wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Falsafah Sejahtera

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Apa itu falsafah?

a)

Panduan dalam melakukan sesuatu perkara.

b)

Asas kepada sebuah disiplin ilmu.

c)

Fikiran yang dasar, asas atau fundamental.

d)

Buah fikiran seseorang individu di masa lalu.

e)

Prinsip kehidupan yang diamalkan seharian.

2.

Apakah tujuan falsafah manakah yang Benar?

a)

Untuk mencari kebenaran, makna dan tujuan dalam kehidupan.

b)

Memastikan pendirian hidup sentiasa berada di atas landasan yang betul.

c)

Memberi pengertian tentang cara hidup, pandangan hidup dan pandangan dunia.

d)

Memberikan ajaran tentang moral dan etika yang berguna dalam kehidupan.

e)

Mewujudkan pemikiran yang sederhana dan mematahkan pemikiran yang ekstrem.

3.

DANISH MEMANDU DENGAN BERHEMAH DI JALAN RAYA


Apakah prinsip Rukun Negara yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Kepercayaan kepada Tuhan.

b)

Kedaulatan undang-undang.

c)

Kesopanan dan kesusilaan.

d)

Keluhuran perlembagaan.

e)

Kesetiaan kepada raja dan negara.

4.

Apakah keterkaitan antara prinsip Rukun Negara dengan falsafah?

a)

Prinsip Rukun Negara merupakan ideologi dan falsafah yang menjadi dasar kepada pembangunan ekonomi yang pesat dan berjaya di Malaysia.

b)

Prinsip Rukun Negara merupakan ideologi dan falsafah yang menjadi dasar dalam membentuk rakyat Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berilmu dan berpendidikan.

c)

Prinsip Rukun Negara merupakan ideologi dan falsafah yang menjadi dasar dalam membentuk masyarakat yang cintakan tanah air dan mempunyai semangat Nasionalisme yang tinggi.

d)

Prinsip Rukun Negara merupakan ideologi dan falsafah yang menjadi dasar dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang berdaya saing dengan negara lain di peringkat Global.

e)

Prinsip Rukun Negara merupakan ideologi dan falsafah yang menjadi dasar kesatuan, perpaduan bangsa dan pedoman hidup semua rakyat Malaysia yang berlainan kaum.

5.

Apakah impak jika seseorang rakyat Malaysia gagal menghayati rukun negara?

a)

Meningkatnya semangat nasionalisme.

b)

Runtuhnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

c)

Negara akan aman dan damai.

d)

Ekonomi negara dapat berkembang dengan pesat.

e)

Masyarakat saling hormat-menghormati.

6.

Pilih situasi yang tepat mengenai contoh pendidikan tidak formal

a)

Adik berpuasa kerana nampak abangnya berpuasa juga

b)

Ibu mengamalkan pemakanan ‘Suku, suku, separuh’

c)

Abang dilatih untuk belajar pelbagai jenis ikatan di sekolah

d)

Bapa mengajar anaknya cara untuk membeli roti di kedai

7.

Siti menjual pakaian dengan harga yang tinggi. Siti sering mengiklankan produknya sebagai produk yang berkualiti tinggi. Namun, kualiti pakaian yang dijualnya tidak setanding dengan apa yang diiklankan.

Pilih aspek JERI yang kekurangan dalam individu di atas

a)

Jasmani

b)

Etika

c)

Emosi

d)

Rohani

e)

Intelek

8.

Ali sering pergi ke kelas tambahan di pusat tusyen berdekatan dan rajin membuat latihan ketika di rumah. Hasilnya, Ali mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pilih penyataan yang tepat berkaitan dengan petikan di atas

a)

Kekuatan Ali adalah dalam aspek intelek

b)

Ali kekurangan dalam aspek rohani kerana sering meniru dalam peperiksaan

c)

Ali menerima pendidikan tidak formal ketika di pusat tusyen

d)

SPM tergolong dalam kategori pendidikan formal

9.

Pilih pernyataan yang menggambarkan konsep Falsafah Sejahtera

a)

Masyarakat yang tidak membangkitkan isu-isu perkauman

b)

Individu yang mementingkan orang lain lebih daripada dirinya

c)

Insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya

d)

Masyarakat yang hidup bebas tanpa sebarang panduan hidup

10.

Berdasarkan gambar di atas, susunkan tempat kosong dengan jawapan yang betul, mengikut urutan 1,2,3.

a)

Rukun Negara, Falsafah Sejahtera, Falsafah Pendidikan

b)

Rukun Negara, Falsafah Pendidikan, Falsafah Sejahtera

c)

Falsafah Sejahtera, Falsafah Pendidikan, Rukun Negara

d)

Falsafah Pendidikan, Rukun Negara, Falsafah Sejahtera

e)

Falsafah Sejahtera, Rukun Negara, Falsafah Pendidikan