NEW
Font size
WorksheetsKSSM Reka Bentuk & Teknologi T1 - Bab 2 - Pengurusan Projek
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut, yang manakah komponen besar dalam pengurusan projek reka bentuk?
I Skop Kerja
II Kos Projek
III Projek brief
IV Penjanaan Idea
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan rajah di atas, nyatakan penjanaan idea reka bentuk yang sesuai.
Menukar saiz objek
Menterbalikkan fungsi sesuatu objek
Menterbalikkan kedudukan sesuatu objek
Meniru apa sahaja yang ada di persekitaran
"Pasukan akan dibentuk pada peringkat ini untuk menjalankan sesuatu tugas khas."
Berdasarkan pernyataan di atas, pilih tugas pengurus projek tersebut.
Penentuan utama
Pengelolaan aktiviti
Penentuan subutama
Matris organisasi atau pasukan
"Mengelakkan kerugian masa dan kos, mengawal sumber tenaga pekerja"
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan aspek perancangan projek tersebut.
Pengawalan
Penjadualan
Perancangan
Perbincangan
Nyatakan maksud bagi Time-Bound dalam penyediaan anggaran kos menggunakan kaedah SMART.
Penetapan tujuan atau objektif
Pengukuran pengagihan kewangan bagi kos yang terlibat
Masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan sesuatu projek
Projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga buruh
Antara berikut, yang manakah menunjukkan formula pengiraan kos yang betul?
Jumlah kos modal = Kos bahan + Kos upah + Kos Overhed
Jumlah kos modal = Kos bahan - Kos upah - Kos Overhed
Jumlah kos modal = Kos bahan + Kos upah - Kos Overhed
Jumlah kos modal = Kos bahan - Kos upah + Kos Overhed
Maklumat berikut merupakan kos-kos yang diperlukan untuk menghasilkan 100 uunit bakul serba guna.
Kos bahan = RM180.00
Kos upah = RM200.00
Kos overhed = RM25.00
Berdasarkan maklumat di atas, kira kos modal untuk bakul serba guna itu.
RM405.00
RM400.50
RM355.00
RM200.00
Maklumat berikut merupakan kos-kos yang diperlukan untuk menghasilkan 100 uunit bakul serba guna.
Kos bahan = RM180.00
Kos upah = RM200.00
Kos overhed = RM25.00
Berdasarkan maklumat di atas, kira kos jualan jika keuntungan yang dikehendaki ialah 100%.
RM7.00
RM7.10
RM8.00
RM8.10
Maklumat berikut menunjukkan komponen besar dalam pengurusan projek reka bentuk.
"Merujuk kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan produk dan proses yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk"
Apakah komponen tersebut?
Skop kerja
Kos projek
Tempoh masa
Perbelanjaan pengurusan
Apakah yang dimaksudkan dengan kos projek?
Tempoh masa yang ditetapkan unutk menyiapkan projek
Terdiri daripada dua aspek, iaitu skop produk dan skop projek
Terbahagi kepada tiga, iaitu skop produk, skop projek dan tempoh masa
Peruntukan kewangan yang telah ditetapkan bagi menjayakan sesuatu projek
Antara yang berikut, yang manakah aspek penting dalam merangka perancangan projek?
I Kos projek
II Pengawalan
III Penjadualan masa
IV Menentukan matlamat organisasi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan iV
Mengapakah pentingnya menyusun aktiviti mengikut keperluan?
Supaya dapat lebihan kos modal
Supaya dapat meningkatkan kos pentadbiran
Supaya semua pekerja bebas melakukan aktiviti mereka sendiri
Supaya semya aktiviti dapat dipantau dan berjalan mengikut urutan
Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai kaedah unit?
Kaedah yang paling akhir digunakan
Dikenali juga dengan konsep "SMART"
Kaedah ini lebih tepat berbanding kaedah lain
Anggaran kos disediakan berdasarkan unit pengguna
Apakah takrif konsep "T" dalam konsep "SMART"?
Tujuan perlu jelas dan spesifik
Tujuan yang ditetapkan boleh dicapai
Apa yang ingin anda capai boleh diukur
Projek dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan
Antara yang berikut, yang manakah kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada pasukan?
I Penglibatan yang terhad
II Memperoleh hasil yang minimum
III Komunikasi berlaku secara terbuka
IV Hubungan antara ahli semakin rapat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
