wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Test Your Knowledge : Biodiesel

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Biodiesel ialah …

a)

bahan api alternatif yang berasal daripada sumber petroleum untuk menggantikan diesel.

b)

bahan api alternatif yang berasal daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti minyak tumbuhan dan haiwan untuk menggantikan diesel.

c)

bahan api alternatif yang mengadungi bahan petroleum yang semulajadi.

d)

bahan api alternatif yang sama seperti sisa minyak masak untuk kegunaan kenderaan bermotor.

2.

Biodiesel di Malaysia berasal daripada sumber ...

a)

petroleum

b)

sisa minyak masak

c)

kelapa sawit

d)

Jatropha curcas

3.

Biodiesel boleh digunakan di dalam

a)

kenderaan berenjin gasolin

b)

kenderaan elektrik mampu milik

c)

kenderaan bertenaga solar

d)

kenderaan berenjin pencucuhan mampatan

4.

Apakah proses tindak balas kimia yang terlibat dalam penghasilan biodiesel seperti yang ditunjukkan dalam persamaan kimia berikut?

a)

Transesterification

b)

Esterification

c)

Eutrophication

d)

Catalyst Fermentation

5.

Apakah yang diwakili oleh X dan Y dalam gambar rajah berikut setelah proses tindak balas pentransesteran biodiesel berikut?

a)

X - biodiesel

Y - air

b)

X - biodiesel

Y - pemangkin KOH

c)

X - biodiesel

Y - metanol

d)

X - biodiesel

Y - gliserol

6.

Pernyataan berikut adalah benar mengenai biodiesel, kecuali?

a)

Biodiesel adalah bahan api alternatif yang boleh dicampurkan bersama minyak diesel petroleum.

b)

Biodiesel boleh digunakan dalam kereta bagi menggantikan petrol atau gasolin.

c)

Biodiesel boleh dihasilkan dari sisa minyak masak, lemak haiwan atau minyak tumbuhan.

d)

Biodiesel yang digunakan dalam kenderaan di Malaysia berasal dari kelapa sawit sahaja.

7.

Antara berikut, yang manakah bukan sifat-sifat fizikokimia yang penting bagi menghasilkan biodiesel?

a)

Viscosity (kelikatan)

b)

Flash point

(titik nyala)

c)

Cetane number (nombor setana)

d)

Ron number (nombor RON)

8.

Antara berikut yang manakah bukan antara 5 teras strategik yang terlibat dalam National Biofuel Policy (Dasar Biobahan Api Malaysia)?

a)

Biobahan api untuk Industri

b)

Biobahan api untuk Subsidi

c)

Biobahan api untuk Eksport

d)

Biobahan api untuk Persekitaran Lebih Bersih

9.

Apakah kandungan biodiesel komersial yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi penggunaan kenderaan diesel sekarang?

a)

B10 - Kandungan 10% biodiesel dengan 90% diesel petroleum

b)

B5 - Kandungan 5% biodiesel dengan 95% diesel petroleum

c)

B100 - Kandungan 100% biodiesel sawit

d)

B30 - Kandungan 30% biodiesel dengan 70% diesel petroleum

10.

Berikut adalah faedah bagi penggunaan biodiesel dalam kenderaan, kecuali?

a)

Melancarkan minyak enjin supaya mengurangkan kesan kehausan pada piston.

b)

Mengurangkan gas yang berbahaya seperti karbon dioksida dan hidrokarbon.

c)

Prestasi enjin yang lebih baik dengan penggunaan campuran biodiesel dan diesel.

d)

Biodiesel lebih selamat untuk dikendalikan dalam kenderaan kerana mempunyai nilai nyala yang lebih tinggi daripada diesel petroleum.