WorksheetsBab 1 : Pengurusan Sumber Manusia
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Maklumat berikut berkaitan dengan sumber manusia.
-Menjaga kebajikan pekerja
-Mengagihkan sumber manusia berdasarkan kelayakan dan kemahiran
Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat di atas?
Pengurusan sumber manusia
Kebolehkerjaan sumber manusia
Sistem penggajian sumber manusia
Struktur organisasi sumber manusia
Gambar tersebut menunjukkan pekerja yang diberikan penghargaan. Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia tersebut?
Prestasi pasukan
Pemberhentian pekerja
Latihan peningkatan kemahiran
Pemberian insentif yang munasabah
Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi?
Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil
Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan
Untuk tujuan penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan pengurusan sumber manusia kepada sesebuah organisasi perniagaan?
Menjaga kebajikan pekerja
Memastikan bahan mentah mencukupi
Menjaga peralatan telekomunikasi agar berfungsi
Memastikan pekerja organisasi mendapat latihan secukupnya
Situasi tersebut menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.
Memberikan petunjuk atau penanda aras berkaitan sejauh mana pekerja mampu bekerjasama untuk melaksanakan kerja dengan berkesan.
Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam konteks tersebut?
Prestasi pasukan
Keperluan pekerja
Pemberian insentif yang munasabah
Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
Dokumen ini mengandungi ringkasan tugas dan tanggungjawab pekerja terhadap sesuatu tugas.
Isi kandungan merangkumi tugas-tugas utama, tujuan sesuatu tugas, tanggungjawab kerja dan cara sesuatu kerja dilakukan.
Apakah dokumen yang perlu dirujuk?
Deskripsi tugas
Rekrut pekerja
Permohonan pekerjaan
Latihan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.
*Memastikan tidak berlaku lebihan dan kurangan dalam sumber tenaga kerja.
*Aktiviti menganalisis keperluan sumber manusia dalam organisasi.
*Mengkaji analisis kerja untuk memenuhi keperluan kerja yang perlu dipenuhi.
Apakah peranan yang dimainkan oleh Pengurus Sumber Manusia?
Pengawalan
Kepimpinan
Perancangan
Pengorganisasian
Puan Siti telah menggunakan kenderaan syarikat bertujuan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak pengurusan syarikat.
Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Siti?
Rasuah
Pecah amanah
Salah guna aset syarikat
Ingkar arahan tanpa sebab kukuh
Berikut adalah satu aspek dalam pengelolaan sumber manusia.
Encik Abu merupakan graduan lepasan universiti dalam bidang sains komputer. Beliau telah diambil bekerja oleh sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi di Nilai dan ditempatkan di bahagian Jabatan Animasi.
Apakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam perniagaan yang mampan dalam situasi di atas?
Struktur organisasi
Penyelesaian masalah
Penempatan pekerja dan fasiliti
Standard prosedur operasi tugas
Antara berikut, manakah merupakan faedah yang diberikan oleh majikan kepada seseorang pekerja?
Gaji asas
Elaun
Upah
Kemudahan perubatan
Antara yang berikut, aspek manakah mampu meningkatkan kecekapan pekerja?
Mengagihkan tugas mengikut kebolehan
Menyediakan penginapan untuk pekerja
Menjalankan program motivasi
Mewujudkan hubungan yang harmonis
Apakah fungsi unit latihan dan pembangunan dalam pengurusan sumber manusia?
Kenaikan pangkat
Kemudahan rekreasi
Proses pengambilan pekerja
Program induksi untuk pekerja
Bagaimanakah pengurus sumber manusia dapat menjaga kebajikan pekerja?
Melaksanakan program motivasi
Menyediakan skim latihan kemahiran
Menyediakan kemudahan klinik panel
Mengamalkan prinsip pengkhususan tugas
Situasi berikut berkaitan dengan faedah sistem penggajian sebuah perniagaan.
R : Pekerja menerima ganjaran pada setiap akhir tahun berdasarkan prestasi perniagaan.
S : Pekerja menerima ganjaran berdasarkan jumlah jualan yang diperolehi.
Apakah R dan S?
R : Bonus
S : Komisen
R : Bonus
S : Upah
R : Elaun
S : Upah
R : Elaun
S : Komisen
Maklumat berkaitan dengan konsep pengurusan yang diamalkan dalam sebuah organisasi.
· Total Quality Management
· Zero Defect
Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia organisasi tersebut?
Membina persekitaran kerja yang harmoni
Menggalakkan kreativiti dan inovasi
Pemberian insentif yang munasabah
Pemantapan budaya professional
Pernyataan yang manakah menunjukkan maksud sebenar pengurusan sumber manusia?
Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
Aktiviti melatih pekerja baru untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi
Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi
Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi?
Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil
Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan
Untuk tujuan penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah
Mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi sesebuah organisasi?
Menjamin kesetiaan pekerja
Dapat meningkatkan imej syarikat
Dapat meningkatkan motivasi pekerja
Dapat meningkatkan kreativiti pekerja
Mengapakah jenis kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal graduan?
Majikan berminat menawarkan kerja
Dapat merancang dan mengurus diri
Dapat berkomunikasi dengan berkesan
Mampu untuk menyelesaikan masalah
Syarikat National Semiconductor menghantar pekerjanya berkursus ke Jepun adalah untuk meningkatkan…
Gaji perkerja
Kebajikan pekerja
Penglibatan pekerja
Produktiviti pekerja
