Font size
WorksheetsBahasa Malaysia
Total questions: 146
Worksheet time: 1hrs 15mins
Cincin emas batu permata
Bagai cincin dengan permata
Umpama kudung dapat cincin
Seperti kaduk mendapat bunga
Pilih peribahasa yang sesuai
Bagai musuh dalam selimut
Bagai gunting dalam lipatan
Bagai api dalam sekam
Bagai duri dalam daging
Berikan maksud perumpamaan ini....
Berkawan dengan yang sama taraf
Enggang tidak boleh berkawan dengan pipit
Memang begitulah kehidupan Mak Aina dan Mak Kiah yang sering bergaduh bagai ____________
aur dengan tebing
ayam disambar helang
air dicincang tidak akan putus
anjing dengan kucing
Ajay berbaik-baik dengan kakaknya kerana ________
ada udang di sebalik batu
ayam terlepas tangan bau tahi
ada gula ada semua
gunting dalam lipatan
Pilih dua peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas
muafakat membawa berkat
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana kerjasama
Pilih maksud yang sesuai berdasarkan peribahasa bagai anjing dengan bayang-bayang
orang yang suka menunjukkan kelebihan diri sendiri
seseorang yang tidak yakin dengan diri sendiri
orang yang bersikap tamak
orang yang tahu kelebihan diri sendiri
Menjelang bulan Ramadan, banyak peniaga membuka perniagaan mereka di tempat tumpuan. Situasi ini sesuai dengan peribahasa ________
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
bagai cendawan tumbuh selepas hujan
ada gula ada semut
bagai hujan jatuh ke pasir
"bagai ________ di dalam belukar melepaskan _________ masing-masing
enau , daun
pucuk , pokok
pokok , batang
enau , pucuk
Aaron ialah seorang pengawas sekolah yang disegani rakan. Dia menjalankan tugas dengan jujur.Aaron tidak pernah takut akan ugutan murid-murid nakal yang melanggar peraturan sekolah. Hal ini diibaratkan seperti ___
berani kerana benar takut kerana salah
disiplin teras kejayaan
budi bahasa budaya kita
Pilih satu peribahasa yang sesuai
gajah sama gajah bergaduh akhirnya tewas jua
gajah dengan gajah berperang akhirnya tumpas ditangan lawan
gajah sama gajah berjuang pelanduk mati ditengah-tengah
gajah dan gajah bergaduh pelanduk menjadi mangsa akhirnya
Pilih peribahasa dan makna yang sesuai berdasarkan audio berikut
ukur baju di badan sendiri
ukur kain di badan sendiri
Buat sesuatu ikut kehendak diri sendiri
buat sesuatu ikut kemampuan diri sendiri
Pilih dua peribahasa yang paling sesuai berkaitan tema kemalangan jalan raya
Biar lambat asal selamat
sediakan payung sebelum hujan
malang tidak berbau
Alah bisa tegal biasa
Bagai ___________________ dipagar bintang.
bulan
matahari
bintang
awan
Sekali air _______, sekali pantai berubah.
naik
kering
bah
pasang
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi ___________.
baju
seluar
kain
pakaian
Ada gula, adalah __________.
air
manis
minum
semut
Bagai _______ pulang petang.
kambing
itik
lembu
awak
Buat baik berpada-pada, buat ________ jangan sekali.
kelakar
jahat
dusta
bodoh
Kalau tak dipecahkan __________, manakan dapat sagunya.
buyung
tempurung
ruyung
balang
Kerana _______ setitik, rosak susu sebelanga.
nila
dakwat
air
racun
Bagai sirih pulang ke __________.
tampuk
pokok
gagang
puan
Telunjuk lurus, ________ berkait.
betis
lutut
lengan
kelingking
Alang-alang mandi biar _____________.
bersabun
wangi
basah
seronok
Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua ________.
busuk
berkubang
hitam
terpalit
Belakang parang jika diasah lagikan ______________.
karat
tumpul
tajam
kontot
Berat mata ___________, berat lagi bahu memikul.
memandang
memejam
memerhati
tertutup
Alang-alang seluk _________, biar sampai ke pangkal _______.
pekasam ........ lutut
tempayan ...... dagu
periuk ...... siku
pekasam ..... lengan
___________ perjalanan, luas pemandangan.
Dekat
Sibuk
Jauh
Laju
Berpantang ________ sebelum ajal.
sakit
nazak
sesak
maut
Bagai pahat dengan ________________.
paku
kayu
penukul
batu
Kalau takut dilambung ______________, jangan berumah di tepi pantai.
air
angin
orang
ombak
Hidung tak mancung, pipi __________________.
berjerawat
tersorong-sorong
berbedak
merah-merah
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Malang tidak berbau
Bagai telur di hujung tanduk
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud
keadaan yang pilu, sedih atau sakit sekali
Keadaan kesakitan yang tiba-tiba
Muka pucat kerana kesakitan
Mencari arah tujuan
Bagai bulan jatuh ke riba bermaksud
Perkara khayalan
Angan-angan yang tidak akan menjadi kenyataan
Mendapat keuntungan besar dengan tiba-tiba
Mendapat kecelakaan
Yang lama dikelek, yang baharu didukung bermaksud
yang lama ditinggalkan, yang baharu disayangi
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
anak lama dibiarkan berdikari, anak yang kecil diberi perhatian
Berpantang maut sebelum ajal bermaksud
tidak akan menyerah kalah walaupun ajal
berusaha untuk mengelak sesuatu
tidak akan meninggal dunia jika belum tiba waktunya
berjaga-jaga dengan kehidupan mendatang.
Seperti halilintar membelah bumi
bunyi yang sangat kuat
hari penghabisan
seseorang yang terlalu marah
suasana cerah tiba-tiba
Perasaan yang sangat sedih, sakit dan pilu
bagai halilintar membelah bumi
bagai bulan jatuh ke riba
bagai dihiris dengan sembilu
bagai telur di hujung tanduk
Bagai isi dengan kuku bermaksud
Hubungan yang sangat rapat
Persahabatan yang sering merasa kesakitan
Selalu bertengkar
Tidak dapat dipisahkan
Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah
Bagai halilintar membelah bumi
Bagai isi dengan kuku
Bagai anjing dengan kucing
Air dicincang tidak akan putus
Peribahasa yang paling tepat untuk gambar tersebut ialah
Bagai isi dengan kuku
Bagai dakwat dengan kertas
Bagai cincin dengan permata
Bagai bulan dipagar bintang
Peribahasa yang sesuai bagi gambar tersebut ialah
Bagai pinang di belah dua
Bagai aur dengan tebing
Bagai menatang minyak yang penuh
Bagai bulan jatuh ke riba
Amir boleh memiliki rumah mewah itu kerana dia kaya bak kata pepatah _________
ada padi semua kerja jadi
air besar sampan tak hanyut
bagai isi dengan kuku
bagai dakwat dengan kertas
Memang begitulah kehidupan Mak Aina dan Mak Kiah yang sering bergaduh bagai ____________
aur dengan tebing
ayam disambar helang
air dicincang tidak akan putus
anjing dengan kucing
Ajay berbaik-baik dengan kakaknya kerana ________
ada udang di sebalik batu
ayam terlepas tangan bau tahi
ada gula ada semua
gunting dalam lipatan
Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas
bagai cincin dengan emas
bagai cincin dan permata
bagai cincin dengan berlian
bagai cincin dengan permata
Pilih dua peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas
muafakat membawa berkat
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana kerjasama
Pilih maksud yang sesuai berdasarkan peribahasa bagai anjing dengan bayang-bayang
orang yang suka menunjukkan kelebihan diri sendiri
seseotang yang tidak yakin dengan diri sendiri
orang yang bersikap tamak
orang yang tahu kelebihan diri sendiri
Menjelang bulan Ramadan, banyak peniaga membuka perniagaan mereka di tempat tumpuan. Situasi ini sesuai dengan peribahasa ________
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
bagai cendawan tumbuh selepas hujan
ada gula ada semut
bagai hujan jatuh ke pasir
Encik Shahrul dan Encik Yin Ling telah bergaduh sejak di bangku sekolah menengah lagi. Mereka bertemu setelah dua puluh tahun kemudian. Kini mereka bersahabat kembali. Pilih dua peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi tersebut.
bagai anjing dengan kucing
bagai aur dengan tebing
carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua
air yang dicincang tidak akan putus
Rosman seorang lelaki yang tampan dan berkelulusan tinggi. Beliau mempunyai ramai teman wanita. Semua wanita cantik yang didampingi dijanjikan dengan ayat-ayat cinta yang manis-manis sedangkan beliau tidak berhasrat untuk menjadikan gadis-gadis itu teman hidupnya. Peribahasa yang sesuai ialah ____
seperti menanam tebu di tepi bibir
manis kata daripada gula
buaya darat
lebih kuah dari sudu
"bagai ________ di dalam belukar melepaskan _________ masing-masing
enau , daun
pucuk , pokok
pokok , batang
enau , pucuk
Aaron ialah seorang pengawas sekolah yang disegani rakan. Dia menjalankan tugas dengan jujur.Aaron tidak pernah takut akan ugutan murid-murid nakal yang melanggar peraturan sekolah. Hal ini diibaratkan seperti ___
berani kerana benar takut kerana salah
disiplin teras kejayaan
budi bahasa budaya kita
Pilih satu peribahasa yang sesuai
gajah sama gajah bergaduh akhirnya tewas jua
gajah dengan gajah berperang akhirnya tumpas ditangan lawan
gajah sama gajah berjuang pelanduk mati ditengah-tengah
gajah dan gajah bergaduh pelanduk menjadi mangsa akhirnya
Pilih peribahasa dan makna yang sesuai berdasarkan audio berikut
ukur baju di badan sendiri
ukur kain di badan sendiri
Buat sesuatu ikut kehendak diri sendiri
buat sesuatu ikut kemampuan diri sendiri
Berdasarkan audio tersebut, nyatakan dua peribahasa yang sesuai
Membaca jambatan ilmu
membaca bertambahnya ilmu
menuntut ilmu biar sampai ke negara cina
membaca memerdekakan minda
Pilih tiga peribahasa yang paling sesuai berkaitan tema kemalangan jalan raya
Biar lambat asal selamat
sediakan payung sebelum hujan
malang tidak berbau
Alah bisa tegal biasa
Ibu Daud sangat ________________ akan kesihatan anaknya.
ambil hati
ambil berat
besar hati
berat tulang
Cikgu Alia sangat ________________ menerima hadiah daripada anak muridnya.
baik hati
ada hati
besar hati
keras hati
Abang dan kakak saya _____________________ membantu saya menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
ambil berat
sekangkang kera
menambat hati
berganding bahu
Azri ________________ ketika menebang pokok yang sangat besar itu.
mandi peluh
baik hati
ringan tulang
bekas tangan
Penjual roti bakar itu __________________ orang ramai untuk membeli roti itu dengan tawaran yang istimewa.
besar hati
menambat hati
ambil berat
baik hati
Laila bukan sombong tetapi dia _______ kerana tidak mengenali sesiapa dalam majlis itu.
A berat perut
B berat mulut
C mulut murai
D berat tulang
Walaupun diejek sebagai _____________ Rahman tidak peduli dan terus berlatih untuk menjadi pemain bola sepak.
A anak yatim
B kaki bangku
C mata duitan
D muka tembok
Puan Janna membawa kuih bingka sebagai _____________ ketika melawat Mak Cik Imah.
A panjang tangan
B dalam tangan
C bekas tangan
D buah tangan
Nenek tua itu _______________ dengan perangai cucunya yang sombong dan tidak mengenang budi.
A makan hati
B makan suap
C buruk makan
D makan malam
Husna tidak mahu ke majlis hari jadi Vida kerana gadis sombong itu _______________ sahaja.
A ajak-ajak ayam
B ayam tambatan
C berak kapur
D anak ayam
Sediakan payung (a)
Seperti kerbau (a)
Bapak borek (a)
Sanjit membeli kasut kulit yang mahal kerana yakin bahawa kasut itu tahan lama, seperti kata peribahasa _______.
A alah membeli menang memakai
B burung terbang dipipiskan lada
C jauh perjalanan luas pandangan
D melentur buluh biar dari rebungnya.
Kita perlu berusaha dengan gigih jika ingin berjaya, bak kata pepatah ___________.
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
C tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
D bumi mana tidak ditimpa hujan
Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.
berat tulang
cari jalan
alas perut
senang hati
Cikgu Tan ______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.
diam ubi
naik darah
lipas kudung
kera sumbang
Ani ____ abangnya untuk menjadi seorang peguam.
ikut jejak
bulat hati
anak angkat
anak tunggal
Jia Qi yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.
khabar angin
kepala batu
geli hati
buah hati
Muthu sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.
cakar ayam
tanduk kerbau
lintah darat
kuku besi
Sejak dari kecil Jacob tidak meminati bidang sukan terutamanya sukan bola sepak kerana dia merupakan seorang yang ________________.
ulat buku
ayam tambatan
lipas kudung
kaki bangku
Encik Fahrin sering memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sikapnya ini menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang ___________________.
hati waja
ringan tulang
besar hati
murah hati
9 Budak yang ______ itu akhirnya pandai membaca dan mengira setelah diasuh dengan gigih.
A gila bayang
B habis bulan
C otak udang
D paku mati
10 Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka menunaikan haji pada tahun hadapan.
A kambing hitam
B bintang terang
C lidah pendeta
D kata putus
14 Artis wanita yang popular itu menerima _______ sebanyak RM 20 000 daripada suaminya.
A wang hantaran
B wang hangus
C wang muka
D wang kopi
Berikan maksud besar hati.
bangga, gembira
sedih
hati yang membengkak
sombong
Berikan maksud sekangkang kera.
beri perhatian
hasil kerja tangan seseorang
kawasan tanah yang tidak luas
orang yang berusia
Berikan maksud buah tangan
gembira
rajin bekerja
sejenis buah
barang yang dibawa pulang dari perjalanan seseorang
Berikan maksud ambil berat
gembira
beri perhatian
bersetuju
rajin bekerja
Berikan maksud ganding bahu
bekerjasama
bekerja kuat
rajin bekerja
memperbaiki bahu
Berikan maksud warga emas
orang yang sangat berharga
orang yang berusia atau tua
orang yang rajin bekerja
Anak yang tiada ibu atau bapa.
Berikan maksud ada hati
gembira
memikat hati
berniat, mengkehendaki seuatu
ingin tahu hal benar
Berikan maksud baik hati
beri perhatian
orang yang berniat jahat
mengkehendaki sesuatu
suka menolong, mudah simpati dan penyayang
Berikan maksud bekas tangan
barang yang dibawa pulang dari perjalanan
suka menolong
Hasil kerja tangan seseorang
sangat sempit
Berikan maksud menambat hati
beri perhatian
menyebabkan hati rasa suka akan seseorang atau sesuatu
suka menolong
ingin tahu hal benar
Berikan maksud ringan tulang
rajin bekerja
malas
hasil kerja tangan seseorang
bekerjasama
Berikan maksud ibu kandung
emak yang sedang mengandung
emak benar
anak yang tiada ibu atau bapa
orang yang berusia
Berikan maksud mandi peluh
berpeluh-peluh
orang yang menangis
orang tua
bekerja kuat dan bersungguh-sungguh
Berikan maksud bulat kata.
bersetuju
bergaduh
suka menolong orang
ingin tahu hal sebenar
Berikan maksud anak yatim
anak yang baik
anak yang diangkat
anak Encik Yatim
anak yang tiada ibu atau bapa
Berikan maksud ambil tahu
bersetuju
mudah marah
ingin tahu hal benar
suka menolong orang lain
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
seperti kucing dengan anjing
bagai mencurah air ke daun keladi
terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya
bagai kerbau terkejut oleh gong
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
mulut becok
mulut murai
mulut bocor
mulut satu lidah bertopang
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
air dicencang tidak akan putus
carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum jua
bagai mencurai air ke daun keladi
kasih ibu membawa ke syurga
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
bukit sama didaki,lurah sama dituruni
bersatu bertambah mutu
seperti gula dengan semut
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Datuk Salim menentang hebat sikap isterinya yang suka membezakan saudara-mara berdasarkan pangkat dan kedudukan.
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
enggang sama enggang,pipit sama pipit
ilmu pelita hati
ada bau ada bangkainya
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Pengurus syarikat itu telah dipecat daripada jawatannya setelah Lembaga Pengarah mendapati pengurus tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.
harapkan pagar,pagar makan padi
lain padang ,lain belalang
bagai bumi dengan langit
bagai cendawan tumbuh selepas hujang
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda,kita perlulah berhati-hati semasa mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.
terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya
barang yang dikata,itulah kota
baru bertatih sudah hendak berlari
bayang disangka tubuh
Nyatakanperibahasa yang sesuai
mendapatkan sesuatu yang dihajati
bagai anjing mendapat tulang
orang mengantuk disorongkan bantal
Nyatakanperibahasa yang sesuai
Berwaspada selalu apabila berurusniaga dengan orang lain.
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
hati gajah sama dilapah
Anita menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
Apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas?
Bagai hujan jatuh ke pasir
Umpama kayu lampung, belum ditolak tumbang sendiri
Bagai duri dalam daging
Seperti burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Apakah maksud seperti si buta baru celik.
Sangat rajin
Menjadi sombong apabila memperoleh kejayaan
Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya
Sengaja mencari susah atau bahaya
Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud ‘orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya’.
Seperti air dalam kolam
Bagai dakwat dengan kertas
Bagai menatang minyak yang penuh
Bagai aur ditarik songsang
Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud gambar di atas?
Bagai menatang minyak yang penuh
Bagai gergaji dua mata
bagai cincin dengan permata
Bagai anjing dengan kucing
Baju melayu masih lagi dipakai masyarakat di Malaysia sejak dulu lagi. Ini menunjukkan bahawa tradisi ini ________________________________________
belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
Lain padang lain belalang.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Kamil seorang kaki bangku tetapi dia gigih berlatih setiap hari. Akhirnya dia berjaya terpilih mewakili negara dalam perlawanan bola sepak. Dia percaya _________________________________________.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Biar putih tulang, jangan putih mata
Lain padang, lain belalang
Jika kita berpindah ke tempat baru, mesti ambil masa untuk sesuaikan diri kerana __________________________________________
Tak Lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Lain padang, lain belalang
Biar putih tulang, jangan putih mata
besar hati
Leftenan Adnan rela mati dibunuh daripada mengkhianati negara kerana baginya __________________________________
Biar putih tulang, jangan putih mata
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Lain padang lain belalang
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Pak Din ________ semasa berkebun.
Sekangkang kera
besar hati
mandi peluh
berganding bahu
Ramli tiada harta lain selain tanah yang _____________ di kampungnya.
Besar hati
mandi peluh
berganding bahu
sekangkang kera
Rakyat Malaysia mesti ______________ untuk melawan wabak covid-19.
sekangkang kera
berganding bahu
besar hati
mandi peluh
