Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ramadan ( IBADAH )

Total questions: 22

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Rukun Islam yang ketiga ialah ...................................

a)

Mengeluarkan zakat.

b)

Solat lima waktu sehari semalam.

c)

Mengucap dua kalimah syahadah.

d)

Berpuasa di bulan Ramadan

e)

Beriman kepada Qada' dan Qadar.

2.

Puasa di bulan Ramadan merupakan salah satu daripada ..................................

a)

rukun negara

b)

rukun solat.

c)

rukun Iman.

d)

rukun Islam.

3.

Sebagai umat Islam, kita .............................. untuk berpuasa di bulan Ramadan.

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

4.

Puasa bermaksud, menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa daripada ..............................................................

a)

terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

b)

fajar menyinsing hinggalah terbit matahari.

c)

tergelincirnya matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut dan sehingga matahari terbenam di ufuk.

d)

matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.

5.

Berikut adalah orang-orang yang WAJIB untuk berpuasa, KECUALI ...............................

a)

beragama Islam.

b)

berakal.

c)

kanak-kanak.

d)

sihat @ mampu berpuasa.

6.

Surah al-Baqarah ayat 183 merupakan dalil .................................. bagi menjelaskan kewajiban berpuasa ke atas umat Islam.

a)

Makkiyah.

b)

Madaniah.

c)

Naqli.

d)

Aqli.

7.

Apakah hukum bersahur?

a)

Wajib.

b)

Sunat

c)

Makruh.

d)

Haram.

8.

Arman telah bersahur pada jam 7:15 pagi.

Apakah hukum bagi puasa Arman?

a)

Sah

b)

Tidak sah

9.

Aina telah mengorek hidungnya kerana merasa gatal.

Apakah hukum bagi puasa Aina?

a)

Batal

b)

Tidak batal

10.

Berikut merupakan hari di mana kita dilarang untuk melakukan ibadah puasa, KECUALI ........................

a)

10 Zulhijjah

b)

1 Syawal

c)

1 Muharram

d)

29 Syaaban

11.

Aminah terlupa untuk membaca atau berniat berpuasa.

Apakah hukum puasa yang dilakukan Aminah pada hari tersebut?

a)

Sah.

b)

Tidak sah.

12.

Apakah hukum berpuasa pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

13.

Iqbal telah mendengar lagu dari telefon pintarnya menggunakan "earphone".

Apakah hukum bagi puasa Iqbal pada hari tersebut.

a)

Batal

b)

Tidak batal

14.

Suci daripada darah haid, nifas dan wiladah merupakan ...........................

a)

syarat sah puasa.

b)

syarat wajib puasa.

c)

syarat wajib solat.

d)

syarat wajib azan.

15.

Seharian ini Liza telah mengalami sakit perut kerana tersalah makan. Liza juga telah beberapa kali terkentut dan membuang air besar.

Apakah hukum bagi puasa Liza pada hari tersebut?

a)

Sah

b)

Tidak sah

16.

Apakah hukum puasa bagi mereka yang keluar air mani pada siang hari kerana berkhayal?

a)

Batal

b)

Tidak batal

17.

Ketika berpuasa kita disarankan untuk memperbanyakkan ...........................................

a)

mengumpat.

b)

beribadah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk.

c)

senyum dan sedekah.

d)

sukan dan beriadah sehari semalam.

18.

Apakah peristiwa yang berlaku pada malam 17 Ramadan?

a)

Malam lailatul Qadar.

b)

Peristiwa nuzul al-Quran.

c)

Peristiwa Isra' dan mikraj.

d)

Perang Khandak.

19.

Apakah itu lailatul qadar?

a)

Merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadan.

b)

Merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan April.

c)

Merupakan satu hari yang khusus terjadi pada bulan Syawal.

d)

Merupakan satu siang yang khusus terjadi pada bulan Ramadan.

20.

Bilakah berlakunya malam lailatul qadar?

a)

30 Ramadan.

b)

10 malam terakhir pada bulan Syawal.

c)

Di antara 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

d)

15 hari terawal pada bulan Ramadan.

21.

Apakah kelebihan bagi malam lailatul qadar?

a)

Suatu malam yang mana lebih baik daripada seribu bulan.

b)

Perjalanan malam nabi Muhammad SAW dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa.

c)

Suatu malam istimewa pada bulan Syawal.

d)

Perjalanan nabi Muhammad dari masjid al-Aqsa naik ke Sidratulmuntaha. Lalu kembali ke Mekah.

22.

Pada malam lailatul qadar, kita digalakkan untuk ...............................

a)

Tidur awal sehingga bangun awal untuk sahur.

b)

Membaca berita di surat khabar.

c)

Memperbanyakkan ibadah seperti berdoa, zikir, selawat, solat tahajjud dan sebagainya.

d)

Menonton drama.