Font size
WorksheetsKuiz Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu BMMB1104
Total questions: 15
Worksheet time: 19mins
Kesusasteraan bermaksud
Kegiatan yang dapat membantu perkembangan minda
Segala penghasilan sastera yang disampaikan atau dinikmati melalui tulisan dan pembacaan secara lisan dan pendengaran
Bahan bacaan yang dapat mempengaruhi tingkah laku manusia
Dihasilkan melalui pengalaman yang dilalui oleh penulis
Perkataan "sastera" dalam bahasa Sanskrit bermaksud...
Novel
Komik
Kitab suci
Majalah
Mengapa Hashim Ahmad mengatakan "kesusasteraan ialah bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa" ?
Kerana bahasa merupakan satu cara perhubungan dan interaksi utama untuk berhubung dengan orang lain
Kerana berfungsi untuk menyampaikan maklumat, menyatakan perasaan dan suruhan atau larangan
Kerana sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan kelompok manusia
Kerana manusia memahami apa yang ingin disampaikan dengan bahasa yang digunakan
Menurut Ali Ahmad pada tahun 1994, konsep kesusasteraan Melayu ialah
segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran
keindahan bahasa yang muncul daripada proses penciptaanya
ciptaan seni yang dihasilkan melalui bahasa
karya-karya lisan juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan pelbagai perkataan
Antara berikut, yang manakah SALAH tentang konsep kesusasteraan Melayu dalam pendidikan?
karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan
berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisonal dan puisi tradisional
memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat
menulis karya sastera untuk mendapatkan keuntungan
Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi sastera Melayu?
Hiburan
Kritikan sosial
Dakwah
Drama
Apakah CONTOH sastera jenis hiburan?
Puisi, syair, pantun
Sajak, drama, novel
Kuiz, dialog, perbincangan
Cerpen, novel, drama
Antara berikut, yang manakah fungsi sastera Melayu dalam pendidikan?
membawa kesedaran kepada masyarakat
mengubah cara pemikiran seseorang
menerapkan nilai-nilai moral dalam karya
sebuah karya sastera dalam bentuk dialog yang dipentaskan oleh pelakon
Apakah fungsi sastera Melayu dalam dakwah?
mendidik pembaca memiliki unsur moral dan meningkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Pencipta
mengubah cara hidup manusia dengan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta
kemampuan karya sastera untuk mendalami emosi pembaca atau pendengar
dijadikan sebagai panduan kehidupan oleh masyarakat
Apakah contoh cerita yang boleh dijadikan sebagai kritikan sosial?
Cerita Sang Kanci
Cerita Mat Jenin
Hikayat Seribu Satu Malam
Cerita Hang Tuah
Antara berikut, manakah CONTOH yang salah bagi manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam puisi tradisional?
pantun
syair
seloka
drama
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri syair ?
baris pertama dianggap sebagai persoalan manakala baris kedua sebagai jawapan
tidak tetap jumlah baris serangkap
empat baris serangkap
baris merupakan kesatuan idea
Apakah yang dimaksudkan dengan manifestasi akal budi?
menyeru masyarakat supaya beradab sopan di dalam kehidupan melalui penghasilan karya sastera
sesuatu pengalaman yang telah dilalui dan dikongsikan melalui penulisan karya sastera
menyatakan sesuatu perbuatan dan pemikiran seseorang yang diterjemahkan dalam bentuk karya sastera
mengajak masyarakat agar menggunakan fikiran yang waras ketika membuat keputusan
Apakah tujuan manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam pantun?
meluahkan perasaan, menyindir, memberi nasihat
memberi pengajaran dan nilai moral
berjenaka dan menambah ilmu pengetahuan
memberi pandangan, menyatakan hasrat dan bersuka-suka
Antara berikut, yang manakah BUKAN jenis-jenis syair dalam manifestasi akal budi masyarakat Melayu?
syair naratif dan syair romantis
syair panji
syair keagamaan
syair sejarah
