wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Quiz 2

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Manakah diantara berikut merupakan kuasa pentadbiran tanah bagi Pihak Berkuasa Negeri.

a)

Melupuskan mana-mana tanah kerajaan negeri.

b)

Melupuskan mana-mana tanah milikan persendirian

c)

Melupuskan mana-mana tanah milikan kerajaan persekutuan.

2.

Berapakah keluasan minimum bagi kerajaan negeri bagi maksud melupuskan tanah kategori pertanian menurut Kanun Tanah Negara.

a)

0.25 ekar

b)

0.9884 ekar

c)

1.10 ekar

3.

Apakah jenis akta yang melarang penerima pelupusan tanah kerajaan untuk mengambil apa-apa galian yang terdapat di dalam tanah.

a)

Akta Pembangunan Mineral

b)

Akta Galian Asli

c)

Akta Mineral dan Galian Asli.

4.

Kenalpasti Seksyen di dalam Kanun Tanah Negara yang tidak mengiktiraf pemilikan dan pendudukan tanah secara tidak sah (Setinggan)

a)

Seksyen 48 KTN

b)

Seksyen 5 KTN

c)

Seksyen 214 KTN

5.

Setelah menerima pemberimilikan tanah. Apakah jenis bayaran yang perlu dijelaskan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

a)

Pembayaran Duti Setem

b)

Pembayaran Cukai Tanah Tahun pertama

c)

Pembayaran yuran jurukur tanah yang dilantik.

6.

Diantara yang berikut yang manakah jenis suratan hakmilik yang diiktiraf oleh Kanun Tanah Negara.

a)

1) Hakmilik Pejabat Pendaftaran.

2) Hakmilik Pejabat Tanah

b)

1) Hakmilik Pejabat Tanah dan Galian.

2) Hakmilik Pejabat Tanah.

c)

1) Hakmilik Sementara.

2) Hakmilik Muktamad.

7.

Syarat Nyata tanah adalah PERTANIAN. Apakah syarat tersirat tanah tersebut.

a)

Perlu memulakan penanaman dalam masa 12 belas bulan dari tarikh pemberimilikan.

b)

Perlu mendirikan sebuah bangunan untuk tujuan pertanian dalam masa 24 bulan dari tarikh pemberimilikan.

c)

Perlu dibangunkan dengan penanaman dengan jumlah tidak melebihi 1/2 dari keluasan tanah.

8.

Mutalib memiliki sebidang tanah secara pendudukan sah melalui Lesen Pendudukan Sementara. Kemudian dia menyewakan tanah tersebut kepada Rahim dengan sewaan RM 700 sebulan selama 1 tahun. Adakah urusniaga sewaan ini sah.

a)

Sah

b)

Tidak Sah

c)

Sah dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

9.

Muthu adalah seorang pemegang lesen pendudukan sementara di atas sebidang tanah di Kampung Ikan Emas berkuatkuasa pada 1 Januari 2022. Sebelum Muthu mendapat lesen tersebut, tanah itu diduduki oleh Rama juga melalui lesen pendudukan sementara. Pada 3 Januari 2022, Muthu menghantar notis kepada Rama meminta beliau keluar dari tanah tersebut.

Rama enggan keluar, sebaliknya menawarkan untuk terus tinggal di situ dengan bayaran bulanan kepada Muthu. Muthu bersetuju dengan cadangan tersebut. Namun demikian, selepas 6 bulan dari tarikh tersebut, Rama tidak membayar sebarang bayaran bulanan walaupun sentiasa diminta oleh Muthu.

Rama mendakwa bahawa Muthu tidak berhak untuk mengutip bayaran sewa kerana beliau bukan pemilik sah ke atas tanah tersebut, bahkan hanya seorang pemegang lesen.

Setelah gagal mendesak, Muthu berhasrat untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk menuntut bayaran tunggakan sewa serta memohon tanah telah diceroboh dan mengusir Rama.

a)

Di bawah LPS, Muthu berhak memohon kepada Mahkamah untuk Notis pencerobohan serta menuntut ganti rugi.

b)

Muthu tidak berhak mengusir Rama kerana Muthu bukan menerima tanah sebagai pemberimilikan dari kerajaan, kerana wujud perjanjian sewa.

c)

Rama dan Muthu kedua-dua tidak mempunyai hak untuk menyabitkan kesalahan guna tanah kerana mereka berdua bukanlah pemilik tanah sebenar.

10.

Nyatakan hak yang terkandung di dalam Lesen Pendudukan Sementara.

a)

Hak untuk mempusakai tanah.

b)

Hak untuk memperbaharui Lesen Pendudukan Sementara.

c)

Hak untuk menyewakan.

11.

Apakah tujuan utama Perintah Larangan.

a)

Mendapat tuntutan penghakiman terhadap penghutang.

b)

Menjaga kepentingan ekuti pemiutang.

c)

Kebenaran untuk melelong harta peghutang sekiranya berlaku keingkaran.

12.

Bagi kes-kes gadaian yang tidak didaftarkan. Adakah pemiutang (creditor) boleh mendapatkan perintah jualan set oleh pihak Mahkamah.

a)

Di dalam Sistem Torrens, pendaftaran urusniaga tanah adalah segala-galanya.

b)

Menggunakan Prinsip Equiti.

c)

Tidak sah kerana harta digadai tidak didaftarkan.

13.

Berapa lamakah tempoh Kaveat Lien-Holder akan tamat.

a)

Selepas 6 Bulan

b)

Selepas 6 Tahun.

c)

Sehingga dikeluarkan oleh pemegang lien.

14.

Berapa lamakah tempoh perintah larangan akan tamat.

a)

Selepas 6 Bulan

b)

Selepas 6 Tahun.

c)

sehingga dibatalkan oleh Pendaftar Pejabat Tanah.

15.

Patrick telah menjual tanah miliknya kepada Bob dengan harga RM 550 000. Bob telah membayar sebanyak RM 55,000 dan diberi tempoh sebulan untuk membayar bakinya.

Pendaftaran hanya akan dibuat apabila pembayaran penuh telah dibuat. Beberapa hari kemudian Patrick telah menjual tanah yang sama kepada Sally dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM 700 000 secara Tunai dan keseluruhanya.

Apabila mengetahui perkara tersebut, Bob telah cuba memasukkan kaveat ke atas tanah itu bagi menghalang pendaftaran pindahmilik. Usaha Bob telah dicabar oleh Sally dengan alasan bahawa dia telah membeli tanah tersebut secara sah dan Bob tidak mempunyai apa-apa hak untuk memasukkan kaveat. Adakah Bob berhak memasukkan kaveat dan apakah buktinya sekiranya berhak.

a)

Bob tiada hak kerana hanya membayar Deposit sahaja.

b)

Bob berhak kerana urusan pembayaran deposit adalah ditafsir sebagai usaha menyempurnakan proses jualan.

c)

Sally juga berhak kerana telah meletakkan sejumlah wang bagi menghalang urusniaga Bob.