WorksheetsBatasan Pergaulan
Total questions: 26
Worksheet time: 21mins
Percampuran bersama individu lain adalah maksud bagi...
A. Hubungan
B. Pergaulan
C. Pertemuan
D. Komunikasi
Sentuhan di bahagian badan yang manakah yang dinamakan 'Sentuhan Selamat'?
A. Mulut
B. Dada
C. Punggung
D. Tangan
Apakah tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat?
A. Membiarkan perlakuan tersebut
B. Memberitahu kepada individu yang boleh dipercayai
C. Menyerang secara fizikal
D. Menyimpan sebagai rahsia
Apakah yang perlu dilakukan sebelum masuk ke dalam rumah?
A. Ketuk pintu tanpa berhenti
B. Terus masuk ke dalam bilik sendiri
C. Terus masuk ke dalam rumah
D. Memberi salam
Pilih batasan pergaulan yang TIDAK SESUAI di dalam keluarga.
A. tidak mengendahkan soalan ibu bapa
B. bersalaman dengan ibu bapa
C. sering membantu ibu bapa
D. bercakap dengan ibu bapa dengan nada yang sopan
Pilih pergaulan yang TIDAK sesuai bersama rakan.
A. bercakap dengan sopan
B. tidak berkongsi nota dengan kawan
C. sering membantu kawan yang dalam kesusahan
D. sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain
Pilih penyataan yang SALAH.
A. Kita perlu patuhi batasan pergaulan sesama masyarakat
B. Kita perlu patuhi batasan pergaulan sesama ahli keluarga
C. Kita perlu patuhi batasan pergaulan sesama diri sendiri
D. Kita perlu patuhi batasan pergaulan sesama rakan
Apakah batas pergaulan bagi situasi di dalam gambar?
A. Tidak membayar ketika membeli makanan
B. Bersalaman antara satu sama lain
C. Memotong barisan
D. Tidak berhimpit dan bersesak
Aktiviti di sebelah merupakan sentuhan yang berlaku sesama..
A. rakan
B. Ibu bapa
C. masyarakat
D. guru
Mei Lin membersihkan luka pada tangan adik lelakinya.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Sarah memeluk pinggang Nathan ketika latihan tarian.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Kamala menolak punggung Farid ketika beratur di kantin sekolah.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Roland memegang alat sulit rakannya ketika bergurau.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Ayah memeluk anaknya ketika meraikan kemenangan anaknya dalam pertandingan bola sepak.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Ketua kelas lelaki memimpin tangan rakan perempuan yang lewat turun ke padang.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Hidayah mencium tangan ayahnya sebelum pergi ke sekolah.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Cikgu Mazura memeluk Anis yang sedih dalam majlis perpisahannya.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Devi menyentuh bahagian dada Ayu ketika bergurau.
A. SELAMAT
B. TIDAK SELAMAT
Soalan 19 hingga 24. Pilih tindakan wajar bagi situasi berikut:
Murid lelaki memeluk murid perempuan dari belakang.
A. Lapor kepada guru disiplin
B. Lapor kepada pengurus pasar raya
C. Lapor kepada ibu bapa
D. Lapor kepada pemandu bas
Murid perempuan menyentuh punggung murid lelaki.
A. Lapor kepada guru disiplin
B. Lapor kepada pengurus pasar raya
C. Lapor kepada ibu bapa
D. Lapor kepada pemandu bas
Abang menyentuh bahagian dada adik perempuannya.
A. Lapor kepada guru disiplin
B. Lapor kepada pengurus pasar raya
C. Lapor kepada ibu bapa
D. Lapor kepada pemandu bas
Pekerja lelaki sengaja menyentuh tangan pelanggan perempuan di pasar raya.
A. Lapor kepada guru disiplin
B. Lapor kepada pengurus pasar raya
C. Lapor kepada ibu bapa
D. Lapor kepada pemandu bas
Murid lelaki memegang paha murid perempuan.
A. Lapor kepada guru disiplin
B. Lapor kepada pengurus pasar raya
C. Lapor kepada ibu bapa
D. Lapor kepada pemandu bas
Diraba di dalam bas.
A. Lapor kepada guru disiplin
B. Lapor kepada pengurus pasar raya
C. Lapor kepada ibu bapa
D. Lapor kepada pemandu bas
Nyatakan bahagian tubuh yang tidak selamat disentuh.
Bagaimanakah cara menghindari sentuhan tidak selamat di tempat awam?
