wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIH MUIH TRADISIONAL DI MALAYSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Kuih ini berasal daripada negeri Pantai Timur. Apakah nama kuih ini?

a)

Akok

b)

Karipap

2.

Kuih apam dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Apakah nama kuih ini?

a)

Pau

b)

Apam

3.

Eja nama kuih ini.

(a)  

4.

Kuih Batang merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng.


Apakah bahan untuk membuat kuih batang buruk?

a)

tepung beras

b)

tepung gandum

c)

tepung kelapa

d)

tepung ubi

5.

Bengkang merupakan sejenis kategori kuih dalam masyarakat Melayu. Terdapat beberapa jenis kuih yang dikenali sebagai bengkang, antaranya adalah:-

Bengkang berkuah Bengkang gandum, Bengkang ubi dan Bengkang kelapa.


Manakah jawapan yang betul.

a)

Bengkang merupakan sejenis kategori kuih dalam masyarakat India.

b)

Bengkang merupakan sejenis kategori kuih dalam masyarakat Melayu.

6.

Namakan kuih ini.

a)

Pengat Pisang

b)

Kuih butir nangka

c)

Nasi lemak

d)

Bebola ikan

7.

Kuih cek mek molek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini diperbuat dengan ubi keledek dan tepung gandum sebagai adunan dan gula sebagai inti, kemudian digoreng.


Kuih ini popular di negeri mana?

(a)  

8.

Apakah nama kuih ini?

a)

bahulu

b)

Kuih cucur badak

c)

burger

d)

bebola ayam

9.

Kuih denderam ini diilhamkan daripada kuih masyarakat India selatan, akan tetapi sudah menjadi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.


Yang manakah kuih denderam?

a)
b)
c)
d)
10.

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi. Jemput-jemput ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan.


Antara jenis jemput-jemput seperti:

a)

jemput-jemput pisang

b)

jemput-jemput bawang

c)

jemput-jemput bilis

d)

jemput-jemput udang

11.

Kuih keria merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula.


Apakah nama kuih ini?

(a)  

12.

Lepat pisang merupakan makanan khas Minangkabau yang terbuat dari buah pisang. Kuih ini dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai makanan harian.


Bilakah masa yang sesuai untuk makan kuih?

a)

sarapan tengah hari

b)

sarapan malam

c)

sarapan pagi

d)

sarapan petang

13.

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.


Kuih nekbat ini popular di negeri mana

a)

Kelantan dan Terengganu

b)

Melaka dan Negeri Sembilan

c)

Johor dan Pahang

d)

Sabah dan Sarawak

14.

Apa nama kuih ini?

a)

Kuih apam

b)

kuih pau

15.

Pengat pisang merupakan pisang yang dimasak bersama santan dan gula bagi menghasilkan hidangan berkuah pekat yang lemak dan manis. Biasanya daun pandan diletakkan bagi mewangikan hidangan.


Apakah nama kuih ini?

(a)  

16.

Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik.


Yang manakah kenyataan yang betul tentang kuih tahi itik?

a)

Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

b)

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula.

c)

Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik.

d)

Kuih tahi itik popular di Sarawak.

17.

Kuih tepung gomak merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut / tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.


Apakah bahan untuk membuat tepung gomak?

a)

tepung pulut

b)

tepung kacang hijau

c)

tepung ubi

d)

tepung susu

18.

Kuih tepung pelita popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis.


Apakah rasa kuih tepung pelita?

a)

pahit

b)

masin

c)

manis

d)

masam

19.

Tepung bungkus merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang.


Apakah bahan yang digunakan untuk membungkus kuih ini?

a)

daun kunyit

b)

daun keladi

c)

daun pisang

20.

Kuih wajik (pulut manis) merupakan sejenis kuih tradisional kawasan Nusantara, diperbuat daripada pulut dan rasa yang manis.


Apakah nama kuih ini?

a)

pulut mangga

b)

pulut manis

c)

pulut kuning

d)

pulut durian