wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AGAMA ZON MEN ATAS

Total questions: 100

Worksheet time: 52mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud syirik jali?

a)

Menyembah berhala

b)

Meyakini alam dikuasai selain Allah SWT

c)

Menyekutukan Allah SWT dengan sesuati pada zat, sifat dan perbuatan

d)

Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah.

2.

Perbuatan ______ ialah perasaan bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

a)

Riyak

b)

Sum'ah

c)

Ujub

d)

Takabbur

3.

Nyatakan contoh perbuatan sihir.

a)

Pelaris

b)

meyakini Nabi Isa sebagai anak tuhan

c)

Ujub

d)

menikam dengan pisau

4.

Jelaskan contoh iktikad yang membatalkan iman melalui al Uluhiyyah.

a)

Mengingkari rukun Islam atau salah satu daripadanya.

b)

Mengingkari kenabian dan kerasulan salah sorang atau semua nabi dan rasul.

c)

Mengingkari kewujudan Allah sebagai pencipta.

d)

Beriktikad bahawa undang-undang syariat berteraskan al Quran dan al Sunnah ialah undang-undang lapuk.

5.

Apakah maksud nama Allah al Muntaqim?

a)

Allah yang Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya.

b)

Allah yang Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.

c)

Allah yang Maha Berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendaknya.

d)

Allah yang Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

6.

Maksud al Qadir dari segi bahasa ialah ______

a)

Yang Esa

b)

Yang Menyaksikan

c)

Yang Menentukan

d)

Yang Kuat

7.

Nyatakan nama malaikat yang bertugas mencatat amalan baik manusia.

a)

Israfil

b)

Atid

c)

Raqib

d)

Mikail

8.

Antara berikut yang manakah benar tentang tugas malaikat Mikail?

a)

Menyampaikan wahyu kepada Para Rasul

b)

Menyoal orang yang telah meninggal dunia

c)

Mencabut nyawa semua makhluk

d)

Menguruskan rezeki dan menurunkan hujan

9.

Antara berikut yang manakah tugas lain malaikat?

a)

Menanggung Arasy

b)

Menyoal orang yang telah meninggal dunia

c)

Mencatat amalan baik

d)

Meniup sangkakala

10.

Kitab Zabur diturunkan di dalam bahasa ______

a)

Arab

b)

Siryani

c)

Ibrani

d)

Hindi

11.

Siapakah antara nabi berikut yang menerima suhuf paling banyak?

a)

Nabi Musa AS

b)

Nabi Syith AS

c)

Nabi Ibrahim AS

d)

Nabi Idris AS

12.

Berikut adalah nabi yang menerima suhuf kecuali .....

a)

Nabi Musa

b)

Nabi Idris

c)

Nabi Soleh

d)

Nabi Ibrahim

13.

Antara yang berikut yang manakah bukan sifat wajib bagi rasul?

a)

Amanah

b)

Sidiq

c)

Fathonah

d)

Kitman

14.

Berikut adalah nabi Ulul Azmi kecuali

a)

Nabi Nuh as

b)

Nabi Ibrahim as

c)

Nabi Isa as

d)

Nabi Salleh as

15.

"Kitman merupakan salah satu sifat mustahil bagi rasul"

Nyatakan maksudnya?

a)

Bodoh

b)

Berbohong sama ada dalam percakapan atau perbuatan.

c)

Melakukan larangan Allah

d)

Menyembunyikan Wahyu walaupun sedikit

16.

Nabi ____ membuktikan kenabian Baginda dengan mukjizat mengeluarkan seekor unta daripada celah batu, tetapi kaum Tsamud membunuh unta tersebut.

a)

Nuh as

b)

Hud as

c)

Salleh as

d)

Idris as

17.

Berikut adalah tanda besar hari kiamat kecuali

a)

Muncul Imam Mahdi daripada keturunan Rasulullah memimpin umat Islam

b)

Keluar asap yang meliputi manusia seluruhnya

c)

Kurang bilangan para ulama

d)

Berlaku gempa bumi di timur, barat dan semenanjung tanah Arab.

18.

_____ ialah penimbang amalan yang disediakan oleh Allah untuk menimbang amalan baik dan buruk manusia.

a)

Sirat

b)

Mahsyar

c)

Hisab

d)

Mizan

19.

Dari sudut bahasa, akidah bermaksud _____

a)

bersangka-sangka

b)

percaya dan yakin

c)

ikatan atau simpulan

20.

Berikut adalah faktor-faktor berlakunya ajaran sesat kecuali

a)

kurang perhatian kasih sayang ibu bapa

b)

menyakini pembalasan hari akhirat

c)

kurang didikan agama

d)

terpengaruh dengan rakan dan persekitaran tidak baik

21.

Berikut adalah ciri-ciri Islam agama fitrah kecuali

a)

Rabbaniah

b)

Syumuliyyah

c)

Maknawiah

d)

Waqi'iyyah

22.

Berikut adalah perkara larangan bagi wanita kecuali

a)

Memotong kuku

b)

Berwangi-wangian pada pakaian dan badan

c)

Menutup muka

d)

Memakai pakaian berjahit

23.

Nyatakan umur bagi kambing yang akan dibuat sembelihan korban.

a)

5 tahun

b)

2 tahun

c)

1 tahun

d)

Bersalin gigi

24.

Nyatakan Miqat Makani bagi penduduk yang datang dari Malaysia?

a)

Zatul Irqin

b)

Qarnul Manazil

c)

Juhfah

d)

Zulhulaifah

25.

- Air yang suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci .

- Air Mutlak yang telah digunakan untuk bersuci.

Kenyataan di atas merujuk kepada jenis air _________.

a)

Air Muqayyad

b)

Air Mustakmal

c)

Air Musyammas

d)

Air Mutanajis

26.

Tentukan cara beristinjak yang paling afdal.

a)

Menggunakan air

b)

Menggunakan batu atau benda kesat

c)

Menggunakan batu dan air

27.

Yang manakah antara berikut merupakan rukun qawli di dalam solat.

a)

Membaca doa iftitah

b)

Menyebut Amin selepas membaca al fatihah

c)

Membaca tahiyat awal

d)

Memberi salam yang pertama

28.

Jarak di antara saf terakhir di dalam masjid dengan saf pertama di luar masjid tidak boleh melebihi _________hasta.

a)

150

b)

200

c)

250

d)

300

29.

______ ialah orang yang menetap di satu tempat lebih daripada 3 hari . Mereka wajib mendirikan solat jika mendengar azan.

a)

Mastautin

b)

mukim

c)

musafir

30.

Solat _____ialah menunaikan kedua-dua solat fardu dalam waktu solat yang kedua.

a)

Qasar

b)

Jamak

c)

Jamak Takdim

d)

Jamak Ta'khir

31.

"Menipiskan debu dengan melaga-lagakankedua-dua belah tangan"

Kenyataan di atas merujuk kepada ______ tayammum.

a)

Syarat

b)

Sunat

c)

Rukun

d)

Makhruh

32.

Tentukan yang mana satu uzur syar'ei yang mengharuskan berbuka puasa.

a)

Haid

b)

Orang tua

c)

Gila walaupun seketika

d)

Pitam sepanjang hari

33.

Berikut adalah jenis puasa sunat kecuali ........

a)

Hari Tasyrik

b)

Hari Tasua'

c)

Hari Putih

d)

Hari Arafah

34.

Selawat ke atas Nabi dibaca ketika solat jenazah selepas bertakbir kali____.

a)

pertama

b)

kedua

c)

ketiga

d)

keempat

35.
Tanda-tanda waktu masuk zuhur ialah _____
a)
Mulai terbit fajar sadik
b)
Tergelincir matahari ke barat
c)
Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya. 
d)
Apabila terbenam seluruh bulatan matahari.
36.
Antara perkara sunat ketika berwuduk ialah mualah (الموالاة). Apakah maksud Mualah?
a)
Memasukkan air kedalam hidung.
b)
Berkumur-kumur
c)
Membasuh kedua-dua telinga.
d)
Berturut-turut.
37.

- mandi wajib selepas terbit fajar

Apakah hukum puasa bagi perbuatan di atas?

a)

Batal

b)

Harus

c)

Sah

d)

Makruh

38.
Berikut adalah contoh perkara yang membatalkan wuduk kecuali :
a)
Bersentuhan kulit lelaki & perempuan yang bukan mahram
b)
Gila
c)
Mabuk
d)
Menyentuh kemaluan manusia dengan belakang tapak tangan tanpa berlapik
39.

Ketika melaksanakan solat jenazah untuk mayat lelaki, imam berdiri bertentangan dengan ____jenazah.

a)

Kepala

b)

Badan

c)

Pinggul

d)

Punggung

40.
Berikut adalah hari-hari yang diharamkan berpuasa kecuali
a)
10 Zulhijjah
b)
1 Syawal
c)
1 Muharram
d)
29 Syaaban
41.

Solat ____ ialah solat sunat dua raka'at sebelum duduk setiap kali masuk ke dalam masjid

a)

Dhuha

b)

Tahiyatul masjid

c)

Hajat

d)

Tasbih

42.

_____ ialah asnaf yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan membahagikan zakat.

a)

Muallaf

b)

Ibnu Sabil

c)

Fi Sabilillah

d)

Amil

43.

Tentukan tempoh yang dibolehkan untuk Solat qasar dan jamak bagi musafir.

a)

4 hari 3 malam,tidak termasuk hari perjalanan pergi dan balik

b)

3 hari 3 malam,tidak termasuk hari perjalanan pergi dan balik

c)

4 hari 3 malam,termasuk hari perjalanan pergi dan balik

d)

3 hari 3 malam,termasuk hari perjalanan pergi dan balik

44.

Jelaskan bukti menunjukkan Saidina Uthman bin Affan seorang yang inovatif.

a)

Menubuhkan Jabatan Polis

b)

Menubuhkan Jabatan Percukaian

c)

Menubuhkan Tentera Laut Islam

d)

Menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan al Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani

45.

"Sahabat ini terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah. Buktinya beliau banyak menderma untuk perang Tabuk dan membeli perigi Raumah untuk kegunaan umat Islam."

Tokoh yang dimaksudkan ialah _______.

a)

Abu Bakar As Siddiq

b)

Umar ibn Khatab

c)

Uthman Ibn Affan

d)

Abdul Rahman Auf

46.

- Agama Samawi yang di bawa oleh Nabi Ibrahim & Nabi Ismail

- Agama yang mulanya dianuti oleh majoriti masyarakat Arab

Kenyataan berikut , merujuk kepada agama....

a)

Agama Nasrani

b)

Agama Hanif

c)

Agama Yahudi

d)

Majusi

47.

- Agama Samawi yang asalnya di bawa oleh Nabi Musa

- Banyak memfitnah para nabi

- Penganutnya datang dari Palestin ke Negara Arab.

Kenyataan berikut , merujuk kepada agama....

a)

Agama Nasrani

b)

Agama Hanif

c)

Agama Yahudi

d)

Majusi

48.

Peristiwa hijrah berlaku pada tahun____ kerasulan.

a)

10

b)

11

c)

12

d)

13

49.

Semenanjung Arab terletak di antara empat kuasa besar dunia pada ketika itu, iaitu Rom, Parsi, Greek dan _____.

a)

Mesir

b)

Syam

c)

India

d)

Andalus

50.

Semasa berhijrah, Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ra berada 3 hari di ____.

a)

Gua Thur

b)

Gua Hira'

c)

Jabal Musa

d)

Yathrib

51.

- Keturunan bangsawan Quraisy

- Wanita pertama memeluk agama Islam.

Kenyataan di atas merujuk kepada _____.

a)

Aishah ra

b)

Fatimah Az Zahra ra

c)

Khadijah ra

d)

Sumayyah ra

52.

Saidatina Aishah ra telah meriwayatkan ____ hadis Rasulullah saw dalam pelbagai bidang.

a)

2210

b)

2220

c)

2230

d)

2240

53.

Kota Mekah telah berjaya dibuka oleh junjung nabi Muhammad SAW pada tahun ____ hijrah.

a)

ketujuh

b)

kelapan

c)

kesembilan

d)

kesepuluh

54.

Dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah, Nabi Muhammad SAW telah bergerak menuju ke kota Mekah bersama tentera Islam seramai____orang.

a)

1000

b)

5000

c)

10 000

d)

15 000

55.

Pihak Musyrikin Mekah telah melanggar isi perjanjian _____ iaitu larangan berperang selama 10 tahun

a)

Bai'ah Ridwan

b)

Aqabah

c)

Piagam Madinah

d)

Hudaibiyah

56.

Siapakah yang telah di gelar dengan gelaran Abu Turab?

a)

Abu Bakar As Siddiq

b)

Umar Al Khattab

c)

Uthman ibni Affan

d)

Ali ibni Abi Talib

57.

Saidina _____telah meninggal dunia kerana di bunuh oleh Abdul Rahman Muljam.

a)

Abu Bakar As Siddiq

b)

Umar al Khattab

c)

Uthman ibni Affan

d)

Ali ibni Abi Talib

58.

Saidina _____ telah dikebumikan di tanah perkuburan Baqi, Madinah.

a)

Abu Bakar al Siddiq

b)

Umar al Khattab

c)

Uthman Ibni Affan

d)

Ali ibni Abi Talib

59.

- pusat pemerintahan terletak di Damsyik, Syria

- kerajaan ini diasaskan oleh Muawiyah bin Abi Sufian

Kenyataan di atas merujuk kepada kerajaan..

a)

Khulafa' Al Rasyidin

b)

Kerajaan Abasiyah

c)

Kerajaan Umaiyah

d)

Kerajaan Uthmaniah

60.

Berikut adalah Khalifah Kerajaan Umayyah yang terkenal kecuali

a)

Muawiyah bin Abi Sufian

b)

Abdul Malik bin Marwan

c)

Al Walid bin Abdul Malik

d)

Al Ma'mun bin Harun al Rasyid

61.

Khalid al Walid telah diberi gelaran ____

a)

Al Faruq

b)

Al Siddiq

c)

Saifullah

d)

Asadullah

62.

Rasulullah saw melakukan tugas dakwah secara _____hampir 3 tahun.

a)

terbuka

b)

terbuka kepada kaum kerabat

c)

sulit

63.

Saidatina Sumayyah ra wafat akibat diseksa oleh ____.

a)

Abu lahab

b)

Abu lu'luah

c)

Abu Huzaifah al Makhzumi

d)

Abu Jahal

64.

Apakah maksud al Thahirah (الطاهرة) yang diberikan kepada Saidatina Khadijah.

a)

Mempunyai maruah yang baik

b)

Putih berseri-seri

c)

Putih kemerah-merahan

d)

Suci maruah diri

65.

Kita dituntut untuk membaca ____ketika melihat masjid.

a)

Al fatihah

b)

Doa

c)

Selawat

d)

Istighfar

66.

Antara yang berikut yang manakah punca seseorang anak menderhaka kepada ibu bapa?

a)

Sentiasa bertolak ansur dengan ahli keluarga yang lain

b)

Kurangnya penghayatan agama dalam kehidupan seharian

c)

Ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka

d)

Menghormati ibu bapa demi menjaga hati mereka

67.

" Bermusafir untuk menghubungkan silaturrahim"

Nyatakan hukum bermusafir bagi Kenyataan di atas.

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Afdal

68.

Menunjukkan muka yang manis di hadapan ibu bapa dan keluarga adalah cara beradab dari aspek_____.

a)

Tingkah laku

b)

Hati

c)

Percakapan

69.

اللّٰهُمَّ افْتَحْ لِي أبْوَابَ رَحْمَتِكَ

Doa berikut sunat dibaca ketika ____.

a)

Keluar masjid

b)

Berada di dalam masjid

c)

Masuk ke dalam masjid

d)

Melihat masjid untuk pahala ibadah

70.

Contoh bersyukur dengan Hati ialah_____.

a)

Solat

b)

Bersedekah dan mengeluarkan zakat

c)

Ingat Allah

d)

Membantu rakan-rakannya dalam pelajaran

71.
Apakah KESALAHAN yang dilakukan oleh wanita tersebut?
a)
Memakai pakaian ketat
b)
Tidak menutup aurat
c)
berpakaian jarang
d)
Pakaian menyerupai agama lain
72.

Berikut adalah kategori jiran dalam Islam kecuali

a)

Bukan Islam

b)

Muslim dan kerabat

c)

Muslim Mukim

d)

Muslim yang bukan kerabat

73.
Apakah KESALAHAN TINGKAH LAKU yang berlaku dalam gambar tersebut?
a)
Tiada belas kasihan terhadap binatang
b)
Tidak menghormati orang tua
c)
Tidak memelihara alam sekitar
d)
Tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
74.

Antara cara mendapatkan makanan halal dan baik termasuklah melihat kandungan _________ dan logo halal yang dia tertulis di bungkusan.

a)

makanan

b)

bahan

c)

seimbang

75.

Pilih kenyataan yang benar akibat pengambilan makanan yang haram

a)

Sentiasa berada dalam keluh kesah

b)

hidup dalam keadaan tenang

c)

Doa mustajab

d)

mudah memahami ilmu yang dipelajari

e)

Tidak mendapat kemanisan beribadah

76.

Antara kepentingan sifat malu ialah

a)

Sifat malu seseorang menyerlahkan kecantikan akhlak dan kemuliaan insan

b)

Menambahkan kekayaan

c)

Untuk mendapat pujian

d)

Sifat malu seseorang menyerlahkan kecantikan diri

77.

- menjaga ketenteraman masjid

- berzikir membaca al-quran dan berselawat

Pernyataan di atas merujuk kepada adab

a)

Masuk masjid

b)

Keluar dari masjid

c)

Menghadap masjid

d)

Berada dalam masjid

78.

Maksud ayat :

حَلٰلاً طَيِّبًا

a)

Yang halal

b)

Yang Halal dan bersih

c)

Yang halal lagi baik

d)

Yang baik

79.

اللّٰهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجزِ والكَسَلِ والجُبنِ والهَرَم

Jelaskan maksud perkataan yang bergaris.

a)

Pengecut

b)

Malas

c)

Lemah

d)

Takut

80.

Nyatakan batas aurat seorang perempuan ketika bersama dengan wanita bukan Islam.

a)

Daripada pusat sehingga lutut

b)

Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan

c)

Seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika bekerja

81.

Seseorang yang melakukan dosa dituntut untuk segera ____.

a)

Bersedekah

b)

Berwuduk

c)

Bertakwa

d)

Bertaubat

82.

(وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِی نَفۡسِكَ تَضَرُّعࣰا وَخِیفَةࣰ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِینَ)

[Surah Al-A'raf 205]

Pilih penyataan yang betul perintah Allah kepada manusia seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas.

a)

Melaksanakan perintah solat dengan sempurna

b)

Menjaga hubungan baik sesama manusia

c)

Memperbanyakkan amalan sunat

d)

Memperbanyakkan amalan zikir kepada Allah

83.

Apakah hukum melaksanakan Sujud Tilawah apabila mendengar atau membaca ayat-ayat al-quran yang mempunyai tanda (۩)?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Sunat Muakkad

d)

Harus

84.

____ ialah sejenis penyakit yang mengganggu kewarasan fikiran yang menyebabkan seseorang berkelakuan seperti kanak-kanak.

a)

Sakit jiwa

b)

Gila

c)

Nyanyuk

d)

Lemah

85.

Apakah yang dimaksudkan dengan mudghah?

a)

Percampuran air mani

b)

Segumpal darah

c)

Seketul daging

d)

Roh

86.

____maknanya daripada Allah dan lafaznya daripada Rasulullah SAW.

a)

Hadis

b)

Hadis Nabawi

c)

Hadis Qudsi

d)

al Quran

87.

Orang yang menyampaikan hadis dikenali sebagai ________.

a)

Matan

b)

Sanad

c)

Perawi

88.

مَنْ رَأَى مِنكُم مُنكَرًا فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ

Jelaskan maksud hadis yang bergaris.

a)

Hendaklah mengubah dengan hatinya

b)

Hendaklah mengubah dengan lidahnya

c)

Hendaklah mengubah dengan tangannya

d)

Hendaklah mengubah dengan lidah dan tangannya

89.
  رِزْقًا لَكُمْ 
Nyatakan hukum Nun Mati & tanwin pada ayat di atas.
a)
Idgham Bila Ghunnah
b)
Ikhfa' Hakiki
c)
Iqlab
d)
Idgham Maa Ghunnah
90.
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا
Nyatakan hukum Nun Mati & tanwin pada ayat di atas.
a)
Izhar Halqi
b)
Ikhfa' Hakiki
c)
Idgham Maal Ghunnah
d)
Idgham Bila Ghunnah
91.

Basmalah sunat dibaca pada setiap awal surah kecuali surah ________.

a)

Al fatihah

b)

Al tawbah

c)

Al baqarah

d)

Al takathur

92.

____ ialah huruf mad bertemu dengan huruf Hamzah dalam satu kalimah.

a)

Mad Wajib Muttasil

b)

Mad Jaiz Munfasil

c)

Mad Lin

d)

Mad 'Iwadh

93.
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Nyatakan hukum Nun Mati & tanwin pada ayat di atas.
a)
Izhar Halqi
b)
Ikhfa' Hakiki
c)
Idgham Maal Ghunnah
d)
Idgham Bila Ghunnah
94.

( وَٱلزَّیۡتُونِ)

Nyatakan hukum tajwid bagi ayat di atas?

a)

ال شمسية

b)

ال قمرية

95.

(سَلَـٰمٌ هِیَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ)

Nyatakan hukum tajwid bagi ayat di atas?

a)

ال شمسية

b)

ال قمرية

96.

لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ وَلَیۡسَ ٱلۡبِرُّ

Nyatakan hukum tajwid pada ayat yang bergaris di atas.

a)

Qalqalah sughra

b)

Qalqalah kubra

c)

Qalqalah akbar

97.

وَوَجَدَكَ ضَاۤلࣰّا فَهَدَىٰ

Nyatakan hukum tajwid pada ayat yang bergaris di atas.

a)

Mad lazim kalimi muthaqqal

b)

Mad lazim kalimi mukhaffaf

c)

Mad lazim harfi muthaqqal

d)

Mad lazim harfi mukhaffaf

98.

لَهُمْ مَّثَلَ

Nyatakan hukum tajwid pada ayat di atas.

a)

Idgham mislain

b)

Ikhfak syafawi

c)

Izhar syafawi

99.

وَهُمْ بَدَءُوكُم

Nyatakan hukum tajwid pada ayat di atas.

a)

Idgham mislain

b)

Ikhfak syafawi

c)

Izhar syafawi

100.

Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah bergaris di bawah :

كَیۡفَ یَشَاۤءُۚ

a)

Mad Jaiz Munfasil

b)

Mad Wajib Muttasil

c)

Mad Silah Tawilah

d)

Mad Arid lissukun