wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Refleksi Kajian Tindakan DPPPI Kohort 7

Total questions: 9

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Refleksi dalam kajian tindakan didefinisikan sebagai

a)

Inkuiri yang sistematik oleh seorang murid terhadap amalan pembelajaran bagi memperbaiki dan meningkatkan keberkesanannya.

b)

Proses mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui, memikirkannya, mempertimbangkannya dan seterusnya membuat penillaian terhadap pengalaman tersebut.

c)

Inkuiri yang sistematik oleh seorang guru terhadap amalan pengajaran bagi memperbaiki dan meningkatkan keberkesanannya.

2.

Antara cadangan soalan Bey (1987) bagi memupuk fikiran reflektif........

i. Apakah yang saya lakukan?

ii. Kenapa saya melakukannya?

iii. Apakah cara atau kaedah lain yang boleh diguna pakai?

iv. Bolehkah saya melakukannya lagi dengan menggunakan kaedah lain?

a)

i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

3.

Refleksi dalam kajian tindakan dapat membantu guru untuk

a)

Menilai amalan pengajaran kendiri dan membaiki serta mempertingkatkannya

b)

Menilai kesesuaian strategi pengajaran dan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan

c)

Menghurai penjelasan tentang guru, interaksi antara guru dan warga sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran.

d)

Mengkaji dan menjelaskan peranan serta nilai peribadi berkaitan pendidikan secara berterusan

4.

Cikgu Shahrul meminta bantuan Cikgu Adam untuk membantu merakam sesi PdPnya dan menganalisisnya. Refleksi ini merupakan kaedah .....

a)

Analisis audio/ video: Guru merakam sesi pengajaran dan pembelajarannya sendiri atau dengan bantuan rakan dan menganalisisnya.

b)

Perbincangan dengan rakan setugas secara bersemuka ataupun chating bagi membincangkan isu semasa berkaitan pengajaran dan pembelajarannya.

c)

Bertukar peranan dan tugas dengan rakan sejawatan bagi mengesan masalah pengajaran dan pembelajaran

d)

Menggunakan artikel terkini berkaitan isu-isu pendidikan

5.

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dilakukan semasa membuat refleksi peringkat awal kecuali.......

a)

Membuat analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi

b)

Mensintesis perubahan dan peningkatan diri guru dan murid

c)

Menentukan isu dan bidang keprihatinan

d)

Mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian.

6.

Yang manakah merupakan bentuk-bentuk contoh soalan yang boleh ditimbulkan oleh guru semasa proses refleksi semasa kajian?

a)

Apakah persepsi anda terhadap tindakan tersebut?

b)

Apakah anda setuju dengan tindakan yang diambil?

c)

Apakah cabaran dan rintangan yang dihadapi semasa menjalankan tindakan?

d)

Apakah keberkesanan tindakan?

7.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh soalan untuk refleksi selepas keseluruhan tindakan?

a)

Apakah kesimpulan daripada tindakan?

b)

Wajarkah tindakan dilakukan?

c)

Apakah kelebihan tindakan?

8.

Refleksi dalam kajian tindakan bermanfaat untuk........

a)

Menjadi pengukur keperluan murid.

b)

Memilih kaedah dan bahan pengajaran yang lebih baik

c)

Melihat kembali dan objektif yang hendak dicapai

d)

Meningkatkan kecekapan guru.

9.

Hasil refleksi akan memberikan guru.......

a)

Kesedaran tentang pelaksanaan projek kajian tindakannya dan boleh membantu guru mengetahui persekitaran di mana beliau bekerja.

b)

mengubah persepsi seseorang guru kepada sesuatu yang lebih positif

c)

Perubahan amalan guru, organisasi atau guru sendiri dapat mengenalpasti teknik terbaik dalam amalan yang dikaji