Font size
WorksheetsWACANA
Total questions: 40
Worksheet time: 18mins
Yang manakah bukan ciri wacana?
Maklumat bertentangan
Bertautan dan berurutan
Tepat dan mudah difahami
Hubungan pewacana dengan khalayak
Antara yang berikut, yang manakah merupakan wacana?
Satu klausa bebas
Satu ayat perintah
Satu halaman novel
Beberapa frasa sendi nama
Yang manakah berkaitan dengan tautan?
(Boleh ditanda lebih daripada satu jawapan)
Susunan teratur
Keserasian linguistik
Kesinambungan fikiran
Menggunakan penanda penghubung
"Anak Pak Ngah Azmi belajar di luar negara. Sudah dua tahun dia tidak pulang."
Pasangan yang manakah menunjukkan keserasian dalam kohesi?
Anak Pak Ngah Azmi - dia
Belajar di luar negara - tidak pulang
Belajar di luar negara - sudah dua tahun
Anak Pak Ngah Azmi - dia tidak pulang
Yang berikut semuanya ciri koheren, kecuali
mempunyai sebab dan hasil
menggunakan penanda wacana
ada unsur kesinambungan fikiran
memiliki hubungan dari aspek kesepaduan makna
Wacana yang manakah memperlihatkan hubungan syarat dan hasil?
Fariza sudah sampai. Abangnya lebih dahulu sampai.
Sharim memanjat tembok itu. Dia mahu mendahului kawan-kawannya.
Mereka berlatih bersungguh-sungguh. Mereka memenangi pertandingan itu.
Saya patut melalui jalan itu tadi. Sudah tentu saya dapat tiba dengan selamat.
Pilih padanan yang betul bagi penanda penghubung yang berikut.
(Penanda musabab - Penanda kesimpulan)
Selanjutnya - Sebaliknya
Sebagai akibatnya - Ringkasnya
Meskipun demikian - Pendek kata
Sehubungan dengan itu - Dengan demikian
X : Kamu belajar di mana?
Y : Di Universiti Malaya.
Apakah jenis penanda wacana yang terdapat dalam dialog di atas?
Penanda rujukan
Penanda penghubung
Penanda penggantian
Penanda pengguguran
Pilih wacana tentang latar dan kesimpulan.
Dia suka memanjat pokok. Kakinya patah kerana terjatuh.
Lagu itu sungguh merdu. Tentu penggubahnya sangat berpengalaman.
Tempat yang ditujunya sangat jauh. Perjalanannya mengambil masa sepuluh jam.
Budak-budak itu bangun awal pada pagi ini. Mereka sangat teruja untuk ke sekolah baru.
"Mereka sudah pulang. Mereka belum bertolak lagi."
Yang di atas tidak dapat dianggap sebagai wacana kerana
tiada pengulangan leksikal
wujudnya maklumat yang tidak sah
tidak menunjukkan kesinambungan idea
unsur penggantian yang digunakan tidak sesuai
Yang manakah tidak berkaitan dengan penanda penghubung?
Leksikal
Oleh itu
Lantaran itu
Kata ganti nama
Pilih padanan yang benar tentang tautan dan runtutan.
(Tautan - Runtutan)
Kaitan tatabahasa - Susun atur
Kesinambungan - Keeratan
Kekemasan - Keserasian
Penanda leksikal - Penanda wacana
Yang manakah antara berikut mengandungi penanda penggantian?
Cikgu Amri dan isterinya ke bandar. Mereka mahu membeli barang-barang dapur.
Mereka berhenti sebentar di stesen minyak. Kemudiannya, mereka meneruskan perjalanan.
Satu kekecohan sedang berlaku di tepi jalan. Hal itu berpunca daripada satu kemalangan kecil.
Pokok-pokok mati memenuhi pemandangan di sepanjang jalan. Pokok-pokok itu terbakar pada waktu kemarau tiga bulan lepas.
"Tiga buah rumah hangus dalam kebakaran itu. Kereta yang ada di dalam garaj juga rentung."
Apakah jenis penanda leksikal yang terdapat dalam wacana di atas?
Pengulangan kata yang sama
Pengulangan kolokasi
Pengulangan hiponim
Pengulangan sinonim
Pengguguran boleh dilakukan dalam wacana sekiranya
hal yang hendak digugurkan sudah diketahui
hal yang hendak digugurkan tidak mustahak lagi
hal yang hendak digugurkan membawa makna lain
hal yang hendak digugurkan mempunyai makna yang tidak tepat
Jika terdapat idea yang bertentangan dalam sesuatu karangan, penulisan itu lemah dari segi
binaan kohesi
binaan koheren
susunan maklumat
susunan perenggan
* Angin nyaman
* Pasir putih dan halus
* Air kebiru-biruan
Hal di atas dapat dikelompokkan sebagai
hiponim
kolokasi
sinonim
rujukan
Tiga ayat yang dibina memperlihatkan kewujudan unsur runtutan.
Apakah aspek yang terdapat dalam binaan ayat yang dimaksudkan?
Semantik
Tatabahasa
Pengulangan
Penanda wacana
Wacana yang utuh dapat dilihat pada
I ketepatan hujah
II tautan unsur tatabahasa
III teknik penyampaian idea penulisnya
IV urutan idea dalam susunan ayat-ayatnya
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah penanda wacana yang digunakan untuk menyatakan kesimpulan?
Sehubungan dengan itu
Oleh hal yang demikian
Sebaliknya
Pendeknya
Hazwani ingin mengetahui tentang kegunaan kad pintar. ___________________, dia berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Setelah itu
Di samping itu
Oleh itu
Namun begitu
Puan Salha mengeluarkan wang di mesin ATM yang terdapat di pusat membeli-belah itu. ____________________, dia masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barang-barang keperluan.
Selain itu
Akhirnya
Mula-mula
Setelah itu
Encik Latif berbelanja mengikut keperluan supaya tidak berlaku pembaziran wang. _________________, dia menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran semasa berbelanja.
Lebih-lebih lagi
Akhirnya
Mula-mula
Setelah itu
Kad prabayar sentuh dan lalu dapat menjimatkan masa pengguna jalan raya. _________________, mereka tidak perlu menggunakan wang tunai semasa membayar tol.
Oleh itu
Selain itu
Mula-mula
Setelah itu
Cik Diana membuat kad kredit untuk memudahkan urusannya. _________________, dia tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak semasa membeli-belah.
Namun begitu
Lebih-lebih lagi
Semenjak itu
Oleh itu
Nurul Huda tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
Lagipun
Mungkin
Akhirnya
Kemudian
Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anak-anaknya.
Biarpun demikian
Lebih-lebih lagi
Oleh itu
Namun begitu
Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak. _________________, masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjalankan perniagaan.
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Oleh itu
Selain itu
Yang manakah ayat yang mempunyai penanda rujukan?
Ayam itu sudah tua. Ayam itu mati beberapa hari kemudian.
Kamu perlu berfikiran terbuka. Amalan ini dapat memudahkan penyelesaian masalah.
Pengetua mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang. Beliau sungguh gembira.
Penyanyi itu pendiam orangnya. Namun begitu, penyanyi itu suka memberikan pertolongan
Yang manakah mengandungi penanda penggantian?
Budak itu memang begitu. Budak itu enggan mendengar sebarang nasihat.
Banglo pemberian ayahnya tidak sesuai untuknya. Dia mahu mencari kediaman lain.
Kawan-kawannya selalu mengambil berat tentangnya. Mereka memang kawan yang baik.
Kami dilahirkan di daerah yang sama. Pernah juga tinggal bersama ketika menuntut di universiti dahulu.
Semua peserta pertandingan itu dipakaikan pakaian berwarna-warni. Pakaian tersebut cantik sekali.
Perkataan yang berhuruf condong dalam wacana di atas merupakan penanda
elipsis
rujukan
leksikal
penggantian
Penjawat awam itu terlibat dalam kes pecah amanah. Diadijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.
Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi
sebab dan hasil
syarat dan hasil
sebab dan akibat
latar dan kesimpulan
Yang manakah ayat yang memperlihatkan hubungan tujuan dan sebab dalam sesebuah wacana?
Rumah yang besar itu menarik sekali. Rupa-rupanya rumah pensyarah kami.
Dia terlalu letih selepas bermain sepanjang petang. Dia tertidur awal malam ini.
Derma itu dikutip untuk membantu keluarga miskin. Amalan ini dituntut oleh setiap agama.
Encik Yong sangat gigih berniaga. Pendapatan bulanannya melebihi gaji pegawai tinggi.
Wacana yang manakah menunjukkan hubungan semantik syarat dan hasil?
Usaha mereka sangat gigih. Kejayaan yang diperoleh sungguh cemerlang.
Penduduk di situ saling membantu dalam segala urusan. Kehidupan mereka aman tenteram.
Semua anaknya dapat melanjutkan pengajian di universiti awam. Dia sangat mengambil berat tentang pelajaran dan keperluan anak-anak.
Awak patut menjadikan kejayaan abang-abang awak sebagai motivasi. Dengan cara itu awak juga akan memperoleh pencapaian seperti mereka.
Wacana bermaksud
unit bahasa yang melangkaui batas ayat
bahasa dalam konteks hubungan sosial
penggunaan bahasa dalam situasi yang betul
bahasa yang berfungsi untuk melahirkan fikiran
Pelajar harus gigih belajar. Kegigihan pelajar menentukan kecemerlangan akademik diri sendiri.
Wacana di atas mempunyai hubungan semantik dari segi
kesimpulan dan syarat
kesimpulan dan latar
sebab dan tujuan
syarat dan hasil
Tautan dalam sesebuah wacana tergambar melalui aspek yang berikut, kecuali
runtutan fikiran
penanda kohesi
jalinan kata, frasa atau ayat
jeeratan hubungan antara unsur linguistik
Yang manakah berkaitan dengan kohesi?
Kesinambungan buah fikiran
Keserasian hubungan ketatabahasaan
Kekemasan isi dan susunan yang teratur
Makna yang jelas atau tidak mengelirukan
Yang manakah terdiri daripada wacana?
Judul sebuah lagu
Satu frasa kerja transitif
Sebuah novel berunsur sejarah
Beberapa patah perkataan dalam binaan satu ayat
Alam sekitar kita semakin tercemar. ___________________ kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan dan mengawal pengeluaran asap kenderaan.
Oleh itu
Lepas itu
Dengan itu
Tambahan pula
