Font size
WorksheetsKUIZ MEGA RAMADAN 2022
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
Terdapat dalil al-Quran yang menjelaskan tentang kewajipan berpuasa iaitu pada
Surah Al-Mujadalah ayat 29
Surah Al-Baqarah ayat 183
Surah Al-Baqarah ayat 185
Berikut merupakan hari yang diharamkan berpuasa kecuali
10 Zulhijjah
1 Syawal
1 Muharam
Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata "ramada" yang membawa maksud panas yang membakar. Apakah nama lain bagi Ramadan?
Saiyidul Ayyam
Sayyid Asy-Syuhur
Syahr Lailatul Qadr
Apakah hukum puasa bagi orang yang keluar air mani semasa tertidur?
Batal
Makruh
Tidak batal
Apakah hukum qada' puasa pada 13 Zulhijjah?
Haram
Makruh
Sunat
Sihat merupakan salah satu syarat wajib puasa. Keadaan yang dipanggil "mahzur at-tayamum" adalah
Jika dia berpuasa, dia akan kepenatan
Jika dia berpuasa, dia akan kelaparan
Jika dia berpuasa, dia akan bertambah sakit
Jika dia berpuasa, sebahagian anggota akan sakit dan tidak berfungsi
Bilakah pensyariatan puasa difardukan ke atas umat Islam?
9 Syaaban tahun ke-2 hijrah
10 Syaaban tahun ke-2 hijrah
10 Syaaban tahun pertama hijrah
Seorang muallaf memeluk Islam di siang hari pada pertengahan Ramadan. Adakah wajib untuknya qada' puasa pada bulan Ramadan sebelum dia memeluk Islam dan qada' hari semasa dia mula memeluk Islam?
Wajib qada' untuk hari memeluk Islam dan hari sebelumnya
Tidak wajib qada' untuk hari memeluk Islam dan hari sebelumnya
Wajib qada' untuk hari memeluk Islam tetapi tidak wajib bagi hari sebelumnya
Apakah maksud At-Ta'yin (التعيين) di dalam konteks niat puasa?
Menentukan bilangan hari yang perlu berpuasa
Menentukan waktu berbuka puasa
Menentukan puasa yang ingin dilaksanakan
Manakah yang lebih utama bagi seseorang yang musafir ketika berpuasa?
Afdal berbuka walaupun tidak menempuh kesusahan dalam perjalanan
Afdal berbuka jika seseorang khuatir dengan berpuasa, ia boleh membawa mudarat kepada dirinya
Afdal berbuka jika permusafirannya melebih 55 marhalah
Rasulullah hanya berpuasa sebanyak ............... kali selama 30 hari dalam bulan Ramadan sepanjang hayat Baginda.
1
2
8
Antara 6 hari wajib berpuasa adalah
Puasa Jumaat sahaja
Puasa ganti
Puasa Nazar
Puasa Arafah
Jika seorang isteri berpuasa sunat dalam keadaan si suami melarang, puasanya
Sah dan makruh
Tidak sah dan haram
Sah dan haram
Jika seseorang itu murtad tetapi dia telah memeluk Islam semula, maka dia perlu
Menggantikan puasa
Membayar fidyah
Memerdekakan hamba
Berikut merupakan makna disebalik perkataan "Ramadan" kecuali
Menghancurkan dosa
Menahan diri
Panas terik
Pak Abu telah berniat puasa sewaktu sahur dan kemudiannya dia pitam pada waktu pagi dan tersedar semula selepas asar. Bagaimanakah keadaan puasa Pak Abu?
Sah
Batal
Haram
Kita disunatkan berpuasa pada .........
Hari Tasua
Bulan-bulan Haram
Hari Putih
Hari Tasyriq
Pada situasi manakah yang diharuskan untuk berpuasa pada hari syak?
Sekiranya puasa itu adalah puasa qada', kaffarah atau nazar
Sekiranya hari syak jatuh pada hari Isnin atau Khamis
Sekiranya seseorang terbiasa mengamalkan puasa sunat
Sekiranya puasa itu bersambung antara pertengahan akhir bulan Syaaban dengan sebelumnya
Antara perkara sunat dalam bulan Ramadan adalah
Berbuka puasa dengan kurma separuh masak (rutob) dengan bilangan ganjil
Berbekam iaitu mengeluarkan darah
Bersiwak selepas tergelincir matahari
Surah Al-Baqarah ayat 183 ada menyatakan matlamat akhir puasa iaitu
Iman
Tawaduk
Taqwa
Antara berikut, siapakah yang tidak diwajibkan berpuasa?
Orang hilang akal
Belum mencapai umur 18 tahun
Orang miskin yang tiada makanan
Niat merupakan salah satu daripada rukun puasa. Berikut ialah 3 perkara penting bagi sesuatu niat kecuali
At-Tabyit (التبييت)
At-Tabayyun (التبين)
At-Ta'yin (التعيين)
Berakal merupakan salah satu syarat sah puasa. Apakah yang berlaku dan perlu dilakukan jika seseorang Muslim itu gila tanpa kehendaknya walau sekejap ketika berpuasa?
Tidak batal dan tidak perlu qada' puasa
Batal dan perlu qada' puasa
Batal dan tidak perlu qada' puasa
Antara yang berikut, yang manakah merupakan syarat wajib berpuasa?
Islam
Berakal
Mengetahui waktu diterima puasa
Bermukim
Ketika dia sedang bersahur, tiba-tiba azan Subuh berkumandang. Lalu, dia menelan baki makanan atau minuman yang berada di dalam mulutnya. Apa yang berlaku pada puasanya?
Makruh
Batal
Sah
