wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Cikgu Ika

Total questions: 43

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Antara ayat berikut, yang manakah merupakan ayat majmuk?

a)

Razak sedang membaca buku.

b)

Amin pergi ke tandas.

c)

Farah suka makan nasi lemak dan nasi minyak.

d)

Rumah itu besar.

2.

Manakah antara peribahasa berikut yang membawa maksud peniaga mengambil keuntungan dengan sangat tinggi?

a)

buaya darat

b)

lintah darat

c)

tangkai jering

d)

ketam batu

3.

"Kamu ni Nazry, _______ Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Afiq. Antara peribahasa berikut, manakah yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam dialog di atas?

a)

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

b)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat

sagunya

c)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat.

d)

yang lama dikelek, yang baharu didukung

4.

Walaupun tugas yang diberi kali ini agak mencabar untuk Bakri, beliau tetap menyahut cabaran dan melakukannya sehingga berjaya. Bagi Bakri, setiap kerja yang dibuat perlu dilakukan dengan sabar umpama __________kerana di pengakhiran pasti akan berjaya. Manakah peribahasa yang sesuai untuk ayat di atas?

a)

bara yang digenggam biar sampai jadi arang

b)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

c)

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

d)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat

5.

Apakah maksud peribahasa "bagai kaca terhempas ke batu"?

a)

Sangat sedih dan kecewa

b)

Putus cinta

c)

Bergaduh dan bermusuhan

d)

Perkara yang dilakukan adalah sia-sia

6.

Berikut merupakan ayat majmuk kecuali :

a)

Aiman dan Hakim berkawan baik sejak dari bangku sekolah lagi

b)

Ayah dan ibu berbual hingga larut malam

c)

Farhan menangis kerana terlalu sedih

d)

Rumah itu besar

7.

"Minta semua peserta bersedia". Ayat ini merupakan :

a)

Kata nafi

b)

Kata perintah

c)

Ayat penyata

d)

Kata seru

8.

Agama rasmi Negara ____ agama Islam

a)

ialah

b)

adalah

c)

kerana

d)

untuk

9.

Perabot ini diperbuat ______ kayu

a)

dari

b)

daripada

c)

untuk

d)

kepada

10.

Perjalanan Ahmad _____ Kuala Lumpur ke Kelantan mengambil masa selama 6 jam

a)

dari

b)

daripada

c)

selama

d)

ialah

11.

Encik Zaidi sangat segak.

Manakah antara berikut merupakan ayat songsang yang betul bagi ayat di atas?

a)

Sangat

segak Encik Zaidi

b)

Segak Zaidi sangat Encik

c)

Sangat Zaidi Encik segak

d)

Segak sangat Zaidi Encik

12.

Antara peribahasa berikut, manakah yang mempunyai sama maksud dengan "Rambut sama hitam, hati lain-lain" ?

a)

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

b)

Setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga.

c)

Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

d)

Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

13.

Peribahasa manakah yang membawa maksud sama mengenai pendedahan aib orang lain tapi tempiasnya turut membuka keaiban diri sendiri?

a)

Menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri juga

b)

Gunting dalam lipatan

c)

Bagai dakwat dengan kertas

d)

Membuang garam ke laut

14.

Apakah maksud bagi bidalan "Belum duduk sudah berlunjur"?

a)

Belum mendapat sesuatu yang dihajati sudah bergembira terlebih dahulu

b)

Melakukan sesuatu pada masa yang tidak sesuai

c)

Perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu

d)

Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian

15.

Puan Farida baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan.

Berikut merupakan ayat :

a)

Ayat seruan

b)

Ayat tanya

c)

Ayat penyata

d)

Ayat perintah

16.

Jalan raya sesak ___ musim perayaan.

a)

di

b)

daripada

c)

pada

d)

oleh

17.

__ masa sekarang, peralatan elektronik semuanya canggih belaka.

a)

Di

b)

Pada

c)

Ketika

d)

Daripada

18.

Ejaan berikut semuanya BETUL kecuali :

a)

ibu bapa

b)

kebanyakan

c)

tengahari

d)

bandar raya

19.

Cuaca sangat panas menyebabkan Fahrin Ahmad mengambil keputusan untuk memasang penghawa dingin di rumahnya.

Adakah ayat ini ada kesalahan tatabahasa?

a)

Ya ada kesalahan tatabahasa pada ayat 'menyebabkan'

b)

Ya ada kesalahan tatabahasa pada ayat 'penghawa dingin'

c)

Ya ada kesalahan tatabahasa pada ayat 'keputusan'

d)

Tiada kesalahan tatabahasa

20.

Kereta Saiful berada di _________ rumah.

a)

pekarangan

b)

perkarangan

c)

penkarangan

d)

perkarangang

21.

_____ saya akan cuba hadirkan diri.

a)

InsyaAllah

b)

Inshaaallah

c)

InshaAllah

d)

Insya-Allah

22.

_____ kedai sudah pun beroperasi semula seperti biasa.

a)

Kebanyakan

b)

Kebanyakkan

c)

Kebanyakang

d)

Kerbanyakan

23.

Sudah _____ tahun Cikgu Haikal mengajar di sekolah ini, akhirnya esok beliau akan berpencen juga.

a)

berpuluh

b)

berpuluh-puluh

c)

bersepuluh

d)

berpuluhan

24.

Zhafran pergi ke sekolah dengan menunggang ______

a)

motosirkal

b)

motorsikal

c)

motorsika

d)

motosikal

25.

Cikgu Aminah sangat ___ dengan anak muridnya kerana sering bertanya khabar.

a)

perihatin

b)

prihatin

c)

perihaten

d)

prihaten

26.

Khairul menunaikan solat ___ di Masjid An-Nur.

a)

zohor

b)

zuhr

c)

zuhur

d)

az-zuhr

27.

Laila mempunyai ____ seramai 10 orang.

a)

adik-beradik

b)

adik beradik

c)

beradik

d)

adik-beradik-adik

28.

Golongan _____ sangat tidak menyukai sebarang program yang berunsurkan Islam.

a)

anti agama

b)

anti-agama

c)

antiagama

d)

anti beragama

29.

Banyak ____ dikompaun kerana menjual ayam dengan harga melebihi harga siling

a)

premis

b)

premis-premis

c)

premes

d)

primes

30.

Halim memarahi Najwa kerana bersikap ___ terhadap ibunya.

a)

biadap

b)

biadab

c)

biyadap

d)

biyadab

31.

"Nak order ____ goreng satu", Othman memesan makanan.

a)

kuey teow

b)

kueytiaw

c)

kuetiaw

d)

kuetiau

32.

Puteri meminjam ___ daripada Hannah.

a)

pensel

b)

pensil

c)

pinsil

d)

pinsel

33.

Kuota ___ ke MRSM perlu dikekalkan demi menjaga kepentingan orang Melayu.

a)

bumiputra

b)

bumiputera

c)

bumputera

d)

bumyputra

34.

Pengurusan fail sangat penting bagi memastikan kerja kekal _____.

a)

effisyen

b)

effisien

c)

efisien

d)

efisyen

35.

Lili singgah ke hentian rehat & rawat untuk ____.

a)

beristirehat

b)

beristirahat

c)

beristirrehat

d)

beristerihat

36.

Budaya kunjung-mengujung perlu diteruskan bagi mengeratkan _____.

a)

silaturrahim

b)

silaturrahmi

c)

silaturahim

d)

silaturohim

37.

Apakah maksud "Fajar menyingsing?"

a)

Waktu pagi hari

b)

Waktu tengah hari

c)

Waktu petang

d)

Waktu senja

38.

Apakah maksud "helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga"?

a)

Orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya

b)

Orang yang malas berpura-pura jadi rajin

c)

Orang yang cuba memutuskan silaturahim

d)

Orang yang malas berusaha

39.

Manakah antara berikut yang memberi maksud "Kembali ke tempat asalnya".

a)

bagai sirih pulang ke gagang

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

bagai kacang lupakan kulit

40.

Apakah maksud "dengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan"?

a)

Kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan

b)

Bercita-cita tinggi tapi hanya berangan tanpa berusaha

c)

Suka bertangguh

d)

Terlalu berharap pada sesuatu yang tidak mungkin menjadi kenyataan

41.

Antara peribahasa berikut, yang manakah mempunyai maksud sama dengan "Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit"?

a)

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

b)

bagai anjing menyalak bukit

c)

seperti lembu dicucuk hidung

d)

seperti rusa masuk kampung

42.

Apakah maksud "Seperti kera mendapat bunga?"

a)

Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu

b)

Orang yang suka membazir

c)

Orang yang sering tidak menghargai pemberian orang lain

d)

Orang yang tidak bersyukur walaupun sudah diberikan rezeki yang melimpah ruah

43.

Peribahasa membawa makna orang yang rapat dengan kita tapi melakukan khianat kecuali :

a)

Gunting dalam lipatan.

b)

Musuh dalam selimut

c)

Api dalam sekam

d)

Mengusik anjing tidur