Font size
WorksheetsC05 RESIDENTIAL BUILDING BRICKWORK
Total questions: 40
Worksheet time: 2hrs 0mins
Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak?
Perjanjian kerja-kerja pembinaan.
Perjanjian pelanggan dan konsultan.
Perjanjian pemilik projek dan kontraktor.
Perjanjian dikuatkuasakan undang-undang
Berikut merupakan isi kandungan Dokumen Kontrak KECUALI:
Tempoh Masa.
Borang Kontrak.
Jadual Kadar Harga.
Lukisan Mekanikal dan Elektrikal
Apakah maksud Surat Setuju Terima?
Kuantiti kerja untuk menyelesaikan kontrak.
Perihal kerja yang dilakukan oleh kontraktor.
Dokumen rasmi penerimaan kontrak oleh kontraktor.
Kadar untuk kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor.
Bagaimanakah proses penyediaan pelan bangunan daripada perspektif klien bermula?
Klien mestilah memberi idea selepas pelan bangunan dilulus oleh pihak berkuasa.
Klien mestilah memberi idea sebelum pelan bangunan dilulus oleh pihak berkuasa.
Klien tidak perlu mengetahui perkembangan pelan bangunan sehingga dilulus oleh pihak berkuasa.
Klien tidak perlu mengetahui perkembangan pelan bangunan sehingga pelantikan kontraktor berlaku.
Merujuk pada Rajah 1, apakah kegunaan Lukisan Arkitek terhadap klien?
Untuk membolehkan kontraktor membuat kerja tetulang.
Untuk membolehkan sub-kontraktor elektrikal membuat bangunan.
Untuk menyampaikan idea kepada klien tentang kebaikan rekabentuk.
Untuk menyampaikan idea kepada kontraktor tentang kebaikan rekabentuk.
Berapakah saiz piawai fizikal sebiji bata?
205 mm x 102.5 mm x 65 mm
215 mm x 105.5 mm x 65 mm
215 mm x 102.5 mm x 65 mm
215 mm x 105.5 mm x 65 mm
Nyatakan yang manakah BUKAN kenyataan yang betul mengenai bata simen.
Campuran simen dan batu baur halus dibancuh separuh kering.
Diperbuat daripada bancuhan 1 sukatan simen dan 6 - 8 sukatan batu baur kasar.
Bata simen yang telah ditekan dikeringkan secara semula jadi selama empat belas hari.
Bancuhan separuh kering simen dan batu baur dimasukkan ke dalam acuan dan diberi tekanan.
Nyatakan ciri-ciri bata bata yang baik untuk kegunaan pembinaan bangunan.
Permukaan bata tidak retak
Kadar resapan air melebihi 1/6 isipadu bata
Saiz bata mestilah lebih kurang sama dan seragam
Bentuknya hendaklah bersegi tepat dan permukaannya lurus dan rata.
Senaraikan jenis bata tanah liat yang kerap digunakan dalam industri pembinaan.
Bata biasa
Bata muka
Bata simen
Bata kejuruteraan
Apakah fungsi mortar dalam kerja bata?
Untuk kegunaan kerja mengkonkrit
Untuk menstabilkan binaan dinding konkrit
Untuk mengikat bata-bata dalam ikatan bata
Untuk mengukuhkah binaan sesuatu struktur
Antara berikut, yang manakah perkara yang perlu diambilkira semasa membina tembok bata?
Kekuatan
Ketegakan
Keteguhan
Ketahanan
Mengapakah bata dijadikan pilihan untuk membina tembok bangunan?
Sifatnya yang hollow.
Sifatnya yang ringan.
Saiznya yang tidak boleh diubah mengikut lukisan binaan.
Saiznya yang boleh disesuaikan dalam sebarang keadaan.
Apakah perkara yang paling penting yang perlu diambil perhatian semasa pembinaan tembok bata bermula sehinggalah siap?
Lokasi kerja bata.
Kekuatan tembok bata.
Ukuran dimensi kerja bata.
Keteguhan tembok bata menampung beban.
Apakah nama alat yang sering digunakan untuk memastikan kepersegian tembok bata?
Plumbab.
Sudip Bata.
Alat Aras Spirit.
Sesiku Pemidang.
Antara berikut, yang manakah BUKAN peralatan untuk menguji kerja bata?
Laser.
Sesiku L.
Pita Ukur.
Alat Aras Spirit.
Namakan alat yang mempunyai fungsi yang sama dengan alat plumbob dalam kerja bata?
Plumbab
Sudip Bata.
Alat Aras Spirit.
Sesiku Pemidang.
Nyatakan sifat bata muka yang digunakan dalam kerja bata.
Permukaan seragam
Kemasan bertekstur, licin atau berpasir
Berwarna sekata atau panca warna dan kemasan menarik
Diperbuat daripada tanah liat yang mengandungi ferum oksida
Nyatakan yang manakah BUKAN fungsi air dalam bancuhan mortar untuk kerja bata?
Air adalah agen tindakbalas kimia dalam simen
Memperlambatkan kadar pemejalan awal simen
Memberikan kesenangan kerja pada bancuhan mortar simen.
Menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu baur diliputi dengan rapat.
Rajah 2 menunjukkan salah satu daripada jenis tetulang yang digunakan dalam kerja bata. Namakan tetulang tersebut.
Jejaring Briktor
Jejaring Exmet
Jejaring Brikmet
Jejaring Exbrikmet
Pilih kenyatan yang BETUL berkaitan dengan ciri bahan lapisan kalis lembap yang digunakan dalam kerja bata.
Tahan lama
Mestilah kalis air
Mudah bergerak atau mendap
Berupaya menanggung beban yang dikenakan
Apakah yang dimaksudkan dengan “Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat” dalam prinsip ikatan bata.
Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.
Merujuk kepada kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina
Merujuk kepada sambungan tegak yang berterusan iaitu tidak berlekap,
Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik dipermukaan mahupun di dalam tembok.
Rajah 3 menunjukkan salah satu daripada langkah kerja yang dilakukan dalam kerja menerap bata. Namakan langkah kerja tersebut.
Menguji jajaran tembok bata.
Menguji kerataan tembok bata.
Menguji kepugakan tembok bata.
Menguji kecondongan tembok bata.
Nyatakan ukuran tebal sambungan ikatan bata yang kerap diamalkan dalam kerja menerap bata.
10 mm hingga 21 mm
10 mm hingga 12 mm
12 mm hingga 25 mm
12 mm hingga 20 mm
Namakan langkah kerja yang dilakukan dalam Rajah 4.
Meletak bata
Melekap mortar
Menyebar mortar
Mengemas sambungan mortar
Namakan bahan aksesori bertanda A yang digunakan dalam kerja bata seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 5 ?
Bar besi
Bar lekat
Bar lekap
Bar jejaring
Nyatakan definisi untuk sisa pembinaan?
Merupakan bahan yang boleh dikitar semula
Merupakan bahan yang berkepadatan rendah dan memerlukan ruang simpanan yang kecil.
Merupakan bahan yang tidak diingini dihasilkan secara langsung atau tidak langsung oleh industri pembinaan.
Merupakan bahan yang diingini dihasilkan secara langsung atau tidak langsung oleh industri pembinaan
Apakah tugas Juru Ukur Bahan yang berada di tapak bina?
Menyelia kerja-kerja pembinaan
Memeriksa dan merekod hasil permeriksaan ke atas aktiviti pembinaan.
Merekodkan segala bentuk penggunaan bahan dan jumlah penghantaran bahan
Merekod dan memastikan segala aktiviti pembinaan berjalan mengikut jadual perancangan
Apakah antara punca utama pembaziran sisa bahan dalam kerja pembinaan bangunan?
Pembelian bahan binaan yang mengikut keperluan
Pembelian bahan binaan yang mengikut spesifikasi
Kelemahan pengawalan dan pengurusan bahan binaan
Kecekapan pengawalan dan pengurusan bahan binaan
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan fizikal?
Bahan buangan yang perlu dibakar di tapak bina
Aktiviti-aktiviti pembinaan yang membazir masa serta kos
Sisa pembinaan adalah bahan yang diingini dihasilkan secara langsung atau tidak langsung oleh industri pembinaan.
Sisa hasil kerja-kerja pembinaan, penggalian, perobohan, pengubahsuaian dan aktiviti-aktiviti pembinaan yang berkaitan.
Pemeriksaan kerja bata amat penting bagi menjaga kualiti kerja seterusnya memastikan kejayaan keseluruhan projek secara berperingkat. Apakah aktiviti pemeriksaan kerja bata yang dilakukan pada peringkat semasa pembinaan?
Mengemas ikatan bata.
Menjajar dan menerap bata.
Menempah bahan-bahan untuk kerja bata.
Melaras kedudukan bata menggunakan alat aras spirit.
Siapakah yang perlu mengeluarkan permohonan untuk pemeriksaan (RFI) kepada pihak berkuasa?
Kontraktor
Sub-kontraktor.
Arkitek Berdaftar.
Pegawai Pengusaha.
Apakah tindakan yang dikenakan sekiranya notis gagal diberi kepada pihak
berkuasa sebelum memulakan pemeriksaan terhadap kerja bata?
Penamatan kontrak antara kontraktor dan klien.
Kontrak antara kontraktor dan klien tidak akan ditamatkan.
Memberi hak kepada Kontraktor untuk perlanjutan tempoh pembinaan.
Tidak diberi hak kepada Kontraktor untuk perlanjutan tempoh pembinaan.
Apakah tujuan pemeriksaan kerja bata dilakukan?
Untuk menjaga kualiti kerja bata.
Untuk memastikan kerja yang kemas.
Untuk memastikan kerataan dinding bangunan.
Untuk menjaga kebersihan kawasan kerja bata.
Berapakah peringkat untuk melakukan pemeriksaan kerja bata?
2 peringkat.
3 peringkat.
4 peringkat.
5 peringkat.
Antara berikut yang manakah bukan borang-borang yang digunakan dalam pemeriksaan kerja bata?
Site Diary.
Site memorandum.
Request for Inspection (RFI).
Borang Pemeriksaan Bahan.
Sekiranya pihak kontraktor mendapat memo pembaikan mengenai hasil kerja bata yang tidak menepati kriteria, apakah tindakan yang kontraktor perlu buat?
Kontraktor perlu membuat kerja kemasan terhadap dinding bata.
Kontraktor perlu membuat kerja pembaikan mengikut arahan dalam memo.
Kontraktor perlu memohon peruntukkan daripada klien untuk membuat kerja pembaikan.
Kontraktor perlu menunggu peruntukkan daripada klien sambil melakukan kerja kemasan dinding bata.
Mengapakah kontraktor perlu mengisi borang sistem pengurusan kualiti bagi kerja bata?
Untuk memastikan kerja bata dibuat mengikut lukisan binaan dan spesifikasi.
Untuk memastikan kontraktor memohon peruntukkan daripada klien untuk membuat kerja pembaikan.
Untuk memastikan kontraktor menunggu peruntukkan daripada klien sambil melakukan kerja kemasan dinding bata.
Untuk memastikan borang Sistem Pengurusan Kualiti yang berkaitan diisi dengan betul dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Antara berikut yang manakah BUKAN tujuan pemeriksaan visual terhadap kualiti pembinaan bagi kerja bata di tapak?
Mengenalpasti masalah rekabentuk dan pembinaan di tapak.
Mengenalpasti jenis ikatan bata mengikut lukisan binaan dan spesifikasi.
Mengenalpasti percanggahan pembinaan yang melibatkan semua disiplin teknikal.
Mengenalpasti kesilapan dan kecacatan pembinaan yang berlaku di tapak dan memberi penerangan yang sewajarnya.
Berikut merupakan jenis bahan tambah yang boleh diperolehi di pasaran untuk dicampurkan dalam bancuhan mortar simen untuk tujuan khas KECUALI:
Bahan penaik
Pemudah adun
Bahan pencepat
Bahan pelambat
''Ini bertujuan mengenalpasti kesilapan dan kecacatan pembinaan yang berlaku di tapak dan memberi penerangan yang sewajarnya dalam kerja bata. Ini termasuklah mengenalpasti masalah rekabentuk dan pembinaan di tapak.'' Pernyataan tersebut adalah merujuk kepada:
Pemeriksaan Visual
Arahan Pembetulan Kerja
Penambahbaikan Kerja
Keperluan Kawal Selia
