WorksheetsKATA MAJMUK (SEKOLAH MENENGAH)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pihak polis sentiasa berusaha untuk membanteras masalah __________ yang semakin berleluasa dalam Industri Perfileman Malaysia.
cetak rupa
cetak sebar
cetak rompak
cetak bentuk
Sebagai __________ sulit Menteri Besar, banyak rahsia perlu dijaga oleh Encik Nasir.
setiausaha
pesuruhjaya
kerani besar
jawatankuasa
Negara itu telah mewartakan bahawa setiap _________ perlu menjalani latihan ketenteraan selama setahun.
sukarela
kakitangan
bumiputera
warganegara
Satu perundingan __________ telah diadakan oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dunia.
meja tulis
meja bulat
meja kayu
meja makan
Raju telah meluahkan __________ kepada gadis itu untuk menikahinya.
isi hati
rasa hati
sakit hati
tekad hati
Kerja-kerja _________ bangunan pencakar langit itu memakan masa selama tiga tahun.
reka bina
nilai tara
naik taraf
reka bentuk
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia telah membeli sepuluh unit __________ bagi memperkuat bahagian pertahanan negara.
kereta sewa
kereta kebal
kereta gempur
kereta berpandu
Pasukan Gerakan Am Batalion Kelapan akan __________ kepada Briged Tentera Kedua untuk mengawal sempadan Malaysia-Indonesia bersempena dengan Program Strategi Biru.
serah tugas
serah harga
tunjuk sebab
pindah milik
Kemalangan maut yang mengorbankan 30 orang rakyat India di __________ yang menghala ke Pakistan itu berpunca daripada kecuaian pemandu bas.
kota raya
lebuh raya
bandar raya
balai raya
__________ Istana Raja Abu Bakar menyerupai Istana Maharaja Moghul di India.
Reka bina
Reka rupa
Reka acuan
Reka bentuk
Natasha terpaksa _________ dalam pertandingan nyanyian itu kerana dia kehilangan suara.
cuba diri
tarik diri
minta diri
mohon diri
Balai __________ di Kampung Jaya biasanya digunakan untuk majlis kenduri kahwin dan aktiviti sukan.
serba guna
serba salah
serba aneka
serba sedikit
Wartawan itu akan mengadakan __________ dengan Menteri Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru tahun 2021.
temu bual
janji temu
temu duga
temu ramah
Seseorang ketua memerlukan _________ staf bawahan agar semua kerja berjalan dengan lancarnya.
daya kerja
daya fikir
kerjasama
kerja keras
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
_________ yang dijaga oleh Edwin De Sar tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.
Pintu gol
Pintu keluar
Pintu depan
Pintu jendela
__________ syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Suruhanjaya
Kakitangan
Pilihanraya
Olahraga
Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara ___________ dari Dataran Merdeka.
lalu lintas
lintas akal
litar pintas
lintas langsung
“Jangan _____________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Ali kepada rakan setugasnya.
tangan baju
campur aduk
tangan kanan
campur tangan
Zulkifli telah menimang ________yang pertama pada hari Khamis yang lalu.
anak emas
anak bongsu
cahaya mata
mata air
