WorksheetsSMKTP - Kuiz Maulidur Rasul Tahun 2020
Total questions: 35
Worksheet time: 12mins
Apakah nama penuh Rasulullah saw?
Muhammad Bin Abdul Mutalib
Muhammad Bin Abdillah
Muhammad Bin Hashim
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim
Bilakah tarikh Nabi Muhammad dilahirkan?
11 Rabiul Awal Tahun Gajah
12 Rabiul Awal Tahun Gajah
11 Rabiul Akhir Tahun Gajah
12 Rabiul Akhir Tahun Gajah
Siapakah nama Ibu nabi?
Aminah binti Wahab
Halimatussa'diah
Thuwaibatul Aslamiah
Ummu Aiman
Siapakah nama bapa nabi?
Abi Talib bin Abdullah
Abdul Muthalib bin Hashim
Abdullah bin Abdul Muthalib
Abdullah bin Hashim
Siapakah nama ibu susuan nabi?
Aminah/Ummu Aiman
Syaima'/Ummu Aiman
Halimatussa'diah/Aminah
Halimatussa'diah/Thuwaibatul Aslamiah
Siapakah nama pengasuh nabi?
Syaima'/Ummu Aiman
Aminah/Syaima'
Aminah/Ummu Aiman
Halimatussa'diah/Thuwaibatul Aslamiah
Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
ketika nabi berusia 2 bulan
ketika nabi berusia 3 bulan
ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya
ketika nabi berusia 3 bulan dalam kandungan ibunya
Di manakah ibu baginda saw dikebumikan?
Makkah
Madinah
Thaif
Abwa'
Ketika nabi berusia berapa tahunkah ibunya meninggal dunia?
6 tahun
7 tahun
8 tahun
9 tahun
Siapakah nama datuk nabi?
Abdul Thalib
Abdul Muthalib
Abi Thalib
Abu Thalib
Nabi tinggal bersama siapakah setelah kewafatan ibu baginda?
Bapa saudaranya Abu Thalib
Datuknya Abdul Muthalib
Ibu susuannya Halimatussa'diah
Penjaganya Ummu Aiman
Ketika nabi berumur berapa tahunkah datuknya pula meninggal dunia?
10 tahun
9 tahun
8 tahun
7 tahun
Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kewafatan datuk baginda?
Abdul Muthalib
Abdullah
Abu Jahal
Abu Thalib
Nabi pernah menjadi seorang pengembala ketika remaja. Apakah haiwan ternakan yang dibela oleh baginda saw?
Ayam
Kerbau
Unta
Kambing
Ketika berusia berapa tahunkah Nabi mula berdagang ke Syam?
25 tahun
26 tahun
27 tahun
28 tahun
Nabi pernah membawa barang dagangan Saidatina Siti Khadijah untuk berniaga di Syam dengan dibantu oleh pembantu Saidatina Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Saidatina Siti Khadijah tersebut?
Fatimah
Maisarah
Sumayyah
Suwaibah
Ketika usia baginda berapa tahunkah Nabi Muhammad saw dan Saidatina Siti Khadijah diijabkabulkan?
Nabi = 40 tahun, Khadijah = 40 tahun
Nabi = 25 tahun, Khadijah = 25 tahun
Nabi = 25 tahun, Khadijah = 40 tahun
Nabi = 40 tahun, Khadijah = 25 tahun
Siapakah nama sahabat yang menyampaikan hasrat Saidatina Siti Khadijah untuk berkahwin dengan Nabi?
Nafisah Binti Munabbih
Hawa Binti Munabbih
Aisyah Binti Munabbih
Khadijah Binti Munabbih
Siapah nama bapa saudara nabi yang meminang Saidatina Siti Khadijah?
Umar Bin Asad
Amir Bin Asad
Amru Bin Asad
Omar Bin Asad
Peristiwa perletakan Hajarul Aswad di penjuru Ka'bah berlaku ketika Nabi berusia berapa tahun?
65 tahun
55 tahun
45 tahun
35 tahun
Berapakah usia Nabi ketika diangkat menjadi Rasul?
35 tahun
40 tahun
45 tahun
50 tahun
Apakah perkataan pertama Malaikat Jibril menyuruh baginda sebut dan baca?
Tulislah
Kiralah
Bacalah
Fahamilah
Berapakah bilangan ayat dan surah apakah yang pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
6 ayat, Surah An-Naas
3 ayat, Surah Al-Ikhlas
5 ayat, Surah Al-Falaq
5 ayat, Surah Al-'Alaq
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku ketika Nabi berusia berapa tahun?
49 tahun
53 tahun
52 tahun
51 tahun
Apakah perkara pertama yang dilakukan oleh baginda setibanya di Madinah?
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Membina Pusat Perniagaan
Membina Masjid di Quba'
Menggubal Piagam Madinah
Apakah maksud Ghazwah?
Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w (25 peperangan)
Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w (28 peperangan)
Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w (25 peperangan)
Pasukan tentera Islam yang tidak dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w (28 peperangan)
Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam
Pokok terbakar
Berhala disembah
Api sembahan Agama Majusi di Rom semakin marak
Mengapakah tahun kelahiran Nabi digelar sebagai tahun gajah?
kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan tidak mahu meruntuhkan Piramid.
kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan tidak mahu meruntuhkan Kaabah.
kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah.
kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Piramid.
Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Pendeta Nasrani yang alim ketika itu, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang dengan segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang Yahudi. Persoalannya siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Raymond
Buhaira'
Abu Jahal
Abu Lahab
Berapakah orangkah anak lelaki dan anak perempuan nabi hasil perkahwinan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Saidatina Siti Khadijah?
5 perempuan 2 lelaki
3 perempuan 3 lelaki
4 perempuan 2 lelaki
2 perempuan 4 lelaki
Siapakah nama puteri bongsu Nabi Muhammad s.a.w?
Ruqayyah
Ummi Kalsom
Zainab
Fatimah
Antara yang berikut, yang manakah bukan nama isteri baginda?
Khadijah Binti Khuwailid
Umi Kalsom
Hafsah
Aisyah
Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Antara berikut yang manakah nama anak Nabi Muhammad dengan isteri Nabi yang bernama Mariah al-Qibtiyah?
Fatimah
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah
Isnin, 12 Rabiul Akhir tahun 11 Hijrah
Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 12 Hijrah
Isnin, 12 Rabiul Akhir tahun 12 Hijrah
Nabi s.a.w telah digelar al-Amin, apakah maksud gelaran al-Amin itu?
Seorang yang sopan dan berhemah
Seorang yang baik budi pekerti
Seorang yang berani dan kuat
Seorang yang jujur dan amanah
