Font size
WorksheetsLatihan 1
Total questions: 40
Worksheet time: 27mins
Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri aloi?
Lebih berat dan tahan lasak
Lebih keras dan tahan lasak
Lebih keras dan mudah dihasilkan
Lebih berat dan mudah dihasilkan
Bagaimanakah aloi superkonduktor digunakan dalam bidang perubatan?
Pengimbas dalam mesin MRI
Pengimbas dalam mesin sinar X
Satu komponen dalam stetoskop
Satu komponen dalam sfiqmomanometer
Semasa Irfan menemani ibu nya ke sebuah kedai emas, dia mendapati ibunya ingin membeli seutas rantai tangan emas 916. Apabila ditanya, jurujual menyatakan bahawa emas 916 merupakan campuran 91.6% emas, 5% perak dan 3.4% kuprum. Mengapakah ibu Irfan memilih barang kemas yang diperbuat daripada emas 916 berbanding dengan emas tulen?
Lebih cantik
Lebih keras
Lebih berat
Lebih mudah disimpan
Mengapakah kaca borosilikat sesuai digunakan untuk membuat radas makmal?
Mudah dibentuk
Takat lebur yang rendah
Mempunyai ketulenan yang tinggi
Ketahanan yang sangat tinggi terhadap bahan kimia
Antara industri berikut, yang manakah tidak terlibat dalam pembuatan seramik?
Pembinaan
Pelancongan
Pembuatan perkakasan rumah
Komponen elektrik dan elektronik
Apakah tujuan proses pempolimeran?
Mudah dilupuskan
Meningkatkan kekuatan
Meningkatkan harga jualan
Meningkatkan jangka hayat
Apakah yang dimaksudkan dengan perubatan komplementari?
Kaedah perubatan yang diwarisi dan berasaskan bahan semulajadi
Keadah peruabatan dibuktikan secara saintifik terhadap keberkesanannya
Kaedah perubatan untuk menghalang dan menyembutkan penyakit atau masalah kesihatan
Kaedah perubatan yang mempraktikkan pelbagai cara penjagaan kesihatan berlandaskan budaya
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang perubatan komplementari?
Diuji secara klinikal
Tidak melibatkan pembedahan terhadap tubuh badan =
Tidak menggunakan ubat-ubatan teraputik
Mengambil kira pendapat pengamal kaedah perubatan yang lain
Antara yang berikut, yang manakah bukan ubat analgesik?
Aspirin
Kodeina
Penisilin
Parasetamol
Apakah yang dimaksudkan dengan radikal bebas?
Atom yang tiada nukleus
Atom yang kekurangan satu proton
Atom yang kekurangan satu neutron
Atom yang kekurangan satu elektron
Apakah kesan radikal bebas terhadap kesihatan manusia?
Menyebabkan keletihan
Menyebabkan kerosakan otak
Boleh meningkatkan kesuburan
Menyebabkan kerosakan buah pinggang
Apakah fungsi bahan antioksidan kepada badan manusia?
Melindungi sel badan daripada kerosakan oleh radikal bebas
Melindungi anggota badan daripada tercedera
Meningkatkan jangka hayat manusia
Menganjalkan kulit manusia
Bagaimanakah bahan antioksidan membantu membaik pulih tahap kesihatan manusia?
Dengan mempercepat proses pengoksidaan
Dengan meneutralkan radikal bebas di dalam badan manusia
Dengan menurunkan jumlah lemak di dalam badan manusia
Dengan menurunkan jumlah kolestrol di dalam badan manusia
Mengapakah orang ramai mula menyedari kepentingan mengambil produk kesihatan sebagai suplemen harian mereka?
Terpengaruh dengan iklan dalam media massa
Menyahut kempen mengamalkan gaya hidup sihat
Sumber makanan kini dicemari oleh toksin dan bahan pencemar
Makanan yang diambil tidak mampu menampung keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
Tekanan yang dikenakan ke atas sebarang titik dalam suatu bendalir yang tertutup akan dipindahkan kepada keseluruhan bendalir secara seragam
Prinsip fizik tersebut merujuk kepada ........................
Prinsip Pascal
Prinsip Archimedes
Prinsip Bernoulli
Prinsip Keabadiaan tenaga
Perhatikan gambar berikut!
Tekanan yang paling besar terjadi pada titik
A
B
C
D
Rajah menunjukkan sebuah pam hidraulik. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Daya, F adalah lebih besar daripada berat beban, W
Tekanan yang dikenakan pada omboh X dan Y adalah sama
Berat beban, W dan daya F adalah sama magnitud
Tekanan yang dikenakan pada omboh X adalah rendah daripada tekanan yang dikenakan pada omboh Y.
Apakah yang berlaku dalam sistem brek hidraulik apabila pemandu kereta menekan pedal brek?
Omboh dalam silinder utama ditolak ke dalam
Omboh besar ditolak ke luar
Tekanan akan menarik kasut brek
Spring akan menarik kasut brek
Apakah yang berlaku dalam sistem brek hidraulik apabila pemandu kereta menekan pedal brek?
Omboh dalam silinder utama ditolak ke dalam
Omboh besar ditolak ke luar
Tekanan akan menarik kasut brek
Spring akan menarik kasut brek
Rajah tersebut menunjukkan tiub ubat gigi ditekan untuk menolak kandungan di dalamnya ke atas.
Apakah prinsip yang digunakan dalam situasi tersebut?
Prinsip Newton
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Prinsip Archimedes
Rajah menunjukkan satu pam hidraulik.Perbandingan yang manakah benar?
Daya F sama dengan berat beban
Daya F lebih besar dari berat beban
Tekanan pada omboh P sama dengan pada omboh Q
Tekanan pada omboh P lebih kecil daripada tekanan pada omboh Q
Apabila omboh ditolak ke dalam seperti dalam rajah, air dipancut keluar ke semua arah dengan kelajuan yang sama kerana
daya tujah dikenakan ke atas air menolak air keluar
daya lekitan molekul air bertambah menyebabkan air dipaksa keluar
cecair sukar dimampatkan dan tekanan cecair dipindahkan secara seragam
tekanan bertambah menyebabkan molekul air menjauhi antara satu sama lain
Gambar rajah menunjukkan sebuah kelalang berlubang diisi penuh dengan air.Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak betul apabila omboh ditolak ke dalam?
Air memancut keluar ke semua arah
Air memancut keluar dengan laju yang sama
Tekanan air semakin besar
Tekanan dipindahkan secara seragam ke seluruh air
Gambarajah menunjukkan suatu sistem hidraulik ringkas.
Antara pernyataan berikut yang manakah betul mengenai sistem di atas?
Daya, F, lebih besar daripada berat basikal
Sistem berfungsi berdasarkan prinsip Bernoulli
Berat maksimum yang boleh diangkat ialah 200 N
Tekanan di A1 adalah sama dengan tekanan di A2
Gambarajah menunjukkan satu sistem hidraulik yang ringkas.Luas omboh B adalah empat kali ganda luas omboh A. Berapakah daya minimum yang diperlukan untuk menyokong pemberat pada omboh B?
30 N
50 N
80 N
100 N
Gambar rajah menunjukkan sistem hidraulik yang digunakan di sebuah bengkel kereta. Luas keratan rentas omboh ialah 400 cm2 dan luas keratan rentas takungan minyak ialah 6000 cm2.Hitungkan jarak penurunan aras minyak dalam takungan jika kereta itu perlu dinaikkan setinggi 2.0 m.
0.13 cm
1.33 cm
7.50 cm
13.3 cm
Rajah menunjukkan omboh yang ditolak dengan daya yang tetap ke dalam kelalang yang berlubang.Antara pernyataan berikut, yang manakah salah apabila omboh ditolak ke dalam kelalang?
Daya itu mengenakan suatu tekanan pada permukaan air.
Tekanan dipindahkan melalui air semakin bertambah.
Air terpancut keluar daripada lubang pada semua arah.
Tekanan dipindahkan melalui air.
Rajah menunjukkan satu pam hidraulik diguna untuk mengangkat sebuah kereta berjisim 1600 kg.Nisbah diameter omboh besar kepada diameter omboh kecil ialah 4. Berapakah daya untuk menaikkan kereta tersebut?
100 N
400 N
1000 N
4000 N
Rajah menunjukkan satu alat hidraulik. Diberi luas A ialah 0.02 m dan luas B ialah 0.01 m. Daya, F yang dikenakan ke atas omboh kecil ialah 20 N.Hitungkan daya yang dikenakan pada omboh besar apabila pemberat W diletakkan .
4 N
10 N
20 N
40 N
Peralatan yang manakah menggunakan prinsip tekanan Pascal?
pam angkat
Hidrometer
Penunu Bunsen
Jek hidraulik
Rajah menunjukkan sayap sebuah kapalterbang yang bergerak dengan pecutan seragam dalam arah yang ditunjukkan oleh anak panah.
Manakah antara berikut yang betul?
Daya angkat lebih besar dari berat objek.
Daya paduan dalam arah gerakan objek adalah sifar.
Tekanan di kawasan P lebih tinggi dari kawasan Q
Halaju udara di kawasan P lebih laju dari kawasan Q
Rajah menunjukkan suatu objek dengan bentuk aerofoil diletakkan dalam satu terowong angin.
Antara kedudukan A, B, C dan D, yang manakah mengalami tekanan yang paling rendah?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan seorang murid meniup dengan kuat di antara dua nyalaan lilin..
Mengapakah nyalaan lilin itu mendekati antara satu sama lain apabila ditiup?
Suhu di antara nyalaan lilin menjadi rendah.
Tekanan di antara nyalaan lilin menjadi rendah.
Wujud kawasan vakum di antara nyalaan lilin
Udara panas di bahagian bawah lilin naik ke atas.
Rajah menunjukkan seorang budak lelaki sedang meniup di atas rod kaca.
Prinsip manakah yang menerangkan situasi itu?
Prinsip Pascal
Prinsip Bernoulli
Prinsip Archimedes
Prinsip keabadian momentum
Peralatan manakah yang berfungsi berdasarkan prinsip Bernoulli?
pam penyedut
Penunu Bunsen
Pembersih Vakum
jek hidraulik
Rajah menunjukkan sebuah aerofoil dipasang di belakang kereta Formula One.
Pernyataan manakah betul apabila kereta itu bergerak laju?
Tekanan di X lebih besar dari di Y.
Tekanan di X dan Y adalah sama
Halaju udara di X dan Y adalah sama.
Halaju udara di X adalah lebih besar dari di Y
Antara alat berikut, yang manakah menggunakan prinsip Bernoulli?
Jika kamu meniup udara diantara dua biji belon tersebut, tekanan diantara kedua belon itu akan __________.
BERTAMBAH
BERKURANG
KEKAL SAMA
Dimana udara akan bergerak lebih laju - dibahagian atas atau bawah sayap kapal terbang?
ATAS
BAWAH
