Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 4, Unit 1: Mari Mengenali Sejarah

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman merupakan suatu ______.

a)

sejarah

b)

dongeng

c)

filem fiksyen

d)

khabar angin

2.

Objek di atas merupakan sumber primer/pertama iaitu ________.

a)

fosil

b)

monumen

c)

artifak

d)

manuskrip

3.

Penemuan rangka ______________ merupakan bukti kewujudan zaman prasejarah.

a)

Perak Man

b)

CIcak Man

c)

Kedah Man

d)

IP Man

4.

Sumber primer berada dalam bentuk asal dan belum diolah. Berikut merupakan sumber primer KECUALI

a)

tulang manusia purba

b)

buku teks Sejarah

c)

duit syiling lama

d)

dokumen rasmi

5.

Akhbar, buku dan risalah merupakan _______________ kerana telah diolah daripada sumber asal

a)

sumber primer

b)

sumber sekunder

c)

sumber bertulis

d)

sumber berwarna

6.

Maklumat diperoleh daripada dinding gua, kayu, batu dan bahan bercetak. Perkara tersebut ialah salah satu kaedah penyelidikan sejarah iaitu ____________.

a)

kaedah arkeologi

b)

kaedah bertulis

c)

kaedah lisan

d)

kaedah seni

7.

Pelbagai kaedah digunakan untuk mendapatkan maklumat sejarah iaitu ___________, kaedah lisan, dan kaedah bertulis

a)

kaedah rakaman

b)

kaedah temu bual

c)

kaedah arkeologi

d)

kaedah kitar semula

8.

Pertama: Kenal pasti orang sumber dan sediakan soalan berkaitan

Kedua: Temu bual dan rakam perbualan

Ketiga: Menyalin rakaman, simpan data dan buat penulisan

Langkah-langkah di atas berkaitan dengan kaedah _______.

a)

arkeologi

b)

lisan

c)

bertulis

d)

rakaman

9.

Para sejarawan menggunakan turutan masa untuk mengkaji peristiwa sejarah. Turutan masa juga dikenali sebagai ____________.

a)

kronologi

b)

meteorologi

c)

psikologi

d)

antropologi

10.

Pilih pernyataan yang betul berdasarkan gambar di atas.

a)

Dekad adalah lebih pendek tempoh masanya berbanding abad.

b)

Zaman Masihi lebih adalah lebih lama berbanding Zaman Sebelum Masihi.

c)

Dekad adalah tempoh masa 100 tahun

d)

Alaf adalah tempoh masa 1000 tahun

11.

Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M) merujuk kepada sebelum dan selepas kelahiran nabi. Nabi tersebut ialah

a)

Nabi Musa.

b)

Nabi Nuh.

c)

Nabi Muhammad.

d)

Nabi Isa.

12.

Apabila mengkaji peristiwa sejarah, 'X' dan akibat juga akan dititikberatkan oleh para sejarawan. 'X' ialah ___________.

a)

pelaku

b)

sebab

c)

lokasi

d)

masa

13.

Bahan-bahan sejarah boleh ditemui di tempat-tempat berikut KECUALI

a)

arkib

b)

taman tema

c)

muzium

d)

perpustakaan

14.

Peristiwa bersejarah penting agar manusia __________.

a)

mengambil kesempatan terhadap kejadian yang telah berlaku

b)

menjadikan sesuatu peristiwa sebuah filem

c)

membuat laporan palsu

d)

mengambil iktibar dan pengajaran

15.

Sebagai sejarawan kanak-kanak, apakah perkara yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian?

a)

Menulis lagu kegemaran di dalam buku diari

b)

Berkongsi gambar makanan di aplikasi media sosial

c)

Mengumpul setem yang menarik

d)

Menyimpan gambar aktiviti bersama keluarga