Font size
WorksheetsKesalahan Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Kepupusan flora dan fauna berlaku kerana sikap tamak yang wujud dalam diri setengah-setengah pihak.
setengah pihak
setengah-tengah pihak
sesetengah pihak
setengah pihak-pihak
Azman dan Kasim menyusun semua kotak-kotak itu di dalam stor.
menyusun semua kotak itu
menyusun itu semua kotak-kotak
menyusun kotak-kotak semua itu
menyusun itu semua kotak
Para remaja-remaja harus diberikan perhatian jika kita mahu kesusasteraan Melayu tidak dilupakan oleh generasi dewasa ini.
Remaja
Para remaja
Remaja-remaja
Para-para remaja
Tiap usaha yang kita lakukan memerlukan kesungguhan dan ketabahan demi mencapai kejayaan.
Tiap-tiap
Setiap
Setiap-tiap
Setiap-setiap
Berkat sokongan dan dorongan dua ibu bapanya, Aina telah berjaya dalam bidang perniagaannya.
kedua
ke-2
kedua-dua
berdua
Jalan raya itu terpaksa ditutup oleh kerana banjir kilat yang melanda bandar itu.
oleh itu
kerana oleh
oleh sebab
kerana
Ketua jabatan-ketua jabatan di semua agensi kerajaan diingatkan supaya menjalankan tugas mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP).
Ketua-ketua jabatan
Ketua jabatan
Ketua jabatan-jabatan
Jabatan-jabatan ketua
Pelancong daripada Jepun itu terpegun akan keindahan hutan hujan tropika yang terdapat di Malaysia.
padadari
pada
dari
dari pada
Baru-baru ini, kes rompakan paling terbesar telah ditumpaskan oleh pihak polis melibatkan warga asing tanpa izin.
paling besar
terbesar
terbesar paling
terbesar-besar
Beberapa orang setiausaha sedang berbincang mengenai pelbagai-pelbagai isu syarikat.
Pelbagai-bagai
Berbagai-bagai
Pelbagai
Berbagai
