wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ IHYA RAMADAN SMKPP

Total questions: 29

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Puasa dari segi bahasa ialah:

a)

Menahan diri

b)

Tidak makan dan minum

c)

Aktiviti bulan Ramadan

d)

Berserah diri

2.

Puasa pada istilah syarak bermaksud:

Pilih tiga keratan yang berikut

a)

Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa

b)

Bermula dari terbit fajar sodiq hingga terbenam matahari

c)

Di sertai dengan niat kerana Allah

d)

Membersihkan jiwa daripada kekotoran maksiat

3.

Manakah satu yang berikut merupakan dalil ibadah puasa?

a)

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ﴿ ١٨٣ ﴾

Al-Baqarah, Ayah 183

b)

ٱلَّذِینَ یُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ﴿ ٣ ﴾

Al-Anfal, Ayah 3

c)

۞ أَجَعَلۡتُمۡ سِقَایَةَ ٱلۡحَاۤجِّ وَعِمَارَةَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ كَمَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَجَـٰهَدَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ لَا یَسۡتَوُۥنَ عِندَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ﴿ ١٩ ﴾

At-Tawbah, Ayah 19

d)

وَأَقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّ ٰ⁠كِعِینَ﴿ ٤٣ ﴾

Al-Baqarah, Ayah 43

4.

Puasa mempunyai dua Rukun iaitu:

a)

Lafaz niat

b)

Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa

c)

Sempadan masa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

d)

Perlu menunaikan solat sunat tarawih

5.

Tiga yang berikut merupakan perkara yang membatalkan puasa:

a)

Muntah dengan sengaja

b)

Pengsan sepanjang hari

c)

Melahirkan anak

d)

Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur

6.

Tiga yang berikut merupakan perkara yang membatalkan puasa:

a)

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut

b)

Mengeluarkan mani dengan sengaja

c)

Bersetubuh pada siang hari

d)

Muntah dengan tidak sengaja

7.

Tiga yang berikut merupakan keuzuran yang mengharuskan seseorang berbuka puasa:

a)

Sakit yang boleh memudaratkan sekiranya berpuasa

b)

Perjalanan jauh melebihi dua Marhalah

c)

Tidak mampu untuk berpuasa kerana tua atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh

d)

Tidak bersedia dengan makan sahur pada malam hari

8.

“Orang kafir tidak dituntut untuk berpuasa kerana tidak ada maknanya puasa mereka selagi tidak memeluk Islam.”

Huraian berikut merupakan syarat wajib puasa bagi….

a)

Islam

b)

Baligh

c)

Berakal

d)

Bebas dari uzur syarie

9.

Empat yang berikut merupakan syarat sah puasa:

a)

Islam

b)

Mumayyiz

c)

Suci daripada haid dan nifas

d)

Niat pada waktu malam bagi orang berpuasa fardhu

e)

Melakukan perkara yang membatalkan puasa

10.

“Perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga”

Antara berikut yang manakah bukan di kategorikan sebagai rongga badan:

a)

Mulut

b)

Hidung

c)

Telinga

d)

Dubur dan kemaluan

e)

Pusat

11.

Tiga yang berikut merupakan perkara sunat dalam ibadah puasa:

a)

Segera berbuka puasa setelah yakin masuknya waktu maghrib

b)

Bersahur dan melewatkan sahur

c)

Berbuka puasa dengan buah kurma atau sesuatu yang manis

d)

Banyakkan tidur sepanjang bulan puasa kerana ia adalah ibadah

12.

Tiga yang berikut merupakan perkara sunat dalam ibadah puasa:

a)

Mandi janabah / hadas besar sebelum terbit fajar

b)

Memperbanyakkan sedekah dan membaca Al-Quran serta beriktikaf di masjid

c)

Memberi jamuan berbuka kepada orang yang berpuasa

d)

Mandi dengan kadar terlalu lama dan kerap

13.

Tiga perbuatan berikut merupakan perkara makruh ketika berpuasa:

a)

Berbekam

b)

Berasa makanan dengan lidah

c)

Menggosok gigi selepas gelincir matahari

d)

Segera berbuka puasa

14.

Dua yang berikut merupakan jenis puasa yang haram:

a)

Berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha

b)

Berpuasa pada hari syak iaitu 30 Sya’ban

c)

Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis

d)

Berpuasa sepanjang tahun

15.

Dua yang berikut merupakan hikmah berpuasa:

a)

Menjana kekuatan rohani dan jasmani

b)

Melatih diri dengan sifat sabar dan ikhlas

c)

Melatih diri agar tidak mengambil berat tentang keadaan orang miskin

d)

Melahirkan insan yang suka membazir

16.

Dua yang berikut merupakan akibat buruk orang yang tidak berpuasa:

a)

Dimurkai Allah

b)

Dibenci masyarakat dan dipandang hina

c)

Kehidupan menjadi lebih tenang dan selesa

d)

tidak memiliki sifat-sifat terkeji/ mazmumah

17.

En. Muaz segera berbuka puasa setelah gelincir matahari.

Hukum perbuatan berikut ialah…

a)

Batal puasa

b)

Sah puasa

c)

Mendapat pahala sunat

d)

Makruh

18.

Tiga yang berikut merupakan perkara berkaitan kadar zakat fitrah:

a)

Wajib dikeluarkan daripada makanan asasi sesebuah negara

b)

Kadar zakat yang digunakan ialah satu Gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras

c)

Merupakan makanan asasi sesebuah negara seperti beras, gandum, kurma, jagung dan barli

d)

Zakat fitrah diserahkan kepada orang kafir yang mempunyai ikatan persaudaraan

19.

Dua yang berikut merupakan hikmah zakat fitrah terhadap individu:

a)

Membersihkan diri daripada sifat bakhil dan tamak

b)

Dapat bergembira menyambut hari raya bersama sama saudara Islam yang lain

c)

Negara aman dan tenteram daripada sebarang kekacauan seperti kecurian atau rompak kan

d)

Masyarakat hidup dalam suasana saling bantu membantu

20.
Berikut merupakan syarat wajib puasa KECUALI ...........
a)
Islam 
b)
baligh
c)
berakal
d)
niat pada malam hari
21.
Perkara yang membatalkan puasa ialah
a)
kentut
b)
mimpi sehingga terkeluar air mani
c)
berbekam
d)
murtad
22.
perkara sunat ketika berpuasa
a)
berbuka dengan kurma
b)
menyegerakan bersahur
c)
menunaikan haji
d)
melewatkan berbuka puasa
23.
Berikut ialah golongan yang harus berbuka puasa KECUALI ................
a)
orang yang bermusafir satu marhalah
b)
perempuan yang mengandung yang bimbangkan kandungannya
c)
orang tua yang tidak mampu berpuasa
d)
orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
24.
Peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ?
a)
Isra' Mikraj
b)
Rasulullah SAW wafat
c)
Pembukaan kota Mekah 
d)
Perang Badar
25.
Keistimewaan Ramadhan ialah ...................
a)
roh kembali ke dunia
b)
turunnya  Al-quran 
c)
mengunjungi bazar ramadhan 
d)
ibadah solat mula difardhukan 
26.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat ............, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
a)
badan 
b)
harta
c)
sedekah 
d)
hati 
27.
Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai waktu membayar zakat firah
a)
Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari
b)
Waktu sunat – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
c)
Waktu Wajib – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri
d)
Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
28.
Keistimewaan Lailatul Qadar adalah seperti berikut KECUALI:
a)
Turunnya Al-Quran 
b)
Malaikat Jibril turun ke bumi dengan izin Allah 
c)

Lebih baik dari 1000 bulan 

d)
malam penuh keberkatan dan kesejahteraan 
29.

Apakah hukum berbekam di bulan Ramadan ?

a)

makruh

b)

sunat

c)

wajib

d)

haram