Font size
WorksheetsZAMAN AIR BATU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Maksud Zaman Air Batu ialah zaman
air batu dihasilkan oleh manusia
bumi diliputi oleh air batu yang tebal
air batu berbahaya kepada manusia
manusia berusaha mencari haba
Suhu pada zaman air batu ialah ______________.
sangat rendah
sangat tinggi
sederhana suam
berbahaya
Dalam sejarah dunia, Zaman Air Batu telah berlaku sebanyak ___________.
Satu kali
Tiga kali
Enam kali
Lima Kali
Pengglasieran ialah kejadian bongkah air batu yang besar bergerak _____________ dan mencair ke permukaan bumi
perlahan-lahan
pantas
menegak
mengundur
Kala Kuaterner bermaksud zaman yang bermula 2.5 _____ tahun yang lalu.
ribu
ratus
juta
puluh
Zaman Air Batu Akhir yang berlaku kira-kira 2.5 juta tahun lalu dibahagikan kepada dua epok iaitu Epok Pleistosen dan Epok _________.
Hologram
Pleiston
Holosen
Horizon
Garis masa tersebut merupakan garis masa Zaman Air Batu _______.
Awal
Pertengahan
Akhir
Persediaan
Semasa Epok Pleistosen manusia mula mengetahui cara __________.
menanam pokok
membuat api
menangkap haiwan
membina rumah
Gambar menunjukkan haiwan-haiwan pada Epok Pleistosen. Haiwan A ialah ___________.
Gajah
Badak Sumbu
Mamot
Tapir
Perubahan suhu pada Zaman Air Batu Akhir memberi kesan besar terhadap ____________ dan hidupan bumi.
Saiz Fizikal
Aktiviti Harian
Cuaca Tahunan
Bentuk Fizikal
Pilih susunan yang tepat bagi perubahan bentuk muka bumi. 1) Ais mula mencair 2)Tasik dan laut terbentuk. 3) Suhu bumi meningkat 4)Air melimpah ke kawasan rendah
1-2-3-4
1-3-4-2
1-4-3-2
3-1-4-2
Antara kesan terhadap bentuk fizikal Bumi yang baharu ialah berlaku pembentukan ______ air tawar.
tasik
kolam
sungai
laut
Perubahan suhu juga mengakibatkan __________ haiwan seperti harimau bertaring lengkung.
kematian
kepupusan
kelahiran
perpindahan
Manusia berpindah ke kawasan yang lebih panas dan mencari __________ baharu.
tanaman
petempatan
makanan
binatang
Mengapakah Pentas Sunda mempengaruhi bentuk muka bumi di rantau Asia Tenggara?
Kerana mempunyai banyak tumbuhan
Kerana didiami oleh ramai manusia
Kerana menghubungkan daratan dengan kepulauan
Kerana mengandungi air laut
Perubahan bentuk muka bumi yang ditunjukkan di dalam gambar adalah disebabkan oleh
kenaikan paras air laut
gempa bumi yang kuat
hujan dalam tempoh yang lama
laut yang dalam
Berikut merupakan sebahagian daripada Asia Tenggara KECUALI:
Singapura
Vietnam
Australia
Indonesia
Perubahan Zaman Air Batu turut menyebabkan manusia bergerak ke kawasan lebih tinggi dan hidup secara ______________.
berseorangan
berpindah-randah
berkelompok
diam-diam
Kesan Zaman Air Batu menyedarkan masyarakat tentang ___.
suhu yang berbahaya kepada manusia
kepentingan menyayangi alam sekitar
lokasi yang menarik untuk manusia
keunikan bentuk muka bumi
Bagi memelihara kelestarian alam, kita hendaklah
menanam semula pokok yang ditebang
menggalakkan pembakaran terbuka
membuang bahan kimia ke dalam sungai
memboikot kempen kitar semula
