Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIMBINGAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apa yang dimaksudkan dengan Pengurusan Tingkah Laku?

a)

Tingkah laku yang boleh dikawal

b)

Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah menggunakan teknik yang sesuai

c)

Tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai

d)

Membimbing manusia untuk bertingkah laku yang bermoral

2.

Banyak pandangan yang dikemukakan oleh tokoh dalam mendidik akhlak kanak-kanak di awal usia. Berikut merupakan pendekatan mendidik akhlak menurut Imam Al Ghazali kecuali

a)

Mendidik (Ta'dib)

b)

Disiplin Kendiri (Riadah)

c)

Penyucian (Tahzid)

d)

Percubaan (Tajribah)

3.

Guru merupakan individu kedua selepas ibu bapa yang mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak. Bimbingan yang tepat harus diterapkan oleh guru dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Apakah yang dimaksudkan dengan Bimbingan menurut Islam?

a)

Bantuan orang dewasa untuk mengubah tingkah laku

b)

Membentuk peribadi Muslim

c)

Membantu kanak-kanak yang bermasalah

d)

Proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran

4.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku bermasalah mewujudkan tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari landasan nilai. Berikut merupakan jenis-jenis tingkah laku negatif kecuali;

a)

I. Hiperaktif

b)

II. Pergantungan berlebihan

c)

III. Proaktif

d)

IV. Disruptif

5.

Ginott telah membahagikan tingkah laku positif dan tingkah laku negatif dalam modelnya. Ginott telah mengklasifikasi tingkah laku positif KECUALI

a)

Cepat belajar

b)

Perasaan ingin tahu

c)

Destruptif

d)

Proaktif

6.

Panduan menggunakan HUKUMAN dalam bilik darjah yang perlu diterapkan oleh guru ialah seperti berikut

a)

Adil dan setimpal

b)

Amaran keras

c)

Berat

d)

Sementara

7.

Terdapat pelbagai strategi dalam membimbing kanak-kanak. Namun, Strategi Bimbingan Positif yang betul adalah seperti berikut. KECUALI

a)

Mengubah mengikut kehendak guru

b)

Mendidik tingkah laku yang baik

c)

Mengarah semula

d)

Mengabaikan tingkah laku yang negatif

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan bilik darjah?

a)

Melibatkan guru dan murid

b)

Tempat murid bertingkah laku

c)

Tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran

d)

Kediaman murid di sekolah

9.

Berikut merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi bilik darjah KECUALI;

a)

Foktor Individu

b)

Faktor Fizikal

c)

Faktor Emosi

d)

Faktor Sosial

10.

Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran. Berikut merupakan penyataan bagi

a)

Konsep Tingkah Laku Positif

b)

Konsep Tingkah Laku

c)

Konsep Pengurusan Tingkah Laku

d)

Konsep Tingkah Laku Negatif

11.

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan kedua-dua ibu bapanya bertanggungkawab bagi mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Kristian atau Majusi"

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Ibnu Sina

b)

Imam Al Ghazali

c)

Ibn Khaldun

d)

Firman Allah swt

12.

Guru yang baik adalah guru yang mampu mengawal bilik darjah dengan baik. Guru yang agresif adalah guru yang

a)

Bersifat auto ratik

b)

Tidak konsisten

c)

Yakin dan tegas

d)

Mengambil berat

13.

William Glasser merupakah tokoh bagi Model Terapi Realiti. Glasser telah menerbitkan beberapa buku tentang pandangannya tentang model ini. Buku pertamanya ialah "Reality Therapy: A New Approach to Psychiatry" yang mengandungi isi penting penulisannya KECUALI

a)

Menangani masalah individu

b)

Mengkaji masa silam individu

c)

Mencari solusi masalah

d)

Mengaitkannya dengan masalah yang dihadapi

14.

"Suruhlah anak-anakmu melakukan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Kemudian pukullah mereka untuk melakukan solat sekiranya mereka berumur sepuluh tahun (masih belum bersolat). Dan pisahkan tempat tidur di antara mereka ketika itu." Pernyataan berikut merupakan

a)

Disiplin menurut islam

b)

Menghukum menurut islam

c)

Bimbingan menurut islam

d)

Tingkah laku menurut Islam

15.

Terdapat banyak faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku seperti berikut KECUALI

a)

Faktor Perkembangan

b)

Faktor Persekitaran

c)

Faktor Sosial dan Emosi

d)

Faktor Agama

16.

Review soalan QUIZ ini ; )

a)

Susah sangat!

b)

Boleh laa Miss

c)

Kacang jerr

d)

Sederhana ada

Susah pun ada :(

17.

Apakah strategi yang berkesan dalam menangani tingkah laku agresif dalam kalangan kanak-kanak?

a)

Abaikan tingkah laku tersebut dan harap anak itu berubah dengan sendirinya.

b)

Memberi ganjaran apabila anak menunjukkan tingkah laku yang lebih tenang dan terkawal.

c)

Sentiasa gunakan hukuman yang keras untuk menakutkan kanak-kanak supaya mereka tidak agresif.

d)

Jangan sesekali bercakap tentang tingkah laku dengan anak.

18.

Apakah komponen yang penting dalam mana-mana program pengurusan tingkah laku yang berkesan?

a)

Hanya gunakan hukuman untuk menangani tingkah laku yang tidak diingini.

b)

Fokus pada hukuman dan ganjaran secara eksklusif.

c)

Wujudkan persekitaran yang menyokong dan gunakan intervensi berasaskan bukti.

d)

Mengasingkan kanak-kanak daripada rakan sebaya untuk mengurangkan tingkah laku negatif.

19.

Bagaimanakah seharusnya pendidik atau ibu bapa bertindak balas apabila kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang mencabar?

a)

Dengan kemarahan dan hukuman fizikal supaya anak berasa bersalah dan tidak mengulangi tingkah laku tersebut.

b)

Dengan pendekatan yang konsisten dan sabar, ketahui punca tingkah laku tersebut dan tawarkan sokongan emosi.

c)

Abaikan tingkah laku itu sepenuhnya dan berharap anak akan belajar daripada kesilapannya sendiri.

d)

Beri anak apa sahaja yang mereka mahu untuk menghentikan tingkah laku yang mencabar itu.

20.

Apakah yang perlu dilakukan jika pendekatan pengurusan tingkah laku tidak berfungsi seperti yang diharapkan?

a)

Teruskan menggunakan pendekatan yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.

b)

Dapatkan input daripada profesional seperti ahli psikologi atau kaunselor kanak-kanak.

c)

Menghukum anak dengan lebih keras dan lebih kerap.

d)

Gantikan semua peraturan dan struktur tanpa penilaian terlebih dahulu.

21.

Apakah penderaan kanak-kanak?

a)

Tindakan memberikan pendidikan yang rapi kepada kanak-kanak.

b)

Perbuatan mencederakan atau menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak.

c)

Memberi banyak kerja rumah kepada anak-anak.

d)

Mengajak kanak-kanak bermain di luar rumah.

22.

Pengabaian kanak-kanak berlaku jika:

a)

Kanak-kanak itu menerima semua vaksinasi yang diperlukan.

b)

Ibu bapa tidak memenuhi keperluan asas anak, termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal, dan penjagaan perubatan.

c)

Ibu bapa menghantar anak ke sekolah setiap hari.

d)

Kanak-kanak dibenarkan bermain dengan rakan-rakan mereka.

23.

Apakah salah satu tanda utama bahawa kanak-kanak mungkin menjadi mangsa pemerdagangan manusia?

a)

Kanak-kanak sentiasa hadir ke sekolah dan mendapat gred yang baik.

b)

Kanak-kanak sering berpindah dan jarang berjumpa keluarga atau rakan.

c)

Kanak-kanak itu mempunyai banyak mainan baru.

d)

Kanak-kanak mengambil bahagian dalam banyak aktiviti kokurikulum.

24.

Apakah langkah yang perlu anda ambil jika anda mengesyaki penderaan atau pengabaian kanak-kanak?

a)

Abaikan keadaan kerana ia bukan urusan anda.

b)

Kongsi maklumat tentang syak wasangka anda di media sosial.

c)

Beritahu kanak-kanak bahawa semuanya akan baik-baik saja dan jangan mengambil tindakan selanjutnya.

d)

Laporkan syak wasangka anda kepada pihak berkuasa yang berkaitan, seperti polis atau perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

25.

Eksploitasi kanak-kanak dalam konteks buruh kanak-kanak berlaku apabila:

a)

Kanak-kanak bekerja di bawah umur yang sah yang dibenarkan untuk keadaan kerja yang selamat.

b)

Anak-anak membantu ibu bapa di rumah dengan tugas-tugas kecil.

c)

Kanak-kanak membuat kerja sekolah.

d)

Kanak-kanak menyertai aktiviti sukan sekolah.

26.

Bagaimanakah peraturan yang jelas dan konsisten membantu dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak?

a)

Dengan mengelirukan kanak-kanak tentang apa yang dibenarkan dan apa yang tidak.

b)

Dengan membenarkan kanak-kanak melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

c)

Dengan mencipta struktur dan jangkaan yang jelas, supaya kanak-kanak tahu apa yang diharapkan daripada mereka.

d)

Dengan mewujudkan ketakutan dalam diri kanak-kanak supaya mereka tidak melanggar peraturan.

27.

1. Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan

a)

a. Pertumbuhan dan perkembangan kemahiran motor fizikal

b)

b. Pertumbuhan dan pembesaran

28.

2. Perkembangan motor terbahagi kepada

a)

a. Motor kasar, motor halus, koordinasi mata dan tangan, imbang badan

b)

b. Motor kasar dan halus, imbang badan

29.

3. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak antaranya...

a)

a. Genetik, Pemakanan, Sosiobudaya

b)

b. Genetik dan cara hidup

30.

4. Contoh aktiviti motor kasar adalah seperti berikut:

a)

a. Berlari, menendang bola, memanjat dan melompat

b)

b. Berlari, menguntai manik, mengoyak kertas

31.

5. Kordinasi mata dan tangan adalah salah satu dari perkembangan fizikal. Antara aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan seperti:

a)

a. Menangkap bola, memasukkan air kedalam botol, masukkan tali kedalam straw

b)

b. Baling bola, mengoyak kertas, mencabut rumput

32.

Berapakah peringkat perkembangan fizikal menurut Robert Havighurst?

a)

Peringkat awal kanak-kanak dan peringkat remaja

b)

Sensorimotor, Pra-Operasi, Operasi Konkrit, Operasi Formal

c)

Peringkat iaitu pringkat bayi dan awal kanak- kanak (sejak lahir-6thun), peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun) dan peringkat awal remaja dan remaja (12-18thun)

33.

Apakah aspek-aspek perkembangan fizikal?

a)

Pertumbuhan gigi, perkembangan rupa paras, tubuh badan, lilitan kepala dan lengan, ketinggian badan, perkembangan berat badan,

b)

Kematangan IQ

c)

Motor Halus dan Motor Kasar

d)

Perkembangan rupa paras, tubuh badan, lilitan kepala dan lengan, ketinggian badan, perkembangan berat badan, motor halus dan kasar

34.

Berikut adalah contoh permainan motor halus, kecuali ..

a)

Bermain Tanah Liat

b)

Mengkategorikan onjek-objek kecil

c)

Menyusun mengikut bentuk

d)

Berlari

35.

Perkembangan merupakan suatu proses

kematangan atau fisiologi.

Selagi kematangan fisiologi tidak

dicapai, apa sahaja yang

dilakukan tidak akan berjaya.

a)

Robert Havighurst

b)

Arnold Gesell

c)

Lev Vygotsky

d)

John Bowlby

36.

Berikut adalah benar mengenai Teori Kematangan Gesell KECUALI

a)

Kematangan fizikal adalah faktor utama

menentukan perkembangan individu

bukannya faktor persekitaran

b)

Amat mementingkan baka sebagai penggerak

utama perkembangan individu

c)

Setiap individu adalah unik

dan keunikan itu harus dihormati

d)

Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan

memberikan kegembiraan kepada individu

tersebut.

37.

"Berlaku kepada individu yang cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema sedia ada"

Antara yang berikut yang manakah proses yang betul bagi pernyataan di atas?

a)

akomodasi

b)

animisme

c)

dinanisme

d)

Asimilasi

38.

Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran

a)

BETUL

b)

SALAH

39.

Teori belajar yang menjelaskan bagaimana proses mental ini dipengaruhi oleh faktor yang berasal dari internal dan eksternal untuk menghasilkan pembelajaran secara individu adalah....

a)

Teori behavioristik

b)

Teori Stimulus-Respon

c)

Teori konstruktivistik

d)

Teori Kognitif

40.

Ahli teori ini percaya bahawa kanak-kanak mampu memahami dunia sekeliling termasuk bahasa awal melalui pengalaman sensori mereka sendiri. Siapakah ahli teori tersebut?

a)

Vygotsky

b)

Chomsky

c)

Piaget

d)

Rosseau