NEW
Font size
WorksheetsKata Hubung
Total questions: 10
Worksheet time: 3hrs 30mins
Zamilah singgah di bazar untuk membeli cenderamata .................. tiada satu pun yang menarik hatinya.
lalu
jika
tetapi
apabila
Adila membalas mesej pada telefon bimbitnya ................. melipat pakaian di ruang tamu
serta
sambil
tetapi
sementara
Keluarga Azhar boleh menginap di Hotel Surian ............ di Rumah Tetamu Melati .............. bercuti di Perlis
atau......jika
dan.....tetapi
jika......kerana
serta.....sambil
Kerja melukis itu mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan ................ hasilnya sangat memuaskan hati.
jika
tetapi
bahawa
walaupun
Makanan mentah seperti ayam dan ikan hendaklah disimpan di dalam bekas yang berasingan .................. tidak mudah tercemar.
apabila
kerana
supaya
meskinpun
Anggota tentera itu kehilangan kaki kanannya ................ terkena jerangkap samar dalam satu operasi di hutan.
jika
yang
kerana
supaya
Permohonan Khairi untuk menyertai ekspedisi mendaki itu telah ditolak ................ tidak menepati syarat.
supaya
kerana
bahawa
atau
Rakaman kamera litar tertutup itu menjadi bukti ...................... lelaki itu pernah menceroboh masuk ke rumah pendakwa raya.
agar
bahawa
sambil
kerana
Tidak ada impian yang mustahil untuk dicapai ................... kita mempunyai keazaman yang kuat.
selepas
sementara
tetapi
sekiranya
Calon-calon peperiksaan diminta supaya mendengar ................. memahami petikan dalam sesi ujian lisan ................ mula menjawab soalan.
dan.......sementara
dan........sebelum
atau.......selepas
lalu.....sekiranya
