wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 22

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun Ramesh anak orang kaya, namun _________________ tidak sombong.

a)

dia

b)

baginda

c)

beliau

d)

mereka

2.

Encik Amin sentiasa menggalakkan anak-anaknya agar menceburi bidang sukan yang digemari oleh ___________________.

a)

dia

b)

kita

c)

mereka

d)

kami

3.

"Pada pendapat __________________ , bilakah keputusan ujian itu akan diumumkan?" tanya Faizal kepada kawan-kawannya.

a)

kita

b)

kalian

c)

dia

d)

awak

4.

Menteri Besar Selangor melawat ke rumah anak yatim. __________________ mendermakan wang kepada anak-anak yatim itu.

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Dia

d)

Mereka

5.

"Sila duduk. ___________________ akan dilayan sebentar lagi," kata kerani itu kepada pengunjung bank.

a)

Kita

b)

Anda

c)

Kamu

d)

Engkau

6.

"Mudah-mudahan ____________________ akan berjaya dalam peperiksaan UPSR," kata ibu kepada abang.

a)

awak

b)

kamu

c)

kita

d)

anda

7.

"____________________ datang membawa perutusan daripada kerajaan Siam," kata Hang Tuah kepada Sultan Mansur.

a)

Patik

b)

Saya

c)

Beta

d)

Kami

8.

"_______________________ akan mendenda kamu jika tidak menyiapkan latihan ini," kata Cikgu Santhi kepada Saeshvin.

a)

Aku

b)

Beta

c)

Saya

d)

Hamba

9.

Keenam-enam orang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. __________________ akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

a)

Kita

b)

Mereka

c)

Beliau

d)

Kami

10.

Sultan Kelantan akan membuat lawatan rasmi ke negara Jepun. _____________________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Beta

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Baginda

11.

Bahrin seorang murid yang pintar. _______ belajar di kelas 5 Arif.

a)

Hamba

b)

Patik

c)

Saya

d)

Dia

12.

"_____ akan berjumpa dengan Cikgu Siti pada petang nanti" kata David kepada Siva.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Kami

13.

"_____ akan menurut perintah, tuanku" kata Hang Tuah kepada Sultan Mansur Syah.

a)

Hamba

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Patik

14.

"_____ berjanji akan memastikan rakyat negara ini hidup dalam aman dan makmur" titah Yang Dipertuan Agong.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Hamba

d)

Patik

15.

Sultan Selangor akan berangkat menghadiri majlis itu. _____ akan diiringi oleh Menteri Besar.

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Baginda

d)

Mereka

16.

"Sebagai murid, ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata Cikgu Zaleha.

a)

dia

b)

kita

c)

kamu

d)

mereka

17.

"Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

18.

Siti dan Mei Mei bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

19.

"________ mesti belajar bersungguh-sungguh untuk bekalan pada masa hadapan," nasihat Nek Pah kepada cucu-cucunya.

a)

kamu

b)

awak

c)

mereka

d)

kalian

20.

Cikgu Fazira seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Kita

d)

Beliau

21.

________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.

a)

Saya

b)

Awak

c)

Kita

d)

Mereka

22.

"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba