wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK TINGKATAN 1 BAB 1

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud pemikiran komputasional ?

a)

Pemikiran komputasional ialah suatu proses pemikiran bagi menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri yang dibantu oleh mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains komputer.

b)

Pemikiran komputasional ialah satu proses berfikir seperti komputer untuk menyelesaikan masalah.

c)

Pemikiran komputasional ialah cara kita berfikir seperti komputer untuk menyelesaikan masalah.

d)

Pemikiran komputasional ialah manusia perlu menjadi seperti komputer dan berfikir seperti komputer dalam menyelesaikan masalah.

2.

Antara berikut yang manakah BUKAN kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan pemikiran komputasional ?

a)

Kemahiran berfikir secara logik dan kreatif

b)

Kemahiran membina algoritma

c)

Kemahiran belajar daripada kesilapan dan berupaya menjelaskan

d)

Kemahiran berkomunikasi dan sosial

3.

Antara berikut yang manakah bukan teknik pemikiran komputasional ?

a)

Leraian

b)

Pengekodan

c)

Pengecaman

d)

Peniskalaan

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik leraian ?

a)

Menambahkan maklumat pada setiap bahagian kecil supaya lebih rumit

b)

Memecahkan kepada masalah yang rumit kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah diselesaikan.

c)

Menggabungkan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mempunyai ciri yang sama.

d)

Mmemecahkan masalah yang rumit dan dihubungkaitkan dengan masalah-msalah tersebut.

5.

Apakah kepentingan meleraikan masalah yang kompleks ?

a)

Menjadikan masalah lebih rumit

b)

Menukarkan masalah yang ada

c)

Menjadikan masalah mudah diselesaikan

d)

Menjadikan masalah lebih kecil

6.

Apakah yang dimaksudkan pengecaman corak ?

a)

Memecahkan masalah rumit kepada masalah yang lebih kecil

b)

Membina model dari corak

c)

Melihat kepada persamaan dan perbezaan dalam masalah yang sama

d)

Melihat kepada trend corak yang berulang dalam sesuatu objek

7.

Antara penyataan berikut, yang manakah mengadungi pengecaman corak ?

a)

Semua rumah ada pintu

b)

Rumah saya mempunyai 3 tingkat

c)

Rumah saya mempunyai 5 bilik dan satu anjung di hadapan rumah saya.

d)

Belakang rumah saya terdapat sebuah kolam besar

8.

Penyataan yang manakah mempunyai ciri pengecaman corak ?

a)

Bunga kebangsaan berwarna merah dan kuning

b)

Semua spesis bunga kebangsaan mempunyai 5 kelopak

c)

Bunga kebangsaan Malaysia hanya tumbuh di negara kita sahaja.

d)

Bunga Kebangsaan banyak manafaat dan boleh dijadikan sumber bahan produk kecantikan

9.

Aapakah kepentingan teknik peniskalaan ?

a)

sebagai penambahbaikan bagi membolehkan sesuatu masalah diselesaikan.

b)

membolehkan msalah yang besar diselesaikan

c)

bagi membuat keputusan untuk menentukan aspek penting dalam sesuatu permasalahan

d)

membolehkan masalah diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik peniskalaan ?

a)

mengabaikan ciri-ciri yang tidak perlu bagi sesuatu unsur dalam ssatu perkara

b)

satu proses mengenal pasti ciri -ciri yang penting yang dapat membantu menyelesaikan masalah

c)

satu proses mengambil kira semua ciri-ciri yang perlu dalam sesuatu perkara

d)

proses menambahkan ciri-ciri yang berkaitan dalam sesuatu perkara

11.
Pemikiran komputasional ialah satu proses ____________ bagi tujuan _________________ sesuatu masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains _____________.
a)
komputer; menyelesaikan; pemikiran
b)
pemikiran; menyelesaikan; komputer
c)
pemikiran; menyelesaikan; mesin
d)
menyelesaikan; pemikiran; mesin
12.
Mengutamakan perkara-perkara penting dalam sesuatu masalah dan meninggalkan perkara-perkara yang kurang penting.
a)
Teknik Peniskalaan
b)
Teknik Leraian
c)
Teknik Pengecaman corak 
d)
Teknik Pengitlakan
13.
Pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian.
a)
Teknik Peniskalaan
b)
Teknik Pengecaman corak 
c)
Teknik Leraian
d)
Teknik Pengitlakan
14.
Membina model berdasarkan corak-corak yang telah dikenal pasti daripada beberapa masalah yang serupa.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman corak 
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengitlakan
15.
Persamaan-persamaan yang terdapat beberapa masalah atau dalam masalah yang sama.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengecaman corak 
c)
Teknik Pengitlakan
d)
Teknik Peniskalaan
16.
Dalam satu soalan matematik berkaitan pecahan, Raina memecahkan soalan kepada beberapa langkah sebelum menyelesaikannya.
a)
Teknik Peniskalaan
b)
Teknik Leraian
c)
Teknik Pengitlakan
d)
Teknik Pengecaman corak
17.
Ketika membaca buku cerita, Kate hanya membaca bahagian rumusan di akhir sekali untuk mendapatkan isi pentingnya.
a)
Teknik Peniskalaan
b)
Teknik Leraian
c)
Teknik Pengecaman corak
d)
Teknik Pengitlakan
18.
Kelas 1 Inovatif hendak merancang membeli barang bagi majlis perpisahan guru kelas mereka.
a)
Teknik Pengecaman corak
b)
Teknik Peniskalaan
c)
Teknik Leraian
d)
Teknik Pengitlakan
19.
Asfa sedang menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris. Dia membaca petikan yang panjang dan menggaris isi penting sahaja.
a)
Teknik Pengecaman corak
b)
Teknik Pengitlakan
c)
Teknik Leraian
d)
Teknik Peniskalaan
20.
Komputer polis boleh mengesan penjenayah dengan menggunakan sistem yang mengenal pasti cap jari.
a)
Teknik Pengitlakan
b)
Teknik Leraian
c)
Teknik Peniskalaan
d)
Teknik Pengecaman corak
21.
Saiful pergi melancong ke negara Jepun dan mendapati kebanyakan rakyat Jepun sungguh ramah mesra.
a)
Teknik Leraian
b)
Teknik Pengitlakan
c)
Teknik Pengecaman corak
d)
Teknik Peniskalaan