NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa 1
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Sarmila berasa yakin kerana dia sudah __________ untuk menyelesaikan masalah itu.
ada angin
ada jalan
ada bakat
ada hati
Dalam wayang itu, Affiq bijak menggunakan _________ untuk melepaskan diri daripada penjahat.
otak udang
gelap otak
akal kancil
otak cair
Kita sepatutnya berkelakuan baik di mana-mana sahaja supaya _________ ibu bapa kita terjaga.
beri muka
masam muka
air muka
muka tebal
Kamariah ________ dalam permainan badminton. Dia akan menjadi wakil negara yang hebat jika potensinya digilap dengan baiknya.
ada bakat
ada ikhtiar
ada angin
ada jalan
Chee Mun makan sekeping roti sebagai ____________ sebelum dia tergesa-gesa pergi ke sekolah.
alas perut
pencuci mulut
makan angin
makan hati
Mujurlah Syamil tidak mahu mengikut saya ke pasar raya kerana saya hanya _____________ sahaja.
bau-bau bacang
ajak-ajak ayam
alim-alim kacong
nyawa-nyawa ikan
Jonathan sedang melihat foto-foto lama kerana teringat kenangan manis mereka semasa ____________ di New Zealand.
mengambil berat
makan angin
ada angin
mengambil angin
Si Jamil ___________ di hadapan orang ramai sedangkan dialah pencuri yang dicari oleh pihak polis.
alim-alim kucing
nyawa-nyawa ikan
bau-bau bacang
ajak-ajak ayam
Walaupun berpendapatan rendah, Calvin ___________ ingin membuka perniagaannya sendiri pada suatu hari nanti.
ada hati
baik hati
makan hati
geli hati
Damia __________. Kadang-kadang dia peramah dan ada kalanya dia marah-marah.
makan angin
ambil angin
atas angin
ada angin
Kecantikan Noni bagai ________________ kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya
bulan dipagari bintang
aur dengan tebing
dihiris dengan sembilu
bunyi cempedak jatuh
Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai ____________ dalam keluarga Puan Hamidah.
api dalam sekam
enau dalam belukar
musuh dalam selimut
duri dalam daging
