NEW
Font size
WorksheetsZILA 2014
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Menurut Saufi, kemalangan itu berlaku ketika ____________ dan Kamarul sedang menunggu bas di tepi jalan.
dia
saya
kami
mereka
"Silakan masuk, ____________ akan berangkat tiba di balai penghadapan sebentar lagi," kata pengawal istana kepada para pembesar negeri.
beta
patik
baginda
tuan hamba
Ruang tamu rumah Cikgu Noraini sentiasa ___________ dengan bau jambangan bunga mawar.
kemas
indah
selesa
semerbak
Fauzi berasa _____________ apabila mendengar kejayaan sahabatnya.
ceria
bangga
bahagia
tenang
Setelah sekian lama merantau, Johari terkejut apabila melihat kampungnya sudah menjadi taman perumahan yang ___________ dengan penduduk.
maju
banyak
kurang
padat
Anak kecil itu bermain di ______________ ibunya yang sedang melipat pakaian.
antara
samping
belakang
tengah
Pasukan bola tampar sekolah kami terpaksa bermain berhempas-pulas agar ______________ hasrat untuk menjadi juara.
berjaya
berhasil
tercapai
terjulang
Hamizi dan Taufik sedang melihat jadual pertandingan bola baling yang dipamerkan pada _____________ di sekolahnya.
papan lapis
papan iklan
papan tanda
papan kenyataan
Abang menggunakan _______________ pahat untuk mengukir permukaan kayu di bengkelnya.
sebilah
selaras
sebuah
sebatang
Kawan-kawan tidak lagi ______________ kebolehan Fatimah yang telah berjaya menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah.
berkecil-kecil
kecil-mengecil
berkecil-kecilan
memperkecil-kecil
Hamdan bekerja sebagai pembantu kedai _____________ keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
sehingga
sekiranya
seandainya
selagi
Kita perlulah mengamalkan _______________ yang baik apabila berada dalam sesuatu majlis.
tatacara
tatakerja
tatasusila
tatabahasa
Orang ramai _____________ supaya menghulurkan derma kepada mangsa gempa bumi di negara jiran.
dihebah
didesak
diarah
diseru
Negara kita _____________ menghadapi gangguan jerebu lagi pada tahun ini.
patut
sedang
pernah
mungkin
"Budaya membaca patut dipupuk _____________ zaman kanak-kanak lagi," kata Puan Najwa kepada Puan Rogayah.
di
dari
kepada
hingga
Sekumpulan pelancong _____________ ketika masuk ke kawasan hutan simpan itu.
sesat barat
simpang-siur
silap langkah
pontang-panting
Seseorang pekerja yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya tanpa _____________.
kelam-kabut
lambat-laun
dolak-dalik
gundah-gulana
Najihah _______________ untuk menjadi ketua murid yang berwibawa.
ada akal
ada gaya
ada rupa
ada angin
Amin pulang ke kampung untuk menjengah neneknya yang sudah lama tidak ditemui.
Pilih perkataan seerti bagi 'menjengah;.
menghubungi
mengunjungi
menjumpai
memerhati
Encik Razali dan keluarganya akan berhijrah ke Sarawak pada bulan depan.
Pilih perkataan berlawan bagi 'berhijrah'.
menetap
merantau
mendiami
mengembara
Pilih ayat yang betul.
Adik membilang gula-gula itu satu demi satu.
anganlah kamu bersedih di atas peristiwa semalam.
Kain selendang ibu diperbuat dari benang sutera.
Berita tentang kejohanan sukan itu disiarkan sampai pagi lagi.
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Pembantu rumah Puan Nadiah bekerja _______________ sehingga semua kerja rumah dapat disiapkan dengan cepat.
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti pahat dengan penukul
seperti murai tercabut ekor.
seperti lipas kdung
Perangai budak itu saling tidak tumpah seperti ayahnya, bak kata pepatah _________________.
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
umpama cincin dengan permata
bagai pelanduk dua serupa
seperti pinang dibelah dua
