Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PK T4 : PEERS

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun perempuan.


Antara berikut manakah kesan negatif seksual sebelum bernikah?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap remaja yang hamil luar nikah.

b)

Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan dia berasa malu.

c)

Kata-kata cacian dan penghinaan kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama

d)

Kes lari dari rumah serta menggugurkan dan membuang bayi.

e)

Perbuatan bunuh diri

2.

Antara berikut manakah yang boleh menjerumus individu kepada seks bebas?


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Pergaulan bebas berlandaskan nafsu.

b)

Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa.

c)

Kurang minat terhadap pelajaran.

d)

Bergaul dengan kawan-kawan yang positif.

3.

Situasi yang Mendorong kepada Hubungan Seks Sebelum Nikah KECUALI

a)

Mempunyai pengetahuan tentang pendidikan seksual

b)

Tiada kesedaran untuk melindungi maruah diri

c)

Berpakaian kurang sopan

d)

Berdua-duaan di tempat sunyi

e)

Menonton bahan pornografi

4.

Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?

I Membunuh diri

II Lari dari rumah

III Berasa bangga

IV Menggugurkan anak

V Menagih dadah

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, IV, V

d)

I, II, IV, V

5.

Cara Menangani Hubungan Seks Sebelum Nikah


(JAWAPAN LEBIH DARI 1)

a)

Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa menolak ajakan melakukan seks

b)

Mewujudkan rasa hormat- menghormati antara satu sama lain

c)

Mempraktikkan abstinen dengan tidak bersungguh-sungguh

d)

Berani berkata 'TIDAK' dengan tegas dan yakin

e)

Mengelakkan situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum nikah

6.

Gangguan seksual bersifat verbal, tanpa lisan, psikologi atau fizikal. Kebiasaannya, kaum wanita diganggu secara seksual di jalanan, dalam pengangkutan awam atau di tempat kerja. Berlaku juga gangguan seksual di sekolah hingga mewujudkan suasana pembelajaran yang tegang dan menimbulkan ketakutan

a)

BETUL

b)

SALAH

7.

Remaja juga boleh menyertai program anjuran masyarakat setempat seperti gotong-royong dan kerja-kerja amal. Penglibatan yang aktif dalam program kesukarelawan juga mampu menghindarkan diri daripada terjebak dalam perlakuan yang negatif.

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Antara Cabaran Mengamalkan Abstinen ialah pengaruh?

a)

Pengaruh rakan

b)

Pengaruh persekitaran

c)

Pengaruh Internet dan media sosial

d)

Pengaruh luar kawalan

e)

Pengaruh guru

9.

Berikut merupakan kesan Seks Sebelum Nikah Terhadap Diri KECUALI

a)

Reputasi diri meningkat

b)

Menyebabkan penyakit jangkitan seksual

c)

Kehamilan yang tidak diingini dan kelahiran luar nikah

d)

Kemerosotan tahap kesihatan

e)

Kemerosotan dalam pelajaran

10.

Untuk mengelakkan diri kita dan rakan-rakan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral, kita perlulah KECUALI

a)

beriadah dan bersukan bersama kawan-kawan.

b)

berbincang dengan kaunselor apabila ada masalah dan kemusykilan.

c)

memberitahu ibu bapa atau ahli keluarga terdekat tentang aktiviti harian kita.

d)

menjinakkan diri dengan disko dan arak apabila ditimpa masalah.