NEW
Font size
WorksheetsZILA 2008
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Kucing peliharaan Salmah ________ adik saya yang menarik ekornya.
mengais
mencakar
menggaru
mencengkam
Pak Cik Sani sudah berusia 84 tahun. _________, dia masih berupaya untuk mengusahakan kebun buah-buahannya.
Namun demikian
Di samping itu
Sekalipun
Walhal
Beberapa pihak dari luar negara telah menjalankan kajian tentang __________ tradisional masyarakat Melayu.
tumbuh-tumbuhan
ulam-ulaman
kayu-kayuan
ubat-ubatan
Menurut rakan Hashimah yang juga berjaya dalam pelajaran, antara faktor kejayaan ________ adalah kerana kerap mengadakan perbincangan.
kita
saya
kamu
mereka
Puan Zaleha mengambil selimut __________ menyelimutkan anaknya yang kesejukan itu.
lalu
kerana
sambil
sementara
Encik Chong __________ kebunnya dengan kawat berduri supaya tidak dicerobohi binatang liar.
dipagari
pagarkan
memagar
dipagarkan
Pergerakan pemain bola keranjang yang ___________ itu sukar dikawal oleh pihak lawan.
gopoh
lincah
goyah
ligat
Beberapa ___________ cendawan tumbuh pada batang pokok yang reput.
kaki
kuntum
tangkai
kelopak
Mak Minah duduk di bawah rumah sambil __________ lidi untuk dibuat penyapu.
menghiris
mengikis
melarik
meraut
Murid yang berminat untuk menjadi pengawas perpustakaan perlu menjalani _________ terlebih dahulu.
uji kaji
uji bakat
temu duga
temu ramah
Rajan __________ apabila diminta untuk menjawab soalan itu kerana dia sedang berkhayal.
tersentak-sentak
terpinga-pinga
terlihat-lihat
terkial-kial
Kejadian tanah runtuh di lereng bukit itu berpunca ___________ hakisan tanah.
di
dari
pada
daripada
Maziah memberitahu abangnya tentang _________ keluarga mereka semasa abangnya itu berada di perantauan.
perihal
peribadi
peribumi
peribahasa
Hassan menggunakan galah untuk ___________ dahan pokok yang sekah itu.
mengambil
memetik
mengait
mencantas
Projek yang dirancang itu akan melibatkan _________ orang ibu bapa murid.
para
semua
beberapa
sesetengah
Cikgu Hafiz menjelaskan bahawa rasa pisang itu _________ kerana belum cukup masak.
manis
kelat
pahit
tawar
Pemain hoki pasukan Kuala Lumpur sedang _________ pemain Johor dalam perlawanan akhir itu.
mengasak
menampan
menyerang
mengelecek
"Nampaknya kita terpaksa ___________ kerana bekalan makanan semakin sedikit," kata ketua pengakap itu kepada rakan-rakannya.
alas perut
ikat perut
makan hati
makan garam
Pasukan badminton negara ___________ menang dalam perlawananan malam ini sekiranya ___________ melangkah ke peringkat akhir.
harus .... dapat
mesti .... boleh
sudah ... mahu
perlu .... hendak
Wakil rakyat selalu mengingatkan masyarakat di kawasannya supaya menjauhi persengketaan.
Perkataan seerti bagi persengketaan ialah
pertarungan
perdebatan
perbalahan
persaingan
Hanya murid yang bersemangat kental akan dipertimbangkan untuk menyertai programn kembara itu.
Perkataan berlawan bagi kental ialah
lemah
longlai
lembut
lesu
