wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KWN KUNDASANG

Total questions: 20

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

i-LEAD bermaksud

a)

Institut Peningkatan dan Kecemerlangan Keyakinan

b)

Institut Pembangunan dan Kepimpinan Kecemerlangan

c)

Institut Peningkatan Keyakinan dan Kepimpinan

d)

Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan

2.

i-LEAD adalah

a)

Sebuah institusi yang baharu yang menyediakan platform khusus untuk membentuk 'Future-Ready Leaders' yang menjadi tonggak kepimpinan pelbagai sektor di masa hadapan

b)

Institusi baharu menyediakan platform sukan kepada belia untuk menjadi atlet berjaya pada masa hadapan

c)

Institusi baharu yang menyediakan platform khusus kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik

d)

Institusi baharu yang menyediakan platform kepada warga emas untuk memimpin negara

3.

Salah satu 5 elemen i-LEAD dalam membentuk 'Future-Ready Leaders' adalah

a)

Kebijaksanaan

b)

Kecemerlangan

c)

Kenegaraan

d)

Kepatuhan

4.

Visi i-LEAD adalah

a)

Menerajui Pembangunan Sumber Manusia

b)

Membangunkan pemimpin belia yang holistik dan unggul ke arah negara sejahtera

c)

Menerajui Kecemerlangan dalam akademik

d)

Peneraju Kecemerlangan Kepimpinan belia dan Kenegaraan

5.

Nama Kem i-LEAD di negeri Sabah adalah.....

a)

Kem Warisan Negara Kundasang

b)

Kem Wawasan Negara Kundasang

c)

Kem Bina Negara Kundasang

d)

Kem Wira Negara Kundasang

6.

Tahun Operasi Kem Wawasan Negara Kundasang adalah pada tahun.......

a)

2009

b)

2003

c)

2019

d)

2000

7.

Jawatan tertinggi di Kem Wawasan Negara Kundasang dikenali sebagai.......

a)

Pengarah

b)

Ketua Kem

c)

Presiden

d)

Pengetua

8.

Berikut merupakan program dijalankan oleh Kem Wawasan Negara Kundasang i-LEAD KECUALI.......

a)

Malaysia Future Leaders School (MFLS)

b)

MyBelia

c)

Seminar Kepimpinan Keluarga Malaysia

d)

i-LEAD2YOUTH

9.

Gagasan yang menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara bagi menggembeleng tenaga dalam cabaran mendepani Pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

a)

Malaysia Prihatin

b)

Keluarga Malaysia

c)

Wawasan 2020

d)

1 Malaysia

10.

Salah satu objektif Kepimpinan Keluarga Malaysia adalah.....

a)

Memberi kefahaman kepada anak muda tentang peranan mereka dalam mencapai aspirasi Keluarga Malaysia

b)

Menyemai semangat kerajinan belia

c)

Meningkatkan semangat kesukanan belia

d)

Membentuk kasih sayang sesama insan

11.

Negara-negara berikut melaksanakan umur mengundi pada 18 tahun KECUALI....

a)

Amerika Syarikat

b)

Jepun

c)

Singapura

d)

United Kingdom

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan Undi18 dan skopnya?

a)

Umur 18 tahun yang tidak digalakkan mengundi sekiranya belum capai fikiran yang matang

b)

Umur layak mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun

c)

Umur layak menjadi calon diturunkan dari 25 tahun ke 18 tahun

13.

Apakah rasional umur kelayakan mengundi diturunkan?

a)

Memudahkan parti politik meraih undi terutamanya undian daripada anak muda yang muda dipengaruhi

b)

Keupayaan belia untuk mengundi calon politik yang popular di sosial media

c)

Meningkatkan penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada demokrasi dan pembangunan negara.

14.

Apakah kebaikan pelaksanaan pindaan had umur calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun?

a)

Mengetengahkan suara anak muda dalam pembuatan dasar dan perundangan

b)

Menutup ruang kepada anak muda untuk bergiat aktif dalam politik

c)

Mendapat bantuan dari parti politik bagi meraih undi

15.

Apakah cabaran terhadap pelaksanaan penurunan had umur kelayakan calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun?

a)

Calon muda yang tidak matang

b)

Kesediaan parti-parti politik untuk mencalonkan ahli-ahli yang berumur 18 tahun sebagai calon

c)

Calon muda yang tidak cukup pengalaman

16.

Perkara 1(2) menyatakan negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada:

a)

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak

b)

Sabah dan Sarawak sahaja

c)

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu,

d)

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak

17.

Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 ini mula dikuatkuasakan pada...

a)

11 Februari 2021

b)

14 Februari 2022

c)

1 Mac 2022

d)

11 Februari 2022

18.

Menurut perjanjian berhubung pemisah .................... daripada Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat pada tarikh 7 Ogos 1965.

a)

Thailand

b)

Singapura

c)

Filipina

d)

Brunei

19.

Dibawah pengasingan kuasa, kerajaan di pecah kepada tiga cabang iaitu:

a)

Pentadbiran, Kewangan dan Pengurusan

b)

Peguam, Ekslusif dan Undang-undang

c)

Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman

d)

Legislatif, Eksekutif dan Kewangan

20.

Tujuan UTAMA pengasingan kuasa di Malaysia adalah...

a)

Penumpuan kuasa

b)

Untuk menggalakkan 'Tyranny'

c)

Memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar

d)

Kebebasan individu membuat keputusan tanpa semak dan imbang