NEW
Font size
WorksheetsZILA 2012
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
"Tuanku ____________ tuan hamba untuk segera menghapuskan lanun-lanun yang sedang mengganas di laut," kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah.
memperkenankan
menjunjung duli
mencemar duli
menitahkan
Puan Zarina berjalan terhincut-hincut kerana tumit kaki kanannya ___________ sebab memakai kasut baharu itu.
melekit
melecet
melecur
melebam
Berita kejayaan murid cemerlang itu ____________ di dada akhbar setelah keputusan peperiksaan diumumkan.
terpamer
tergambar
terbentang
terpampang
Gasing uri yang popular di negeri Kelantan biasanya berbentuk ____________ .
bulat
leper
bundar
lengkung
Dusun durian itu memberi pulangan yang ____________ kepada Encik Sani.
lumayan
untung
bersih
kasar
Barang-barang kemas di kedai itu diperbuat daripada emas __________ namun ditawarkan dengan harga yang ____________.
asli ..... tinggi
jati ..... mahal
tulen ..... rendah
asal ..... sederhana
Semua murid menumpukan perhatian ___________ ceramah yang disampaikan.
terhadap
dengan
tentang
untuk
Dia berazam ____________ mengikuti program motivasi itu ____________ mendapat keizinan daripada ibu bapanya.
agar ..... jika
supaya ..... apabila
semoga ..... setelah
untuk .... andai kata
Masih terdapat _____________ murid yang belum menjelaskan bayaran menyertai lawatan sambil belajar.
separuh
segelintir
setengah
semua
Amirul dipilih untuk __________ sekolahnya dalam pertandingan pidato _________ Dewan Bahasa dan Pustaka.
diwakili ...... anjuran
mewakili ..... anjuran
diwakili ..... dianjurkan
mewakili ..... dianjurkan
Kerajaan menasihati semua __________ bas sekolah supaya memastikan keselamatan murid-murid yang menaiki bas mereka.
pengusaha
perusahaan
pengusahaan
mengusahakan
Peserta perkhemahan perlu mempunyai ___________ diri dalam menjalani aktiviti-aktiviti lasak.
pertahanan
ketahanan
penahanan
tahanan
Kejayaannya mencipta nama dalam fesyen pada peringkat antarabangsa telah ____________ masyarakat tentang keupayaan anak tempatan.
membuka mata
mengambil hati
mendabik dada
menambat hati
Adik ___________ apabila dimarahi oleh ibu kerana mandi di sungai yang dalam itu.
terkebil-kebil
ternganga-nganga
tercungap-cungap
tersipu-sipu
Sorakan daripada pengunjung yang menyaksikan pertunjukan bunga api dalam perta itu menjadikan suasana di situ ______________ .
haru-biru
porak-peranda
gegak-gempita
gembar-gembur
Ibu meminta saya mengambilkan __________ jam tangan dan ___________ kalung mutiara di dalam laci biliknya.
seutas ..... seuntai
sebuah .... seutas
sebutir ..... seurat
sebiji ... sebutir
molek
tegap
kemas
segak
melewatkan
melengahkan
memendekkan
menangguhkan
Pilih ayat yang betul.
Bayaran ke pameran Sains itu bukan mahal sangat.
Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.
Setengah pengunjung datang ke pameran ialah murid sekolah.
Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.
Pilih ayat yang betul.
Kedua orang budak perempuan yang comel itu adik Farhan.
Para peserta kursus itu terdiri daripada murid sekolah saya.
Berbagai aktiviti boleh dilakukan dengan mengisi masa lapang.
Tiap rumah di kawasan taman itu perlu ada tong sampah.
Pada zaman pemerintahan Jepun, Pak Akob lebih rela diseksa daripada menjadi _________________ tentera Jepun dan pengkhianat negara.
gajah putih
adu domba
tali barut
batu api
Nasihat Tok Ngah kepada cucunya ___________ kerana cucunya tidak mengendahkannya langsung.
bagai anjing menyalak bukit
bagai kaca terhempas ke batu
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menarik rambut dalam tepung
