Font size
WorksheetsPengurusan Masa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pilihan jawapan di bawah ialah benar berkenaan kepentingan mengurus masa dengan baik, KECUALI:
Mencapai kesejahteraan minda yang baik
Menambah beban kerja sedia ada
Memudahkan perjalanan urusan seharian
Meningkatkan produktiviti
Apakah punca masa tidak diurus dengan baik?
Gangguan aktiviti tidak penting
Dapat bimbingan daripada seseorang
Ada perancangan yang teliti
Tahu bezakan yang utama dan kurang penting
Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat senarai aktiviti harian (to-do-list)?
Waktu petang
Waktu malam
Waktu puasa
Waktu tidur
Berapa jam yang diperuntukkan untuk mendapat tidur yang berkualiti?
12-14 jam
7-10 jam
6-8 jam
4-6 jam
Apakah urusan yang boleh dikategorikan sebagai PENTING dan TIDAK SEGERA dalam pembahagian pengurusan masa? (Time Management matrix)
Membuat tugasan pada akhir minit
Membalas e-mel kepada seseorang
Melancong ke tempat menarik
Sertai bengkel kemahiran diri
Berapakah pecahan pembahagian pengurusan masa (Time Management Matrix)?
6
5
4
3
Hal kecemasan ialah termasuk dalam pecahan kategori:
Penting dan segera
Penting dan tidak segera
Tidak penting dan segera
Tidak penting dan tidak segera
Pilihan jawapan manakah yang BETUL dalam langkah mencipta jadual “masterplan”?
Gunakan satu warna bagi semua komponen
Buat jadual mengikut bulan dan tahun
Bezakan komponen dengan warna tertentu
Gabungkan semua urusan dalam satu waktu
Berikut merupakan pilihan jawapan bagi kesan tiada pengurusan masa, KECUALI:
Kesihatan terjejas
Kurang produktiviti
Tergesa siapkan tugasan
Berdisiplin dan patuh dengan masa
Masa ibarat _______, potonglah sebelum masa memotong kamu.
Pisau
Kapak
Pedang
Parang
