WorksheetsKata Nama (Sekolah Rendah)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
________ ialah haiwan peliharaan Bujal sejak dua tahun yang lalu.
Si Jalak
Si Tompok
Sang Arnab
Sang Buaya
Sebuah _______ sesuai untuk dinaiki oleh empat orang penumpang sahaja.
komuter
beca
teksi
bas
Ammar tidak dapat bermain badminton bersama rakan-rakannya sebentar tadi kerana _________nya telah hilang.
guli
gasing
bola
raket
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 seronok dapat mengibarkan _________ sempena sambutan Hari Kebangsaan.
bulu ayam
kain rentang
Jalur Gemilang
layang-layang
Datuk dan nenek suka memakai ________ apabila ke bilik air dan ke tandas.
terompah
kasut
capal
selipar
Omat berkejar ke sebuah ________ untuk menghubungi ambulans sebaik sahaja melihat kemalangan itu.
stesen teksi
warung kopi
perhentian bas
pondok telefon
________ yang baru siap dibina itu akan digunakan oleh penduduk Taman Muhibbah mulai bulan hadapan.
Sekolah
Masjid
Balai raya
Taman rekreasi
Pekerja di ________ sekolah mesti menjaga kebersihan untuk memastikan makanan yang disediakan sentiasa bersih.
bengkel
makmal
restoran
kantin
Wei Jian sedang menuntut di ________ dalam jurusan undang-undang.
Universiti Malaya
Muzium Negara
Sekolah Kebangsaan Taming Sari
Hospital Kuala Lumpur
________ merupakan seorang seniman agung yang masih disanjung dan diminati sehingga sekarang.
P. Ramlee
Usman Awang
Sudirman Hj. Arshad
Tunku Abdul Rahman
________ merupakan mata pelajaran kegemaran Umar kerana dia ingin mengetahui proses Malaysia mencapai kemerdekaan.
Sains
Sejarah
Matematik
Geografi
Raju mahukan seutas ________ sebagai hadiah setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
tali leher
kemeja
jam tangan
topi
Syakir membersihkan ________ yang tersumbat itu awal pagi tadi.
rumah
tangga
tali air
longkang
________ merupakan kereta kebanggaan seluruh rakyat negara Malaysia.
Toyota Wish
Honda Civic
Proton Wira
Mercedes Benz
Ketika sedang beriadah, ________ Siew May terjatuh di tengah-tengah ________.
kaki ..... padang
beg ..... jalan raya
wang ..... longkang
dompet ..... padang
Ayah menyimpan buah kelapa sawit itu di dalam _________ sebelum dijual.
bakul
singki
talam
tempurung
Pak Leman yang bekerja di Kuala Lumpur akan menunaikan sembahyang pada setiap hari Jumaat di __________.
Stesen LRT
Balai Seni Lukis
Masjid Negara
Muzium Negara
Encik Rahman bertugas sebagai seorang pengurus projek di __________.
Hospital Selayang
Pejabat Pelajaran Daerah Muar
Sekolah Kebangsaan Tun Teja
Syarikat Pelangi Jaya
Adik pasti tidur lena di dalam __________ berbanding di atas katil.
tikar
buaian
kotak
permaidani
Menurut cerita penduduk Kampung Talang, Haji Mahadi cedera parah kerana hampir dibaham __________ yang terserempak dengannya.
Sang Buaya
Si Jalak
Pak Belang
Pak Kaduk
