wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian sejarah bulanan tingkatan 2( Bab1-2 )

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Alam Melayu ialah sistem beraja yang terbahagi kepada dua iaitu

a)

pusat dan wilayah

b)

negeri dan kawasan

c)

pusat dan negeri

d)

wilayah dan kawasan

2.

Kedatuan iaitu datu berketurunan raja dan Pradatuan iaitu datu bukan berketurunan raja merujuk kepada pentadbir dalam kerajaan

a)

Champa

b)

Srivijaya

c)

Funan

d)

Kedah Tua

3.

Dalam kerajaan Majapahit, Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan merujuk kepada

a)

kota besar, pekan dan daerah

b)

mukim, daerah dan kampung

c)

daerah, daerah kecil dan kampung

d)

kota, mukim dan daerah

4.

Funan dan Angkor berkongsi sumber air yang sama untuk mengairi kawasan sawah padi iaitu

a)

Sungai Bengawan Solo

b)

Sungai Mekong

c)

Sungai Brantas

d)

Sungai Chao Praya

5.

Rempah ratus banyak terdapat di Alam Melayu. Pilih padanan yang BETUL.

a)

Buah pala di Pulau Bentan

b)

Bunga cengkih di Kepulauan Maluku

c)

Lada hitam di Pulau Borneo

d)

Kulit kayu manis di di Pulau Jawa

6.

Di pelabuhan kerajaan Srivijaya, terdapat jawatan Tuhan Vatakvurah yang berperanan sebagai

a)

pengurus besar di pelabuhan

b)

pemungut cukai daripada pedagang luar

c)

penjaga keamanan dan keselamatan

d)

penyelia kegiatan perdagangan dan perkapalan

7.

Hasil laut yang ditunjukkan dalam gambar mendapat permintaan tinggi daripada pedagang luar untuk dijadikan

a)

makanan dan perhiasan

b)

bahan makanan dan perubatan

c)

bahan binaan dan kraftangan

d)

bahan pewangi dan hiasan

8.

Apakah gelaran yang digunakan oleh Raja Funan?

a)

Dewaraja

b)

Yuwaraja

c)

Bodhisattva

d)

Kurung Bnam

9.

Kerajaan ini meletakkan peranan wanita sebagai penasihat dalam pemerintahannya. Kerajaan Alam Melayu yang manakah boleh dikaitkan dengan penyataan ini?

a)

Srivijaya

b)

Majapahit

c)

Funan

d)

Champa

10.

Penduduk Majapahit menghasilkan garam, gula, pembungkusan daging kerbau dan mi daripada beras.

Apakah nilai yang dikaitkan dengan penyataan di atas?

a)

Menghargai alam sekitar

b)

Kreatif dalam penciptaan

c)

Tabah menghadapi cabaran

d)

Bertoleransi dalam kehidupan

11.

Gambar di atas ialah baray iaitu binaan manusia untuk tujuan pengairan kawasan penanaman padi.

Apakah baray?

a)

tasik besar

b)

kolam simpanan air

c)

empangan

d)

sungai buatan

12.

Kerajaan Alam Melayu berkembang maju dalam bidang perdagangan kerana kedudukan geografinya iaitu

a)

di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat

b)

kemudahan di pelabuhan

c)

cukai yang rendah

d)

keselamatan daripada lanun

13.

Dimanakah pusat kerajaan Gangga Negara?

a)

Sungai Mas

b)

Pangkalan

c)

Indraputra

d)

Palembang

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan kerajaan Majapahit.


"Majlis X - Saptu Prabu membantu raja yang terdiri daripada kerabat diraja."


Apakah Majlis X?

a)

Putera Mahkota

b)

Putera-putera Raja

c)

Raja-raja Majapahit

d)

Majlis Penasihat Diraja

15.

Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Kerajaan Alam Melayu adalah......

a)

Sistem Monarki

b)

Sistem Demokrasi

c)

Sistem Beraja

d)

Sistem Mutlak

16.

Raja-raja Champa menggunakan gelaran Rajadhiraja dan diiktiraf sebagai pemerintahan yang mulia dan suci serta dapat dikaitkan dengan......

a)

Kurung Bnam

b)

Dewa Siva

c)

Bodhisattiva

d)

Cakravatin

17.

Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang mengaitkan tentang apa?

a)

Raja sebagai kuasa besar

b)

Raja sebagai kuasa agama

c)

Raja sebagai dewa

d)

Raja sebagai golongan terhormat

18.

Kerajaan manakah yang melibatkan Permaisuri dalam sistem pemerintahan?

a)

Kedah Tua

b)

Angkor

c)

Gangga Nagara

d)

Majapahit

19.

Kerajaan Kedah Tua mempunyai bentuk pentadbiran yang mudah dengan adanya seorang.....

a)

Raja

b)

Sultan

c)

Maharaja

d)

Ketua

20.

Siapakah golongan Sapta Prabu dalam kerajaan Majapahit

a)

Majlis Penasihat Diraja

b)

Majlis Anggota

c)

Majlis Parlimen

d)

Majlis Keamatan

21.

Apakah yang telah dibina oleh kerajaan Angkor untuk menyimpan air?

a)

Barai

b)

Barey

c)

Barei

d)

Baray

22.

Sungai manakah yang membekalkan pengairan sawah padi bagi kerajaan Majapahit?

a)

Sungai Bengawan Solo

b)

Sungai Brantas

c)

Sungai Solo Bengawan

d)

Sungai Berantas

23.

Di pelabuhan Kerajaan Srivijaya, jawatan apa yang berperanan sebagai penyelia kegiatan perdagangan dan perkapalan?

a)

Cakravatin

b)

Tuhan Suryavarman

c)

Pradatuan

d)

Tuhan Vatakvurah

24.

Apakah pelabuhan bagi kerajaan Funan?

a)

Palembang

b)

Oc Eo

c)

Sri Banoy

d)

Yasodharapura

25.

(Penduduk Majapahit menghasilkan garam, gula, pembungkusan, daging kerbau dan mi daripada beras)


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai yang dpat dikaitkan dengan masyarakat Alam Melayu?

a)

Menghargai Alam Sekitar

b)

Kreaktif dalam penciptaan

c)

Tabah menghadapi cabaran

d)

Bertoleransi dalam kehidupan

26.

Kerajaan Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah.

Siapakah yang dilantik untuk mengetuai wilayah-wilayah tersebut?

a)

Putera raja

b)

Pembesar pusat

c)

Golongan agama

d)

Golongan tentera

27.

Yuvaraja telah dilantik sebagai pembantu raja dalam kerajaan Srivijaya.

Apakah maksud Yuvaraja?

a)

Raja Kecil

b)

Raja Muda

c)

Putera sulong

d)

Putera Mahkota

28.

Maklumat di atas berkaitan dengan gelaran raja di kerajaan Alam Melayu.

Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran tersebut?

a)

Kerajaan Angkor

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Gangga Nagara

29.

Mengapakah raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci?

a)

Dikaitkan dengan Dewa Siva

b)

Dibantu oleh golongan agama

c)

Dilantik mengetuai pentadbiran

d)

Dianggap sebagai ketua kerajaan

30.

Maklumat di atas berkaitan dengan pentadbiran wilayah kerajaan Srivijaya. Siapakah pentadbir X?

a)

Pradatuan

b)

Pakuwuan

c)

Kabupaten

d)

Kebuyutan

31.

Apakah X?

a)

Pembesar

b)

Permaisuri

c)

Ketua bandar

d)

Kerabat diraja

32.

Antara berikut, yang manakah tugas ketua kerajaan bagi Kerajaan Kedah Tua?

I Mengawal keamanan

II Menjaga keselamatan

III Memajukan perdagangan

IV Menguruskan keagamaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Apakah tugas Ketua Air dalam kerajaan Champa?

a)

Menjaga perairan negara

b)

Membekalkan bekalan air

c)

Membina sistem perparitan

d)

Menyelenggarakan terusan

34.

Kerajaan Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan.

Apakah kesan pembinaan sistem pengairan tersebut?

a)

Melicinkan kegiatan menternak binatang

b)

Memudahkan kemasukan pedagang luar

c)

Meningkatkan pengeluaran padi sawah

d)

Mengatasi masalah banjir

35.

Apakah kegunaan gaharu oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Bahan pewangi

b)

Bahan makanan

c)

Produk kesihatan

d)

Barang perhiasan

36.

"Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina"


Kenyataan di atas daripada siapa

a)

Alfred Russel Wallace

b)

Profesor Dr. Ding Choo Ming

c)

Abdul Hadi Haji Hassan

37.

Siapakah tokoh yang menyatakan hal berikut:


"Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan"

a)

Nik Hassan Suhaimi

b)

Alfred Russel

c)

Abdul Hadi Haji Hassan (Triple H)

d)

Ding Choo Ming

38.

Apakah faktor yang menyebabkan bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sejak awal Masihi?

a)

Tiada bahasa lain di dunia

b)

Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi semua kerajaan

c)

Sifat orang melayu yang suka berlayar

d)

Bahasa melayu bahasa yang pertama di dunia

39.

Namakan pengasas kerajaan Funan?

a)

Fan Shih-Man

b)

Rudravarman

c)

Kaundinya

d)

Suryavarman II

40.

Namakan pengasas termasyur kerajaan Srivijaya?

a)

Jayavarman VI

b)

Suryavarman II

c)

Sangramadhananjaya

d)

I-Tsing

41.

Apakah salah satu kejayaan Jayavarman VII semasa memerintah kerajaan Angkor?

a)

Membina Angkor Wat

b)

Membina Hospital

c)

Membina Pintu Gerbang

d)

Membina Kapal Perang

42.

Kerajaan Gangga Nagara telah ditubuhkan oleh seorang Raja yang bernama Raja Ganji Sarjuna. Namun, ada pendapat lain yang menyatakan terdapat Raja lain yang membuka Gangga Nagara. Siapakah Raja lain tersebut?

a)

Rajakumara

b)

Raja Khmer

c)

Raja Sapta Prabu

d)

Raja Mongol

43.

Namakan kerajaan LUAR yang sezaman dengan kerajaan Funan?

a)

Dinasti Tang

b)

Empayar Byzantine

c)

Empayar Turki Uthmaniyah

d)

Empayar Rom

44.

Berikut merupakan 3 agama utama di Kerajaan Alam Melayu KECUALI

a)

Kristian

b)

Islam

c)

Buddha

d)

Hindu

45.

Antara berikut, cara kedatangan agama Hindu yang paling tepat ialah melalui...

a)

Pendakwah

b)

Pemimpin

c)

Golongan Brahmin

d)

Hamba

46.

Apakah tujuan kerajaan Kedah Tua mengadakan hubungan diplomatik dengan CHINA?

a)

Memperkukuh hubungan perdagangan

b)

Meminta bantuan ketenteraan

c)

Mendapat pengiktirafan

d)

Meminta bantuan keagamaan

47.

Alam Melayu juga dikenali dengan istilah iaitu....

a)

Kepulanan Melayu

b)

Pentas Sunda

c)

Dunia Melayu

d)

Papa New Guinea

48.

Penduduk Alam Melayu mempunyai ikatan Keserumpunan.

Berdasarkan penyataan di atas apakah aspek keseumpunan tersebut?

a)

Agama

b)

Bahasa

c)

Budaya

d)

Ekonomi

49.

Namakan kerajaan LUAR yang sezaman dengan kerajaan Funan?

a)

Dinasti Tang

b)

Empayar Byzantine

c)

Empayar Turki Uthmaniyah

d)

Empayar Rom

50.

Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di Bahagian

a)

Timur benua Asia

b)

Barat benua Afrika

c)

Tenggara benua Asia

d)

Selatan benua Eropah

51.

Dimanakah Candi tersebut berada

a)

Kedah Tua

b)

Gangga Nagara

c)

Majapahit

d)

Funan

52.

Apakah pusat kerajaan Angkor?

a)

Indrapura

b)

Vyadhapura

c)

Hariharalaya

d)

Kota Trowulan

53.

Apakah kerajaan yang terawal sekali muncul di Alam Melayu?

a)

Kerajaan Kedah Tua

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Angkor

d)

Kerajaan Funan

54.

Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap kerajaan Champa?


Chu-Lien

a)

Menamatkan pengaruh China

b)

Menghalang seranagan Chola

c)

Menguasai Teluk Camranh

d)

Menewaskan Dai Viet

55.

Istilah berikut berkaitan dengan pengasasan kerajaan Kedah Tua.


Kalah-bar


Istilah tersebut digunakan oleh pedagang.....

a)

Arab

b)

India

c)

China

d)

Parsi

56.

Rajah di bawah menunjukkan hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar yang sezaman dengannya. Apakah X?

a)

Hubungan diplomatik

b)

Hubungan kekeluargaan

c)

Hubungan kekitaan

d)

Hubungan persaudaraan

57.

Bagaimanakah agama Hindu disebarkan di Alam Melayu?

a)

Peranan pedagang

b)

Peranan Brahmin

c)

Peranan pemerintah

d)

Peranan sami-sami

58.

Mengapakah pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain?

a)

Kedudukan strategik di laluan perdagangan

b)

Kekayaan hasil bumi

c)

Mempunyai kekuatan ketenteraan

d)

Mempunyai golongan agama yang hebat

59.

Bagaimanakah agama Buddha disebarkan ke Alam Melayu?

a)

Peranan Asoka

b)

Peranan pedagang

c)

Peranan golongan Brahmin

d)

Peranan pendakwah

60.

Rajah berikut berkaitan dengan kwujudan kerajaan di Alam Melayu. Apakah proses X?

a)

Kerajaan

b)

Daerah

c)

Pekan

d)

Kampung