Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DSM3203 KUIZ-MARKAH TAMBAHAN

Total questions: 14

Worksheet time: 4hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah platform yang boleh digunakan oleh golongan belia untuk memohon Program Insentif Pengambilan Pekerja Pasca Covid-19?

a)

Linkedin

b)

MauKerja

c)

My Job Street

d)

MYFutureJobs

2.

Syarat kelayakan untuk mencarum bencana kerja bagi pekerja asing mestilah mempunyai pasport dan pas khas untuk pekerja asing baharu. Jika gaji pekerja asing adalah RM4,500.00, berapakah kadar caruman yang dikenakan untuk pekerja asing tersebut?

a)

1.25%

b)

9%

c)

12%

d)

13%

3.

Akif telah mengambil cuti tanpa gaji selama dua hari. Jika gaji Akif adalah RM5,500.00 sebulan, kirakan kadar bayaran cuti tanpa gaji yang telah digunakan oleh Aina pada bulan Februari 2022.

a)

RM220.00

b)

RM240.00

c)

RM300.00

d)

RM440.00

4.

Qaisara diarahkan untuk cuti kuarantin kerana disahkan Positif Covid-19. Sekiranya majikan enggan membayar gaji dalam tempoh kuarantin, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pekerja?

a)

Mengemukakan aduan di Pejabat Buruh.

b)

Mengemukakan aduan di Jabatan Tenaga Kerja.

c)

Mengemukakan aduan di Pejabat Sumber Manusia.

d)

Mengemukakan aduan melalui aplikasi Working for Workers (WFW).

5.

Hafizah masih belum mendaftar KWSP kerana merupakan lepasan graduan universiti. Bagaimakah cara seseorang pekerja yang hendak mendaftar sebagai ahli KWSP?

a)

Kiosk

b)

i-Sinar

c)

i-Akuan Pekerja

d)

Mesin Auomatik Majikan

6.

Encik Reez merupakan seorang Pegawai Keselamatan di Syarikat Child Comey Sdn. Bhd. Beliau telah berusia dalam lingkungan 61 tahun. Jika majikan membayar gajinya RM1900.00, berapakah kadar jumlah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenakan ke atas Encik Reez?

a)

RM72.00

b)

RM80.00

c)

RM100.00

d)

Tiada caruman

7.

Puan Hazirah merupakan seorang pekerja kontrak di Syarikat Tayar Kental Sdn. Bhd. Beliau telah diarahkan oleh majikannya untuk bekerja dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak tahun 2020. Semasa dalam tempoh bekerja dari rumah, Puan Hazirah telah tergelincir dalam bilik air. Manakah antara berikut merupakan insentif yang akan diperoleh oleh Puan Hazirah?

a)

Insentif Bekerja Daripada Rumah.

b)

Insentif Melindungi Pekerja Kontrak.

c)

Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel.

d)

Insentif Perintah Kawalan Pergerakan.

8.

Puan Wawa merupakan seorang suri rumah. Beliau telah membuat keputusan untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk simpanan masa hadapan. Namun begitu, jumlah caruman yang akan dicarumkan adalah mengikut kadar kemampuannya. Caruman yang sesuai untuk Puan Wawa ialah

a)

I-Suri KWSP.

b)

I-Saraan KWSP

c)

Caruman pilihan sendiri KWSP.

d)

Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP.

9.

- Kehilangan pekerjaan ini disebabkan oleh VSS/MSS.

-Menyediakan program subsidi upah bersasar

-Menyediakan elaun mencari pekerjaan.

Pernyataan di atas menerangkan:

a)

Sistem Insurans Pekerja (SIP)

b)

Sistem Kehilangan Pekerjaan

c)

Kementerian Sumber Manusia

d)

Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)

10.

.Gaji hendaklah dibayar oleh pihak majikan dalam tempoh sebulan sekali tidak lewat dari hari______________ bulan berikutnya.

a)

ketiga

b)

ketujuh

c)

kelapan

d)

kesepuluh

11.

Kebanyakan pekerja berhenti disebabkan oleh faktor gaji dan faktor faedah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Pengurus Sumber Manusia sebelum pekerja meninggalkan organisasi?

a)

Exit-Interview

b)

Sesi kaunseling

c)

Memujuk pekerja

d)

Menawarkan gaji lumayan untuk pekerja

12.

Gaji Afiqah ialah sebanyak RM2200.00 dan elaun kedatangannya ialah RM300.00. Kirakan gaji bersih Afiqah pada bulan September 2021.

a)

RM2142.00

b)

RM2157.05

c)

RM2242.95

d)

RM2500.00

13.

Program SIP Gig menawarkan insentif sehingga RM800.00 sebulan selama enam bulan bagi individu yang melakukan pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital. Siapakah yang layak menerima insentif ini?

a)

Pekerja e-hiling.

b)

Pekerja Food Panda.

c)

Pekerja dibuang kerja oleh majikan.

d)

Suri rumah yang tidak bekerja lebih enam bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2208.00.

14.

Mengapakah kerajaan Malaysia telah membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.00 untuk pencarum?

a)

Desakan rakyat

b)

Melancong bersama keluarga.

c)

Pencarum dapat membantu golongan yang susah.

d)

Membantu pencarum yang masih terkesan dengan pandemik bagi memenuhi keperluan.