wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Total questions: 29

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.

.لاَ شَرِيكَ لَهُ

Pengertian bagi ayat di atas ialah

a)

Sesungguhnya solatku dan ibadahku

b)

Tiadalah sekutu baginya

c)

Hidupku dan matiku

d)

Hanyalah untuk Allah

2.

Huruf Mad yang terdapat selepas huruf Ha Dhomir (ه) yang berbaris kasrah atau berbaris dhommah. Berikut adalah pengertian bagi

a)

Ikhfa' Hakiki

b)

Qalqalah

c)

Mad lin

d)

Mad silah

3.

Bagaimanakah cara bacaan bagi Mad silah Towilah

a)

4 atau 5 harkat

b)

7 harkat

c)

2 atau 3 harkat

d)

1 harkat

4.

4 bentuk kesalahan rasuah KECUALI

a)

Meminta atau menerima rasuah

b)

Menawarkan atau memberi rasuah

c)

kedudukan dan jawatan digunakan sebaiknya

d)

Mengemukakan tuntutan palsu

5.

Kesan perbuatan rasuah ialah

a)

Kehidupan bertambah senang dan kaya

b)

Kes jenayah berkurangan

c)

Melumpuhkan ekonomi negara

d)

Keyakinan diri semakin bertambah

6.

Berikut adalah dosa-dosa besar KECUALI

a)

Syirik kepada Allah

b)

Lari daripada medan peperangan

c)

Sumpah seranah

d)

Memakan harta anak yatim

7.

Kesan memakan harta anak yatim

a)

Memporakperandakan rumah tangga

b)

Menjejaskan hubungan kekeluargaan

c)

Merosakkan pahala amalan

d)

Mengakibatkan penindasan

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan الموبقات

a)

Menjatuhkan

b)

Melakukan

c)

Menyatukan

d)

Merosakkan

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan berdikari?

a)

Meyakini kemampuan diri untuk tidak melaksanakan tugasan

b)

Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain

c)

Menjadikan islam dipandang tinggi

d)

Menggunakan potensi diri seperti tubuh badan dan kecerdikan akal untuk perkara yang tidak bermanfaat

10.

Berikut adalah kelebihan berdikari KECUALI

a)

Menjadikan islam dipandang tinggi

b)

Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal

c)

Melahirkan modal insan yang berpakaran tinggi

d)

Usaha bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Muntaqim

a)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah maha mengetahui

b)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah maha pembalas

c)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah maha pemberi rezeki

d)

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah maha suci

12.

Berikut adalah kefahaman mengenai nama Allah Al-Muntaqim KECUALI

a)

Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa Ad-Dukhan

b)

Allah SWT memberikan balasan kepada golongan yang menentang agamanya

c)

Allah SWT menjawab pertanyaan orang kafir melalui FirmanNYA

d)

Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka

13.

Dalil yang manakah berkenaan dengan nama Allah الجَبَّار

a)

Surah Al-Mujadilah ayat 9

b)

Surah Al-Hasyr ayat 23

c)

Surah Al-Mujadilah ayat 17

d)

Surah Al-Hasyr ayat 11

14.

Kefahaman mengenai nama Allah الجبّار KECUALI

a)

Allah memiliki dan menguasai seluruh alam

b)

Allah memberikan kesejahteraan ke atas seluruh makhluknya

c)

Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatannya

d)

Manusia wajib bersifat merendah diri

15.

Hukum melaksanakan haji dan umrah

a)

Wajib dua kali seumur hidup bagi setiap individu yang mukallaf dan berkemampuan

b)

Sunat

c)

Wajib sekali seumur hidup bagi setiap individu yang mukallaf dan berkemampuan

d)

Harus

16.

وَأَتِمُّوا۟ ٱلْحَجَّ وَٱلْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Berikan maksud bagi perkataan وَأَتِمُّوا۟

a)

Dan berikanlah

b)

Dan hadirkanlah

c)

Dan selesaikanlah

d)

Dan sempurnakanlah

17.

Berikut merupakan syarat wajib haji dan umrah KECUALI

a)

Islam

b)

Merdeka

c)

Berkemampuan

d)

Kanak-kanak

18.

Yang manakah tepat berkenaan lafaz niat mengerjakan haji?

a)

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَدخَلتً بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

b)

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

c)

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَفعَلتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

d)

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَفتَحتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tawaf di kaabah

a)

Berjalan ulang-alik sebanyak 7 kali bermula di bukit safa dan berakhir di bukit marwah

b)

Mengelilingi kaabah 7 pusingan bermula dipenjuru hajarul aswad dan berakhir pada sudut yang sama

c)

Membebaskan diri daripada larangan Allah SWT yang terdapat semasa ihram

d)

Berada di arafah walaupun seketika

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan Miqat makani

a)

Ketentuan tempat atau sempadan tempat untuk berniat ihram

b)

Ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram

c)

Ketentuan tempat untuk bersolat

d)

Ketentuan tempat untuk berwuquf

21.

Tempat untuk Miqat bagi penduduk luar Mekah KECUALI

a)

Qarnul Manazil

b)

Yalamlam

c)

Tahallul

d)

Zulhuzaifah

22.

Manakah yang tepat berkaitan perkara wajib haji dan umrah

a)

Melontar 7 anak batu di jamrah

b)

wuquf di arafah

c)

saie

d)

Bergunting atau bercukur rambut

23.

Berikut adalah perkara yang menjauhi larangan ihram KECUALI

a)

Menutup kepala

b)

Memakai sarung tangan

c)

Memotong atau merosakkan tumbuhan

d)

Memakai pakaian yang tidak berjahit

24.

Maksud haji dari segi bahasa

a)

Jelas dan terang

b)

Tujuan dan maksud

c)

Ziarah

d)

Memahami dan menghayati

25.

Pada pendapat anda, apakah peranan anggota masyarakat untuk mencegah rasuah?

4 lines
26.

Mengapakah gejala rasuah masih lagi berleluasa sehingga kini sama ada dari organisasi kerajaan mahupun swasta?

4 lines
27.

Perbuatan ilmu hitam ataupun sihir sebagai contoh santau masih lagi giat digunapakai oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika anda sebagai seorang pegawai agama, Apakah tindakan anda?

4 lines
28.

Sifat berdikari juga merupakan sifat para Nabi dan ulama' terdahulu. Bagaimanakah cara yang rasional untuk melahirkan dan memupuk sifat berdikari di dalam diri setiap insan?

4 lines
29.

Tersentuh lelaki dan perempuan bukan mahram ketika tawaf.

Bincangkan hukum dan alasan bagi situasi dan isu tersebut.

4 lines