Font size
WorksheetsSejarah T4 Bab 2 (Part 1) 2.1,2.2,2.3,2.4
Total questions: 60
Worksheet time: 37mins
(2.1) Nasionalisme boleh didefinisikan sebagai
perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
kepercayaan bahawa negara sendiri paling unggul dan lebih agung daripada yang lain
gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada kuasa asing
patriotism tinggi terhadap negara
(2.1) "Nasionalisme ialah gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsanya"
- Siapakah tokoh yang memberi pendapat di atas tentang maksud nasionalisme
(a)
(2.1) Apakah pendapat Dato' Onn Jaafar tentang tafsiran nasionalisme
Hendaklah menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat
Boleh berdiri atas tapak kaki sendiri
Hendaklah menzahirkan bangsa yang lebih berani
Perlu ada perpaduan yang kuat
(2.1) Menurut Dr. Burhanuddin al-Helmi tentang tafsiran nasionalisme, perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat, iaitu (a)
(2.1) Menurut Dr. R. Suntharalingam, nasionalism ialah fenomena sejagat yang memindahkan kedaulatan kepada ____
raja
rakyat
negara
negara yang belum berdaulat
(2.1) Apakah nama konsep yang dikemukakan Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid dalam pendapatnya tentang nasionalisme
National Fronts
Nasionalisme Melayu
Tanah Melayuan
Zainalisme
(2.1) "Perjuangan (a) bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dan negara sendiri sebelum merdeka"
- Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
(2.2) Revolusi Keagungan di England tercetus kerana ______
Raja James II membelakangkan parlimen
Rakyat ingin sebuah republik ditubuhkan
Raja James II menguasai semua hak rakyat
Kelemahan raja memberi peluang kuasa luar untuk menyerang England
(2.2) Siapakah ahli falsafah Inggeris yang menyumbang kepada Revolusi Keagungan
John Locke
Winston Churchill
Thomas Jefferson
George Washington
(2.2) Mengapakah Revolusi Keagungan dinamakan sebegitu
Mengagungkan parlimen
Peralihan kuasa berlaku tanpa pertumpahan darah
Tiada nama lain untuk namainya
Rakyat England menganggapnya sebagai agung
(2.2) Apakah akta-akta yang ditentang oleh penduduk Amerika ketika penjajahan British yang mengenakan cukai terhadap mereka
Akta Stem
Akta Cukai
Akta Teh
Akta Gula
(2.2) Mengapakah slogan "Tiada cukai tanpa perwakilan" digunakan dalam Revolusi Amerika 1776
Tiada wakil untuk mengutip cukai di tanah jajahan
British mengenakan kadar cukai yang tinggi
Penduduk Amerika mahu cukai dihapuskan
Tiada wakil Amerika dalam parlimen
(2.2) Apakah sumbangan George Washington dan Thomas Jefferson dalam Revolusi Amerika
George Washington - menulis Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang diluluskan Kongres
George Washington - mengetuai Kongres yang mengisytihar perang terhadap British demi kemerdekaan
Thomas Jefferson - menulis Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang diluluskan Kongres
Thomas Jefferson - mengetuai Kongres yang mengisytihar perang terhadap British demi kemerdekaan
(2.2) Perisytiharan Kemerdekaan Amerika menegaskan bahawa sekiranya kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, ________
British akan kembali untuk membuatnya pula
kerajaan gagal dan seluruh negara gagal
penduduk berhak untuk membentuk kerajaan baharu
kerajaan berjanji memperbaikinya
(2.2) Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis seperti
Jean Jacques Rousseau
Napoleon Bonaparte
Voltaire
Jean d'Alembert
(2.2) Apakah gelaran yang diberikan kepada suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789
Suara agung
Suara revolusi
Hasrat umum
Idea perjuangan
(2.2) Apakah yang dilakukan golongan revolusi dalam Revolusi Perancis
Menggempur penjara Bastille untuk membebaskan tahanan politik
Menceroboh masuk istana raja
Menggulingkan Raja Louis XVI
Penjarakan kerabat diraja
(2.3) Apakah peristiwa yang menjadi titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India
Perang British-Mughal
Dahagi India 1857
Perang Panipat
Pembunuhan pegawai British
(2.3) Apakah matlamat pertubuhan seperti Brahmo Samaj dan Arya Samaj dalam usaha nasionalisme di India
Menerbitkan akhbar berunsur anti-penjajah
Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
Menyebarkan propaganda
Membekalkan senjata
(2.3)
- Bal Gangadhar Tilak
- Chandra Bipin Pal
Apakah yang dilakukan pemimpin tersebut dalam usaha membangkitkan nasionalisme di India?
Menggerakkan semangat penentangan secara militan
Berunding dengan British
Menerbitkan akhbar untuk membangkit kesedaran nasionalisme
Semua di atas
(2.3) Antara yang berikut, yang manakah betul tentang India selepas Perang Dunia Kedua
Mahatma Gandhi menjadi perdana menteri India setelah diumumkan merdeka
Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral
INC dan Liga Muslim merangka perancangan pembahagian India dengan membentuk jawatankuasa khas
INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
(2.3) Apakah yang ingin dicapai dalam usaha nasionalisme di China
Memartabatkan orang Cina
Keunggulan kerajaan
Mengukuhkan peradaban orang Cina
Membendung peluasan ideologi komunisme
(2.3) Nasionalisme di China bercorak (a)
(2.3) Mengapakah Dinasti Manchu ditentang oleh penduduk China
Raja dari dinasti tersebut bersifat kejam
Gagal mengatasi masalah ekonomi
Dianggap orang luar
Gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat
(2.3) Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China terhadap Dinasti Manchu?
(a)
(2.3) Apakah nama dua gerakan dalam kebangkitan nasionalisme di Empayar Uthmaniyyah dan Mesir
Gerakan Islah
Gerakan Islam
Pro-Islamism
Pan-Islamisme
(2.3) Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Gerakan Islah
Disebarkan melalui akhbar al-Urwah al-Wuthqa
Dipelopori Sayyid Jamal al-Din dan Sheikh Muhammad Abduh
Memupuk ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis
Digerakkan Khalifah Uthmaniyyah Abdul Hamid II
Memupuk penyatuan umat Islam sedunia menghalang peluasan kuasa Barat
(2.3) Apakah nama kumpulan yang ditubuhkan Sayyid Jamal al-Din dalam usaha menyebarkan idea Pan-Islamisme
(a)
(2.3) Apakah contoh idea Pan-Islamisme yang digerakkan Khalifah Uthmaniyyah Abdul Hamid II mendapat sokongan di Tanah Melayu
Madrasah ditubuhkan untuk memberi kesedaran tentang ancaman Barat terhadap Islam
Penyebaran akhbar atau risalah tentang kepentingan melindungi Islam daripada pengaruh Barat
Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan
Sultan di negeri Melayu menghalang penyebaran agama Kristian dan mengutamakan Islam
(2.3) Nasionalisme di Jepun disebabkan oleh _____ bagi mengelakkan ancaman _____
penentangan terhadap kerajaan yang lemah.....imperialisme Barat
semangat berkorban demi negara.....kuasa asing
semangat berperang......kuasa asing
kesedaran untuk mencapai kemajuan.....imperialisme Barat
semangat berkorban demi negara......imperialisme China
(2.3) Bagaimanakah Maharaja Mikaido Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun
Berperang dengan negara lain bagi meningkatkan imej negara
Menekankan pemodenan mengikut model Barat
Meluaskan tanah jajahannya
Mengukuhkan ekonomi negara
(2.3) Bagaimankah semangat bushido menyumbang kepada kemajuan Jepun
Menjadi negara perindustrian
Melahirkan rakyat yang berani dan sanggup berkorban demi negara
Menjadi kuasa tentera yang kuat
Menjadi negara yang dihormati Barat
(2.3) Apakah kesan nasionalisme terlampau oleh golongan tentera terhadap Jepun
Jepun ditakuti kuasa Barat kerana kuat dan mampu mengalahkan mereka
Rakyat Jepun hidup menderita akibat kezaliman golongan tentera
Jepun menjadi kuasa imperialisime di Asia
Jepun dianggap sebagai kuasa Barat
(2.4) Antara yang berikut, yang manakah merupakan tokoh-tokoh dalam usaha membangkitkan nasionalisme di Filipina
Ferdinand Marcos
Jose Rizal
Procopio Bonifacio
Emilio Aguinaldo
(2.4) Bagaimanakah cara pembangkitan nasionalisme Filipina pada peringkat awal
Gerakan ideologi
Gerakan propaganda
Gerakan revolusi
Dasar kerjasama dengan Sepanyol
(2.4) Apakah yang dilakukan Andres Bonifacio dalam pembangkitan nasionalisme di Filipina
Melancarkan propaganda
Mengisytihar perang terhadap penjajah
Menerbitkan akhbar tentang kesedaran nasionalisme
Menubuhkan Katipunan
(2.4) Mengapakah Filipina gagal mencapai kemerdekaan walaupun penjajahan Sepanyol tamat
Sepanyol tidak membenarkan Filipina mengisytihar kemerdekaan
Amerika ambil alih penjajahan Filipina setelah mengusir Sepanyol
British yang menguasai tanah di sebelah menjajah Filipina pula
Filipina telah diserang kuasa asing
(2.4) Siapakah tokoh Filipina yang menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
(a)
(2.4) Mengapakah wujudnya nasionalisme di Burma
Hak rakyat tidak dijamin oleh British
Pengaruh British mengancam agama Buddha
Peningkatan kadar cukai dikenakan atas rakyat Burma oleh British
British mengeksploitasi sumber-sumber semulajadi di Burma
(2.4) Golongan manakah yang terlibat dalam perjuangan membangkitkan nasionalisme di Burma
Petani
Buruh
Sami Buddha
Siswazah universiti
Nelayan
(2.4) Apakah tuntutan oleh Revolusi Pelajar di Burma ketika zaman penjajahan British
Penubuhan universiti
Pendidikan percuma
Persamaan jantina dalam pendidikan
Kebebasan mempelajari apa-apa ilmu
(2.4) Apakah isu yang dibangkitkan di Burma untuk menentang penjajahan British
(a)
(2.4) Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kebangkitan nasionalisme di Burma
Berlakunya pemberontakan Saya San yang disokong golongan petani
Parti Do Bama Asiayone yang menegaskan bahawa orang Burma mesti bertuankan orang Burma ditubuhkan oleh golongan Pongyi
Matlamat penubuhan Persatuan Belia Buddha adalah untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma
Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama
Aung San, Kyaw Nein dan U Nu merupakan pemimpin Persatuan Am Kesatuan Burma
(2.4)
- Pemisahan Burma dari India
- Perjuangan berkerajaan sendiri bermula
- Penubuhan Parti Do Bama Asiayone
Perkara-perkara di atas merupakan kesan pengenalan (a)
(2.4) Mengapakah wujudnya nasionalisme di Vietnam
Ancaman Barat terhadap budaya tempatan
Perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis
Ekonomi terjejas setelah kedatangan Perancis
Perancis melakukan kezaliman terhadap penduduk tempatan
(2.4)
- Cloche Felee
- Tribune Indige
Bagaimanakah penerbitan akhbar di atas memainkan peranan dalam pembangkitan nasionalisme di Vietnam
Mengkritik penindasan Perancis
Menyebarkan propaganda anti-Perancis
Memberi kesedaran tentang penindasan Perancis terhadap rakyat Vietnam
menuntut hak rakyat Vietnam
(2.4) Corak gerakan nasionalisme di Vietnam selepas Perang Dunia Pertama bersifat ______ yang didukung oleh ______
militan.....pertububuhan peperangan
revolusi......dua aliran ideologi, iaitu nasionalisme dan komunisme
revolusi......pertubuhan peperangan
militan.......dua aliran ideologi, iaitu nasionalisme dan komunisme
(2.4) Parti utama aliran nasionalisme ialah a)_____ dukungan b)_____ manaka parti utama aliran komunisme ialah c)_____ dukungan d)_____
a)VNQDD......b)Ho Chi Minh
a)VNQDD......b)Nguyen Thai Hoc
c)PKV......d)Ho Chi Minh
c)PKV......Nguyen Thai Hoc
(2.4) Apakah kesan kejayaan penentangan Ho Chi Minh terhadap Perancis di Vietnam
Seluruh Vietnam merdeka daripada penjajahan Perancis
Vietnam dipisahkan kepada dua wilayah dengan pemerintahan berideologi berbeza
Ekonomi Perancis semakin merosot
Perancis menyerang Vietnam sekali lagi untuk mendapatkan kembali tanah jajahannya
(2.4) Mengapakah nasionalisme di Indonesia berkisarkan isu pendidikan pada peringkat awal
Belanda tidak membenarkan pendidikan
Untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajahan Belanda
Pendidikan tidak cukup efektif untuk melahirkan rakyat yang berilmu
Ada antara kalangan rakyat yang membantah pengajaran ilmu yang kurang baik
(2.4) Apakah kepentingan karya Hilang Gelap Terbitlah Terang kepada kebangkitan nasionalisme di Indonesia
Menceritakan peristiwa dulu untuk dijadikan inspirasi bagi menentang penjajah
Memberi kesedaran kepada bangsa Indonesia tentang kekejaman Belanda terhadap mereka
Mendidik bangsa Indonesia untuk berjuang demi kemerdekaan daripada penjajahan Belanda
Mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang memundurkan bangsa Indonesia
(2.4) Apakah pertubuhan yang diwujudkan yang menjadikan nasionalisme di Indonesia semakin radikal
Partai Komunis Indonesia
Sarekat Islam
Partai Demokratik Indonesia
Partai Nasionalis Indonesia
Partai Sosialis Indonesia
(2.4) Apakah nama ikrar yang dilahirkan Kongres Pemuda Indonesia yang menjadi tonggak nasionalisme
(a)
(2.4) Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPKI)
Ditubuhkan oleh Soeharto
Merupakan gabungan organisasi dan parti politik
Diwujudkan untuk mengukuhkan pertubuhan lemah
Semua di atas
(2.4) Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan di negara Asia Tenggara lain
Bertujuan mempertahankan kedaulatan
Berimpian menjadi kuasa imperialis
Bertujuan mengukuhkan ekonomi
Bersemangat berperang untuk menaikkan imej negara sendiri
(2.4) Bagaimanakah Raja Mongkut mempelopori nasionalisme melalui pemodenan
Melaksanakan birokrasi Barat
Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
Membawa masuk penasihat Barat
Mengamalkan sistem perundangan Barat
(2.4) Apakah perubahan yang berlaku akibat kesan penentangan Raja Vajiravudh oleh rakyat Thailand
Tamat pemerintahan beraja
Pentadbiran berasaskan pemerintahan raja berperlembagaan
Birokrasi Barat tidak lagi diamalkan
Pemerintahan raja mutlak semakin kejam
(2.4) Apakah undang-undang yang diluluskan perdana menteri Phibulsongkram bagi mengatasi masalah penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina
Menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina
Memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk menguasai ekonomi
Melarang kapitalis Barat dan orang Cina untuk melakukan penguasaan ekonomi
Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi
(2.4) Thailand berjaya mengelakkan diri daripada penjajahan Barat. Bagaimana Thailand pula mengelakkan diri daripada penjajahan Jepun ketika Perang Dunia Kedua?
Berjaya menewaskan Jepun
Bekerjasama dengan Jepun
Jepun tidak mahu menjajah Thailand
Meminta perlindungan daripada kuasa Barat
(2.3 & 2.4)
- England
- Perancis
- Thailand
Bagaimanakah corak nasionalisme di negara-negara tersebut mempunyai persamaan
Menamatkan pemerintahan raja mutlak
Mewujudkan sistem demokrasi
Memperkukuh ekonomi
Menentang penjajah
