasang di rumah untuk menyejukkan persekitaran tetapi menyebabkan penggunaan bil elektrik yang tinggi.


Berdasarkan situasi di atas, tentukan sama ada masalah bukan inventif atau masalah inventif.

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif